Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

MACAM-MACAM PENGALAMAN MASA JAGA PAMERAN

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, July 21, 2010
Selepas tamatnya majlis solat hajat dan bacaan Yaasin di rumah, Jo n Fatehah terpaksa bertolak balik terus pada malam tersebut sebab kena menguruskan hal-hal promosi. Malam tersebut Jo terus bertolak ke Kuala Krai untuk mengedarkan Taqwim Ramadhan KIAS di Program Jubli Emas Sekolah Maahad Rahmaniah Kuala Krai. Selepas selesai kerja di sana Jo terus ke Pejabat KIAS untuk mengambil barang pameran yang akan berlangsung di SMU A Taqaddum Maarif, Pasir Tumbuh.

Disebabkan kepenatan menguruskan hal majlis di rumah, round pula di Kuala Krai.. Sampai ke kat rumah di Kota Bharu terus tertidur. Sedar je Pagi Sabtu tu, Jo pun bersiap-siap untuk ke Tapak pameran pula. Pameran ni dianjurkan sempena Program Cakno Rakyat anjuran DUN Pasir Tumbuh. Disamping dapat mengedarkan Taqwim Ramadhan KIAS dan melihat gelagat peserta yang mengikuti pertandingan sukaneka, pengunjung dikejutkan dengan beberapa aktiviti sampingan yang dianjurkan oleh penganjur.

Dibawah ni sedikit sebanyak gambar yang sempat dirakam:

GERAI PAMERAN
Nila gerai yang dibuka.. dibuka secara ringkas je.. Yang tersengih tula penjaga nya.

PERTANDINGAN GERAI TERCANTIK
Ni pula adalah gerai-gerai yang dibuka oleh UPU bagi DUN Pasir Tumbuh. Siap ada pertandingan Gerai tercantik lagi.. Tu yang gerai jadi menarik. Disebabkan kesungguhan mereka menghias gerai, Setiap UPU (dalam 6/7 UPU) boleh membawa pulang dengan khemah sekali untuk kegunaan di UPU masing-masing. No satu pula dapat hadiah RM 500 dan 1 Set Komputer.

LAWATAN EXCO
Ni pula Lawatan daripada YB Abdul Fattah Mahmood, Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan yang diiringi oleh YB Ustaz Baihaqi Atiqullah (ADUN Pasir Tumbuh). YB Exco telah merasmikan program ini.

KAPAL TERBANG KAWALAN JAUH BAWA BENDERA 'BULAN'
Dua gambar ni pulak mungkin tak berapa jelas. Ni antara kejutan yang dibuat. Sebuah Kapal Terbang Kawalan Jauh (yang mainan la) telah terbang sekitar padang dengan membawa bendara 'bulan'. Kapal terbang telah berlegar-legar diudara dalam 5-10 minit sebelum pergi. Maafla tak nampak mana sebab masa dia terbang dekat dengan khemah tak sempat nak tangkap gambar.

PAYUNG TERJUN BERENJEN TABUR GULA-GULA
Pengunjung dikejutkan dengan kehadiran Payung Terjun berenjen yang terus berlari ke tengah padang untuk melihat sendiri luncur angin tersebut. Payung terjun ini dikatakan mula terbang di Pantai Bachok sebelum berlepas melalui tapak program ini..

ni pula payung terjun yang terbang rendah di kawasan padang dan melontarkan gula-gula kepada kanak-kanak yang berkumpul di padang. Taburan gula-gula tersebut juga terkena gerai pameran yang jo jaga.. dapat la jugak gula-gula wat makan..hehe

Walapun pada asalnya dimaklumkan luncur angin berenjen ni tidak dapat mendarat dipadang tersebut kerana kawasan sempit, tetapi setelah beberapa pusingan dibuat diudara, pemandunya (Pak Mat) memberitahu akan mendarat juga di padang tersebut. Ni la keadaan luncur angin yang sedang dalam pendaratan. semua perlu berkumpul di dalam khemah untuk memberi ruang.

akhirnya selamat mendarat dan berhenti betul-betul dekat dengan pentas Utama.Semua pakat mengerumumi untuk melihat dari dekat Payung terjun berenjen. Jarang benar nak jumpa ni dan kalu jo tak tengok masa pameran tu, tak tahu la kenal ke tak benda ni..hehehe

Info Payung Terjun berenjen@Luncur Angin (x tahu mana so nama sebenar kot kampung):
- Nama sebenar adalah Paraglider
- Mampu terbang bermula dari Bachok hingga ke Pulau Perhentian dan Pusing balik ke bachok.
- Hanya jumlah yang terlalu sedikit di Malaysia
- Dapat naik 2 orang sahaja. Nampak bahaya tetapi sebenarnya selamat walau enjen mati diudara kerana nama pun payung terjun.. boleh kawal la mendarat ke mana. Dikatakan juga enjen juga boleh dihidupkan walau di udara.
-Sape-sape yang berminat untuk cuba naik boleh la pergi ke Bachok, dia akan bawa kita round sekitar pantai Irama. Tiket plak murah sikit dari Air Asia.. dalam RM50 seorang yang dibuka Jumaat n Sabtu.. boleh la sape2 nak cuba..hehehe. Jo ada no tel tempat tu nya..:-)
Akhir, sebelum balik.. Jo telah dijemput oleh pengerusi untuk menerima Hamper sebagai penghargaan dari pihak penganjur dalam menjayakan majlis itu.. Nak harapkan cabutan bertuah, selalunya tak pernah dapat..hehe

Tula la hambo yang tersengih dengan hamper.. Berat tu, nak control lagi..:-)

Habis la cerito....

Disediakan Oleh:
Faizul@Fatehah





10 Responses to MACAM-MACAM PENGALAMAN MASA JAGA PAMERAN

  1. Anonymous Says:
  2. Wow..macam2 aktiviti jo..
    leh jadi Pengarah bahagian Publisiti ni.

    Apa2pun good luck.

    Coretan Oleh
    kas & Za

     
  3. Anonymous Says:
  4. jo payung terjun tu mula dari bawah ke dari atas pesawat. kalu dari bawah rasa kena panggil payung terbang... he he he..

    dulu pernah telihat di bachok lalu kot kawsan orang mandi..best gak kot kalu cuba sekli..

    Ja

     
  5. Anonymous Says:
  6. bukan pengarah ni tapi jong buat jah hal promosi... kena rancang sendri n buat sendri la..hehe

    Payung terjun tu dia terbang dari bawahla.. naik keatas. boleh la nak try ni.. balik nanti kita g bachok, cuba naik.. sekali tengok memang takut la nak naik sebab bkn cam naik air asia ke aceh ni..hehehe
    ni duk atas kerusi gitu jah. sorang penumpang, sorang driver..

    Jo&Fatehah

     
  7. Anonymous Says:
  8. boleh test naik ni...
    tunggu ja balik... kita naik ramai2...
    dalam kepenatan ada keseronokan...
    Alhamdulillah...
    Tengah sarat2pn jaga gerai ke...
    Nanti nk kene bagi masa berehat yg cukup kt permaisuri joe tu...
    cian dia...\\

    Shamsueri Al-Chenory

     
  9. Anonymous Says:
  10. boleh g ramai2x tapi naik sorang2x la..hehe

    tula, tak duk diam la fatehah ni.. pameran ni pun bg jaga kejap je.. biasa la, masa pameran ni macam-macam ada yang menarik.. tu yang nak ikut tu..:-)

    ni dah masuk 7 bulan, bermula la masa rehat kena banyak sikit.. nak kena g cari barang2 nak sambut org baru plak ni malam ni..

    Jo&Fatehah

     
  11. Jo kan nakal, tempat2 mcm ni isteri kenalah pantau.. haha.. Bertuah sungguh Jo&Tehah. Tahniah.

     
  12. San & abe kas jgk terkebil-kebil.. krn PJJ.
    Payung terjun tu nampak mcm bhya je. Bila naik susah nak mendarat. takut tgk..

     
  13. Anonymous Says:
  14. Rasa payung terjun tu main kot kwasan pantai, klu sush mendarat cuba mendrat kot dalam air agak2 stekat pinggan..selamat sikit...hi3..mgkin susah mendrat sebab kwasan sempat kot..klu luar tak pe..

    Ja..

     
  15. Anonymous Says:
  16. ish.... sayang suami lepas2kan.. sayang isteri teman-temankan...kikikiki.. bkn tak harap la, tapi bila lagi nak g teman wan keje.. masa ni la..hehe.

    tak bahaya la, ni sebab tempat sempit.. tmpat dia wat naik orang nu mmg dah khas dah untuk naik n turun..hehe

    Faizul

     
  17. Anonymous Says:
  18. kslsu nsik bleh turun tu... boleh naik...
    tapi kalau xleh turun... tu yg masalahnya...
    mcm kapal selam...
    atas air ok... kalau selam x timbul2...
    pepn, InsyaAllah berpeluang nanti abg nk cuba gak...

    Shamsueri Al-Chenory

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN