Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

DARI CHENOR KE ROMPIN...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, August 24, 2010
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Ramadhan kepada semua pelayar laman IbnuHussin.com
Semoga dengan kehadiran Ramadhan yang membawa seribu keberkatan ini akan meningkatkan usaha kita untuk melipatgandakan ibadah...

A) XTVT JEMAAH
Sempena bulan yang penuh keberkatan ni, pelbagai xtvt yang dianjurkan oleh jemaah PAS di peringkat Caw., Kawasan & Negeri. Antara yang saya terlibat sama ialah Kempen "Sekampit Beras, Sekilo Gula" dengan tujuan mengumpul seberapa banyak beras, gula dan lain2 barangan keperluan harian daripada "Dermawan" untuk diagihkan kepada Insan2 yang memerlukan. Alhamdulillah, hasil promosi dlm akhbar Sinar, kempen ini disahut oleh seluruh jemaah PAS di negeri Pahang termasuk Masjid Negeri & lain2 masjid.

Selaku Ketua Cawangan PAS Bukit Kening, saya telah berjaya mengumpul 30 penyumbang dan InsyaALlah akan diserahkan kepada yang memerlukan dalam tempoh masa terdekat. Semoga Allah berkati perjuangan PAS untuk menegakkan Syiar Islam di Malaysia serta menjaga keamanan dan keadilan kepada seluruh rakyat di malaysia tanpa mengira fahaman politik, perkauman dan agama.

B) BAZAR RAMADHAN
Memandangkan sepanjang bulan Ramadhan saya tak berniaga di Kantin Sekolah, maka cuba nasib di Bazar Ramadhan Pekan Awah. Jarak dari rumah kira 10km. Saya telah menyewa 1 lot dengan harga RM185.
Antara menu yang diniagakan ialah Nasi Ayam IbnuHussin & Kelapa Jelly. Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. Saya tak jual banyak, jualan dalam lingkungan RM150-RM200 sehari.

Kita hanya merancang, Allah menentukan... berniaga di Bazar Ramadhan terpaksa dibekukan sememntara kerana...

C) SG MOK, ROMPIN PAHANG
Hari ke-2 berniaga, saya dimaklumkan oleh Isteri tersayang (sue) bahawa beliau menerima makluman daripada Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya bahawa perlu melaporkan diri di Sek. Keb. Sg Mok (Skolah org Asli). Oleh kerana ada masa 3 hari sahaja, maka saya bersama keluarga & mak ayah sue bertolak ke Rompin pada pagi Jumaat. Alhamdulillah jam 11 pg sampai di skolah tersebut. Jarak dari rumah Chenor ke Skolah tersebut ialah lebih kurang 260km (kira2 3 1/2 jam).
Cukgu Baru SK Sg Mok... nak kene biasakan diri dengan pelajar 100% anak orang asli yang tidak beragama Islam...
Skolah ni cantik, pelajar di skolah ni hanya 60 Orang dan guru 12 Orang. Cabaran mengajar di sekolah seperti ini ialah untuk mengubah pemikiran lama yang masih dibawa oleh keturunan orang Asli terutamanya kepentingan Ilmu dalam kehidupan serta peripentingnya Islam dalam mensejahterakkan ummat manusia di dunia. Alhamdulillah, 16 Ogos Sue telah menjadi cikgu anak2 orang Asli dengan rasminya.

Oleh kerana tempat tersebut jauh dan tidak pernah sampai oleh kami, maka kami sekeluarga berkampung di Taman Wawasan, Tg Gemok (Umah sepupu) sementara jumpa umah sewa. Maka bermulah keje saya sebagai suri rumah sepanjang Ramadhan.
Untuk makluman semua, Kuala Rompin merupakan kawasan yang berhampiran dengan Pantai. Terdapat beberapa pantai yang cantik untuk dikunjungi. Antaranya Pantai yang berhampiran Pekan Kuala Rompin. Sambil jalan2 di Pekan, kami berRiadhah di pantai untuk melihat keindahan Alam ciptaan Allah.

D) RUMAH SEWA
Alhamdulillah, cita2 nak tinggal di rumah sewa tercapai gak. Walaupun saiznye hanya "campaq & mini", tapi memadailah dengan berstatus "musaffir di bumi Allah" yang hanya sementara untuk menghabiskan sisa2 hidup. Semoga hidup ini diberkati Allah dan mati dalam berjuang Agama Mu Ya Rabb...
Nilah gambar rumah yang kami sewa. Zaman 70-an dulu, rumah ni untuk pegawai2 Felda Plantation Sdb Bhd Selendang 4. Sewanya hanya RM100 sebulan.
Rumah ni hanya 2 bilik, 1 bilik air. Cukuplah untuk keluarga kecil seperti saya. Jarak rumah ni ke SK Sg Mok ialah 7 km. Ni yang paling dekat, kalu nak dekat lagi kene tinggal bersama orang asli.
Walaupun bertaraf tersangat luar bandar, internet boleh guna. Tapi very2 slow. Takpe, yang penting skali skala boleh guna untuk berhubung dengan dunia luar.

Sekian sahaja cerita yg mampu dikongsi bersama. InsayAllah Raya tahun ni kami sekeluarga balik Kg. Jumpa di sana...

Sekian Wassalam...

Shamsuri Sekeluarga



6 Responses to DARI CHENOR KE ROMPIN...

  1. Hebat abe... Tahniah.. Jo jugak yg xdpt nk bg smbangan bnyk kat jmaah kita sbb bbanan tgas pjbt yg bnyk smpai xlrat nk buat... raya tahun depan nk jual jgk la kat bazar.. bleh tmbah pndptan ni..:-)

     
  2. Trima kasih joe,
    dalam meneruskan sisa2 idup ni, kita kene jadi serba boleh,
    yg penting cara dan sumber halal...
    tentang jemaah, kita tak boleh jauh...
    bimbang kita akan tergolong di golongan yg tak berjuang agama Allah...
    wbmpn,
    majulah diri untuk keluarga, agama dan negara...

    Shamsueri & Keluarga

     
  3. Anonymous Says:
  4. Tahniah buat kak sue kerana bergelar cikgu.

    Tahniah buat abe coz semakin hebat dalam dunia politik.

    So, bulan ramadhan ni abg dok rompin ke? kira dah tak buka gerai d bazar ramadhan ke?

    Apa2pun good luck & semoga berjaya di dalam bidang yang diceburi.

    kas

     
  5. Anonymous Says:
  6. tahniah k.sue da dapat posting...tinggal za lg yg dok menghitung hari bersama bebanan tugas yg banyak smpai beku otak dibuatnya..nasib baik suami tercinta(kas)byk bg support...pasni za la pulak menunggu ke mana agaknya dihantar untuk berkhidmat tahun depan...
    Gud luck k.sue...mendidik tak semudah utk mengajar...


    za

     
  7. InsyaAllah dapat skolah bestnye...
    Tp, kalau dapat skolah mcm kak sue...
    lagi best walaupun tak idup senang seperti cikgu lain...
    pepn,
    good luck 4 all...

    shamsueri

     
  8. Anonymous Says:
  9. Alhamdullilah and thanks for sharing... Sy membesar di chenor dan asal dr k.rompin... skrg dah berpindah ke rompin dan tersangat rindu pada chenor.... Rumah mak dekat dengan pantai hiburan.. Tapi masa raya je dpt balik..

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN