Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN MINGGUAN MUSLIMAT

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, July 21, 2010
 Asslamualaikum semua, hari ni Joe nak masukkan sedikit cerita dari kampung pada hujung minggu sebelum ni. pada 16 Julai (Jumaat baru ni) Mek telah merancang untuk mengadakan solat hajat khususnya untuk Hamidah yang dah masuk 9 bulan mengandung anak kedua dan juga kepada Fatehah yang juga baru masuk 7 bulan kandungan anak Sulongnya.

Bergabung dengan majlis tersebut juga adalah Majlis Bacaan Yaasin Mingguan Muslimat telah memilih rumah kita untuk minggu tersebut. Oleh itu, Solat Hajat telah bermula selepas Solat Jumaat yang dihadiri oleh Ust Syaharudin Salleh, Pentazkirah jemputan di Masjid Perala yang juga Guru jo masa sekolah menengah dulu. Sedikit sebanyak gambar yang sempat dirakam...

Gambar Solat Hajat dan Jamuan bersama ustaz serta tetamu tak dapat disiarkan kerana tak sempat ambil gambarnya dengan Abang Nik..

BACAAN YAASIN MUSLIMAT
bacaan Yaasin mingguan adalah antara program mingguan yang disertai oleh seluruh muslimat. Program ini akan bergerak dari rumah ke rumah bagi mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan suasana membaca Al-Quran antara penduduk kampung.

ni pulak sedikit jamuan yang disediakan selepas bacaan Yaasin.

Sikit je gambar yang boleh disiarkan. Jo pun kalut masa tu tak sempat ambil gambar banyak-banyak.. tambah la sikit di bawah ini di sebalik tabir orang yang turut menjayakan program ini..


SEBALIK TABIR
Tukang masak yang menjamu selera di dapur.. biasa la sambil-sambil tunggu orang minta lauk tambah, sambil tu boleh la makan jugak.. Mudah sikit nak tambah nasi, peruk duk kat depan je..hehe

ni Pulak Tukang Masak Utama.. Mok Long n Mok Nah yang tiba paling awal untuk memasak

Tengah khusyuk menyiapkan makanan untuk tetamu dengan ditemani oleh Anak sedara. Tu la dia yang tengah sarat mengandung 9 bulan pun sempat menyiapkan makanan. Ditepinya pulak tengah mengandung 7 bulan duk kerat lada kering.

Yang ni pulak Kerja Jo. Kena uruskan hal kelapa. bermula dengan buang kulit sampai jadi santan.. Mujurlah ada teman tu.. Amirah yang tengah angkat kelapa ke atas rumah.

Ni la sedikit berita dari Kampung yang boleh dikongsi bersama.. tak sempat nak cerita panjang-panjang kerana kesuntukan masa.. 

Disediakan oleh :
Faizul & Fatehah





6 Responses to SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN MINGGUAN MUSLIMAT

  1. Hulubalang Says:
  2. Alhamdulillah.. menarik.

     
  3. Anonymous Says:
  4. Alhamdulillah... macam2 program kat kg..
    Best kalu kami di sini ada waktu program tu.

    Coreten oleh:
    Kas & Za

     
  5. Anonymous Says:
  6. Alhamdulillah...
    Aktif betul muslimat kat kg tu...
    Moga Allah merahmati seluruh penduduk Kg kita...

    shamsueri Al-Chenory

     
  7. Anonymous Says:
  8. teringin nya nak balik tanah merah..rasa mcm dah lama tak balik tetapi dihambat kesibukan di sini...usahkan balik kg..suami pun tak sempat jenguk...;(





    k.iza....

     
  9. Anonymous Says:
  10. Salam.... Nasi tambah tu...

    Syoknya ada kenduri kat kg. Nak balik jauh. Tggu raya la, kami balik. Ada sapa2 nak sponsor BBQ ka?

     
  11. Anonymous Says:
  12. abang kamil....hehehe.. kita pakat2 duit, kita wat la BBQ, ada ayam, ikan, sotong, sosej..hehe. jarang-jarang kumpul ni, kena wat gak la majlis ringkas2 tak po doh..:-)

    Faizul

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN