Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

BERITA DARI CHENOR, PAHANG...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, July 18, 2010
Apa khabar semua, terlebih dahulu ambo sekeluarga memohon kemaafan kerana dah lamo tok upload cite... pepn, dek kerana ada kesempatan ni... harap dpt dikongsi bersama...

1) TAMAN TASIK SHAH ALAM
Pada 9 Jul 2010, kami sekeluarga bertolak ke Shah Alam dengan menaiki MyVi Ayah Kak Sue. Kami tumpang tidur di rumah Abang Sulung Kak Sue iaitu Abg long di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Pagi 10 Jul (Sabtu), kami mengikuti Kak Ina (Kak Ipar K.Sue) menghantar Aishah (Anak Saudara) ke sekolahnya di Seksyen 7. Selepas itu, kami singgah berehat dan lepask2 di Tasik Shah Alam yang terletak di tengah2 bandar Shah Alam.

Semasa Zaman Pemerintahan Kerajaan UMNO-BN, Tasik ini merupakan salah satu tempat maksiat bagi golongan yang lemah agamanya. Tapi, setelah kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, ia menjadi pusat rekreasi keluarga bagi penduduk setempat dan luar.
Sementara menunggu anak saudara Kak Sue abis kelas, kami sempat bersiar2 di sekitar taman. Alhamdulillah, cantik dan boleh dilawati oleh sesiapa yang berminat.
Hai... Saya Abdullah Naufal... Cuti2 Malysia di Tasik Shah Alam...

2) AQUARIUM SHAH ALAM
Setelah penat bermain di taman Tasik Shah Alam, kami menuju ke Aquarium yang berada di sebelah Tasik & Wet World. Masuk adalah percuma...
Terdapat perlabagai jenis ikan air tawar... daripada sebesar2 ikan (saiz manusia) sehinggakan sekecil2  ikan... semuanya ikan air tawar...
Pada asalnya, ini merupakan kedai menjual ikan dan aksesori, tetapi dek kerana kedainya terlalu besar... maka ia seperti bilik pameran yang memuatkan berratus2 akuarium...
Penat kami menjelajah dalam kedai dan taman yang disediakan oleh pemilik kedai... ikan keli sebesar paha... ikan patin sebesar fahmy...
Turut serta dalam rombongan ini ialah Ayah&mak Kak Sue, Abang long Sekeluarga...
Salah satu anak sungai dan air terjun yang dibina untuk tatapan pengunjung. Dalam sungai tu ada ikan2 kecil berenang... cantik...
Ini dia permandangan di hadapan kedai akuarium tersebut... Kami syorkan kepada sesiapa yang datang ke Shah Alam singah dan ziarah ikan2 di sini...

3) MANDI MANDA DI HENTIAN LENTANG
Setiap kali balik Dari Shah Alam, kami akan singgah mandi di Hentian lentang yang mempunyai anak sungai yang cantik dan sesuai untuk semua golongan umur...
Hai... Saya Fahmy... seronok mandi kat Air Sungai lintang... tiada pencemaran...
Naufal tidak ketinggalan merasai kenikmatan dan kesegaran air Sungai Lintang...
Kami berehat dan makan makanan yang dibawa dalam perjalanan...

4) BERNIAGA GERAI DI CERAMAH MAT SABU... CHENOR
PAS Kawasan Maran, Pahang telah menganjurkan ceramah Mat Sabu bertempat di Lanting, Chenor. Dengan kesempatan itu, kome telah membuka gerai menjual pelbagai jenis air, nugget, sosej... dan nasi goreng.
Sedikit aksi mengoreng nugget... Sambutan sangat menggalakkan...
Ni model nugget di gerai tersebut...
Sebenarnya adik2 ni ilah Nisa' Maran. Diaorang memang suka bantu kome terutamanya kalau buka gerai di mana2. Oleh kerana tiada pembantu khas, maka diorang menjadi pembantu gerai ni.
Alhamdulillah, jualan sangat baik.
Nak mudah, jual air yang dah ada dalam botol. InsyaAlalh, kalau ada ceramah yang besar2 kome nak niaga lagi...

Wassalam...

7 Responses to BERITA DARI CHENOR, PAHANG...

  1. Anonymous Says:
  2. Salam,

    Bagusnya dpt santai dgn famili. Kat Sel. ada lg ke tmpt yg x tercemar? Mcm x caya je.

    Bagus jg dpt blajar berniaga tu..Kurg2 skil x berkarat.

    Gambar last tu terlentang slps tolong abah kat gerai @ slps mandi kat air lentang?

    Salam dr Penang.

     
  3. Anonymous Says:
  4. Menarik... Jo pun tengah duk minat2 nak buka gerai ka Hari terbuka KIAS gak, tapi fatehah tak de pembantu untuk bantu.. Jo pulak kerja boleh g kejap2 je.. tak de barang nak jual lagi ni.. kena rancang2 jugak la..hehe. bnyak jugak tmpat menarik kat selangor, boleh g jalan-jalan tu..

    Jo& Fatehah

     
  5. Anonymous Says:
  6. wow hebat2.. macam2 aktiviti.
    kas jugak tak de aktiviti nak buat skrg ni.. maklumlah sorg2 kat KJ ni.
    tunggu za balik KJ baru leh p jalan2.

    kas

     
  7. mantap, menarik2. Samalah kita ni, dok jauh jg. Dok sibuk dgn pbukaan kedai, ptg g belajar menjahit, mlm pl sibuk dgn program.. Ada kesempatan masa nak g juga jln2..

     
  8. Anonymous Says:
  9. Kat selangor masih banyak tempat menarik yang belum dinodai oleh kerajaan UMNO-BN dulu...
    Hentian Lentang tu terdapat sungai & jeram yang cantik... airnya jernih dan sesuai untuk kanak2 mandi...
    Setiap kali menuju ke Kuala Lumpur, pasti akan melalui Hentian tersebut, cuma nak berhenti atau tak je...
    to hafsan: bila la bleh tengok kedai baru nih...?

    Shamsueri

     
  10. Alhamdulillah, kunci dah dapat. borang kontrak dah diisi. Tengah mengisi brg ke dalam kedai. kalau tak da arau mlintang. Dlm sehari dua lg san upload gambar.

     
  11. Anonymous Says:
  12. setia menunggu...

    shamsueri

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN