Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

AL-KISAH DI HUJUNG2 MINGGU BULAN RAMADAN

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, August 25, 2010

Sedar tak Sedar dah separuh Ramadan kita berpuasa, Jadi dalam kesibukan kita menyambut bulan Ramadan yang penuh berkat ini, sememangnya tidak sunyi dengan aktiviti masing-masing. Bagi Jo sendiri, tiap-tiap kali hujung minggu Jo n Isteri akan bersiap untuk balik ke kampung dan berbuka di sana. Jadi, tiap kali balik kampung, adalah sedikit sbnyk aktiviti yang dibuat samaada yang dirancang ataupun tidak.

Mula-mula, Ceritanya hal Musim buah.........................(citer kat bawah ni hari2 akhir sebelum ramadan)

Kena panjat bukit daaaa... sorang pikul anak dalam perut, sorang lagi pikul anak yang tak leh jalan lagi... semangat2
Gambaran atas pokok tengah memetik rambutan dari dahan yang telah dipotong
Bergaya dengan buah kejap......:-)
Misi hampri selesai..
Gambar kat atas ni adalah masa ambil rambutan di kebun atas bukit dekat rumah. Banyak rambutan yang masak, kebetulan masa tu ada program kat KIAS. Mek suruh kerat dahan untuk dapatkan buah dalam kuantiti yang banyak.

Seterusnya, Minggu minggu lepas Jo, Isteri, Ja n Mek ke kebun untuk dapatkan buah rambutan, dokong dan Seto (Manggis). yang ni kebun kat belakang rumah antara yang turut hadir menyibuk ialah...........

tak lain tak bukan adalah lembu-lembu kat kebun tu.. terpaksa la Jo jaga buah2an yang diambil daripada dirampas oleh lembu... tengok la kat gambar tu, Jo tengah berjaga2x, sampai lembu pun konfius..ish3x
Ni pulak gaya utk ambil buah yang tak berapa tinggi tapi tak berapa rendah.. kena gabung dua orang baru sampai.. Ja kat bawah, Jo tengah belek buah kat atas bahu.
kawasan pokok dokong dekat dengan reban ayam
ni pulak hasil 'tangkapan' yang dibuat selepas beberapa kali berperang dengan kerengga yang siap sedia menjaga buah yang masak
Ni la nk tahu gak. antara Rambutan yang rasanya sangat manis.. Nama standardnya Mokte Chekbong. tengok kat luar macam biasa, tapi bila rasa isinya.. memang takleh nak lawan.
Habisla cito Mokte dengan Dokong. Antara yang kat kebun tengah hangat adalah Rambutan, Dukun, Langsat, Manggis, Rambai, Cempedak yang kebanyakannya mungkin boleh merasainya apabila tiba raya nanti..:-)

Selepas Sepagi pergi ke Kebun rambutan.. Kami pun merancang untuk memasak beberapa menu untuk dibuat juadah berbuka puasa. Biasa la, jarang-jarang hujung minggu ni balik, kena specel sikit. Mula-mula, kami serbu kolam dulu untuk tangkap ikan.....jejeng...

Zuuppp...begitu la kehebatan abg nik melebarkan Jala untuk menangkap Ikan.. sekali lebar dan 5/6 ekor ikan yang terperangkap.. antaranya Ikan Talapia dan Ikan Lapan.
Ni la dia hasil tangkapan Ikan yang dibuang dari jala.
Aji n Ja tengah bersemangat membuang ikan dari jala
Dari Aceh datang kelate... boleh balik kelate ni, biar la puah hati..hehe.
Lepas Selesai misi mencari ikan.. Tukang-tukang masak pulak yang gabungan Orang Batu 8, Orang Perak n Orang Kota Bharu ni bersetuju untuk memasak beberapa menu... Antaranya....

Pertamanya.... Ikan masak Stim... ni la dia ikan yang ditangkap tadi.. Dibuat Stim.. Mahal ni kalu makan kat kedai..
Keduanya, macam biasa la.. Tomyam Campur..
Yang ni pulak Ikan masak Asam.. Orang Batu 8 buat.. Ngidam ke...:-)
Dan kuih utama nya adalah Puding Gula Hangus... Ni la Kuih yang dah masak sudah sedia untuk disejukkan..
Dan lain-lain cam biasala ulam, budu, petai dan sewaktu dengannya...disebabkan ramai, 2 hidang telah dibuat
HABISLA SEMUA CERITA.. begini la ceritanya sedikit sebanyak cerita bulan puasa.. Mungkin minggu ni ada lagi cerita yang terbaru dari kampung.. Sebelum tamat, dibawahnya ada gambar2 menarik yang sempat dirakam...

Ni gambar ular sawa terperangkap di dalam jala yang tersangkut di Kolam. Ular ni telah mati mungkin baru sehari dua dan merupakan pemangsa kepada ikan-ikan didalam kolam.
ni pula Abg Nik yang mesin tebu. Tahun ini air tebu tidak dijual.. Hanya mesin untuk diminum seisi keluarga..
Terakhirnya....

Tengok adik-adik...Kalu gayat nak lepasi jejantas panjang dan kecil.. kena buat macam ni ye....Ni la gaya aminudin ketika melepasi jambatan ketika pergi mencari buah durian.
Begitula sedikit coretan yang sempat dirakam.. banyak lagi cerita-cerita yang tak sempat di masukkan.. Apapun sekadar untuk dikongsi, penyaluran maklumat terbaru ke dalam blog keluarga akan diteruskan..

Sekian.. Wassalam.

Disediakan Oleh:


5 Responses to AL-KISAH DI HUJUNG2 MINGGU BULAN RAMADAN

  1. Anonymous Says:
  2. Menarik cite dari kg... macam2 aktiviti.

    from: kas

     
  3. Anonymous Says:
  4. letih kakloh nk masuk cerita... sapa tengoh male siapp. tokdang nk cek balik daaa..hehe


    faizul

     
  5. ambik rambutan tu.. Jo dok atas ja.. haha. ni kes buli.. patupnya abg kat bawah, adik kat atas. Ni tebalik.. haha. seronoknya dan sedapnya... tak sabar nak balik kg..

     
  6. Faizul Says:
  7. takpo, samo-samo setuju...hehehe.. Meme dulu lagi la lagu ni..:-) kdg2 kena duk bawah jugak la.. tapi jarang-jarang..hehehe

     
  8. bagus2...
    ore hok sarat pun ikut masuk kebun ko...?
    seronoh bilo tengok cito cini... menambohkan tok saba nok kelik kg...

    shamsueri

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN