Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Embroidery Technology Enterprise Baru Mula Seminggu Beroperasi

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, August 7, 2010
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Setelah sekian lama merancang, akhirnya dapat juga san sebuah perniagaan bermula di bumi UTM, Skudai Johor ni. Umpama sebiji telur dari banyak-banyak telur yang diperam oleh ibunya sebelum menentas ke dunia luar. Dengan pelbagai sokongan dan pandangan pihak UTM menggalakkan para mahasiswa untuk mencebulkan diri dalam dunia perniagaan dan seterusnya bersaing dengan pesaing di luar sana.

Pada minggu lepas, San dan kawan dah siap mengisi borang perjanjian sewa dan segala bayaran dibuat. maka bermulalah kerja-kerja susunatur kedai. Dengan modal yang ada, kami merancang sebaik mungking agar modal digunakan dan dilabur secara optimun. Banner dibawah antara skop perniagaan yang san dan kawan jalankan. Walaupun terdapat beberapa skop yang berbeza, kami mulakan langkah demi langkah dengan penuh analisis.


Skop Kekacang & Air
Langkah pertama kami, siapkan hal-hal berkaitan dengan kekacang samada susun atur kekacang dalam kedai dan pembungkusannya. Alhamdulillah, sebelum dibawa ke kedai, dah ada orang membelinya. Ini kerana kami jual dengan harga yang murah dari pasaran. Berikut sedikit gambaran segala jenis kekacang dan keropok yang kami jual kat kedai.

Dibawah ni detail tentang jenis produk dan harga semasa dan pasaran di Johor.
Macam mana mahal tak? Ni antara skop perniagaan Kekacang.. Yang peliknya, kat plastik yang kami bungkus, nama syarikat Embroidery Technology Enterprise.. hehe. Untuk edaran dalam UTM.. Namun, dah ada kawan nak jual ke sekolah. Sekarang ni, san mencari satu orang pelajar yang nak bekerja part-time untuk jual ke kolej-kolej. Selain dapat membantu kewangan dia, ia dapat melajukan lagi jualan  makanan ni.

Skop Sulaman Dan Jahitan

Alhamdulillah, bantuan dan sokongan ahli keluarga dapat melancarkan lagi perancangan san. Alhamdulillah, Jutaan terima kasih pada mek, ayah, mak dan pak yang banyak membantu. Jutaan terima kasih kepada Kak Norma dan Abg Pu kerana mberi pinjam kereta dalam tempoh yg sangat lama dan memberi pandangan dan nasihat serta tunjuk ajar. Jutaan terima kasih juka pada Kak Sarimah dan Abg Nik kerana memberi pinjam modal dan Mesin jahitnya dan adik-adik beradik lain yang banyak membantu. Jasa kalian takkan san lupakan. InsyaAllah, suatu masa kita akan sama bantu membantu.

Berikut merupakan sedikit gambaran kedai bahagian sulaman dan jahitan. Sebenarnya mesin sulam belum ada dan masih didalam proses untuk mendapatkannya. namun, san dan ada pembekal-pembekal sulaman yang sedia menawarkan harga untuk san sebagai penjual. Sehinggakan ada pembekal sulaman sedia memberi sempel-sempel sulaman tampa bayaran untuk diperagakan/dihias kat kedai san. Bulan Ramadhan ni baru dapat sempel-sempel itu.
InsyaAllah, san dok tunggu mesin sulam sampai.
Antaranya yg ni...

Skop Latihan Jahitan Dan Sulaman

Alhamdulillah, pada 7 Ogos 2010(Sabtu) San dan kawan berjaya menganjurkan kursus seni jahitan dan sulaman hiasan kereta. Alhamdulillah walaupun promosi hanya beberapa hari dari tarikh yang san tetapkan. Akhirnya berjaya kumpulkan peserta walaupun tak ramai. Dengan rankaian niaga yang san jalinkan sebuah syarikat diluar sana. Program pun berjalan dengan jayanya. berikut merupakan gambaran bengkel tersebut..


Kursus ni dibuat di bilik kuliah dengan aircond dan sangat selesa. Dengan bahan-bahan disediakan 100%, San kenakan bayaran cuma RM5 sahaja. InsyaAllah tarihk seterusnya bengkel ini pada 20 Ogos 2010. 2 Sesi iaitu sesi pagi dan petang. Setakat ni permintaan menggalakkan, San lancarkan promosi besar-besaran dalam kempus UTM ni. Jika makin tinggi permintaan, San akan tambahkan lagi siri seterusnya. Untuk modul ni sah hingga Ramadhan. Selepas Ramadhan, San akan buat kertas kerja untuk buat bengkel Seni jahitan Beg daripada kain. Yang kak Ma buat waktu kenduri San dan Azi.. Program san ni sempena pelancaran kempen "Say no to beg plastics" (Katakan tak pada jabir rokrak). Jadi san akan kempen penggunaan beg kain daripada kain-kain terpakai. Jadi 3 kempen serentak, pertama "say no to beg plastics", kempen kitar semula, kempen Kempus Lestari. Lepas raya InsyaAllah san akan lancarkan program. InsyaAllah jika iaseiring dengan kehendak Universiti, maka jalannya akan dibantu oleh pihak pentakbir.

Sempena bulan ramadhan ni, kaedaan kedai mungking akan jadi lebih sibuk. ini kerana didepan kedai akan jadi kawasan Barza Ramadhan. Berita ni akan san kongsi kemudian.


Skop Percetakan Kad

Untuk yang ni san belum mulakannya lagi. InsyaAllah akan san gerakkannya juga. Kerana semua bahan dah ada. San link kan dgn blog Jo
http://www.f2fprinting.blogspot.com/


InsyaAllah itu saja yang sempat san kongsikan buat adik beradik yang dikasihi Allah sekalian. Jasa kalian san takkan lupakan. San dilangkah pertama dalam dunia perniagaan. banyak yang san perlu belajar dari pengalaman adik beradik. Setiap pandangan dan nasihat keluarga akan san utamakan.



daripada:-

11 Responses to Embroidery Technology Enterprise Baru Mula Seminggu Beroperasi

  1. Untuk tempoh sekarang, Segala promosi san untuk percetakkan kad, San linkkan sepenuhnya ke blog Jo. Termasuklah promosi san melalui FB tentang percetakkan ni.. InsyaAllah, moga ramai yg talifon jo nanti. San x leh fokus lg untuk percetakkan kad hingga lepas Ramadhan. Jo jgn peliklah kalau ada org tempah dr Johor ni. Itu rezeki Jo.

     
  2. Anonymous Says:
  3. banyak gak tu san ada mesin sulam.. bagus la makin laju tu bergerak..
    ish3x, bakpo tak mula lalu smbil2x wat kerja len.. mudah je nak urus percetakan tu.. apa pun jo akan urus dulu sambil2x tunggu se boleh urus terus.. dalam sehari dua ni, Jo akan update semua sebut harga yang ada... sblm ni pun duk sibuk kat konvo kias.. ni baru rasa ringan sikit nak wat kat rumah...

    Jo n Fatehah

     
  4. Anonymous Says:
  5. Good LUck.
    Semoga San berjaya dalam bidang yang diceburi.

    from kas

     
  6. Anonymous Says:
  7. Alhamdulillah.. Syukur kerana dah mula langkah pertama kearah kejayaan...
    K. Ma x leh nak gi ngajar, tempahan dok byk ni. Dia pun dok tggu memori card utk design terbaru sulaman.

    Yang paling best. K. ma sponsor makan malam utk kami semua, iaitu pada Jumaat 6.8.2010 yg lalu. Malangnya gambar x leh nak upload. Anak2 delete awal2 lagi.

    Ok la semoga San berjaya.

     
  8. Alhamdulillah, Mantaplah kak Ma kita, nanti bolehlah belanja kami plk. hehe

     
  9. MaranDaily Says:
  10. Alhamdulillah,
    Tahniah kepada sam...
    cuma sebagai peniaga kecil seperti abang...
    timbul beberapa persoalan tentang hg jualan brgn kekacang...
    dan harga kursus yg sam anjur...
    bg hg kekacang tu... terlalu ketara hg... kesannya berlakunya persaingan yg kurang sihat... wbmpn, terpulang kpd ilmu & budibicara sam...
    bg hg untuk kursus... terlalu rendah... dan tak mengambar nilai ilmu tersebut...
    bimbang ia tidak dihargai dan dipandang serong oleh pesaing lain...
    wbmpn, ini adalah pandangan peribadi abg semata2...

    Shamsueri Al-Chenory
    Peniaga Kecik2 Jah...

     
  11. Sebenarnya, jualan kekacang dan keropok. Tidak ada peniaga yang menjual makanan ini lg dalam kempus UTM. Kebiasaan pelajar akan cari kat shoping komplek seperti JASCO or GAINT. Harga yg san bandingkan dgn shoping kompleks tersebut.

    Kemungkinan, kedai disebelah san kawan san baru nak jual jajan(keropok, kekacang dll. Jadi untuk membantu dia, semua kekacang dan keropok dikedai san akan letak ke kedai dia dan tak tinggal satupun di kedai san. (san akan jadi pembekal untuk kekacang dan keropok kat kedainya).
    Jadi, tak kan wujud persaingan sesama sendiri disamping dapat membantunya. Dengan shoping kompleks tu tak kisah.

    Jd ruangan keropok dan kekacang dikedai san akan diubah menjadi ruangan sempel-sempel jersi sukan, baju koprat, vest, cap dll pakaian kosong utk disulam dan ditempah serta pakaian yg ditinggalkan utk dijahit. Jadi ruangan kedai san sepenuhnya pakaian dan peralatannya. Keropok dan jajan di kedai sebelah dan akan bekalkan.

    Utk persoalan kedua, tentang jahitan dan kursus tu. Juga tak da lagi kedai jahit dan kelas jahitan dalam UTM. Kat luar banyak. Semuanya dikuasai oleh org2 cina sepenuhnya. Memang kedai jahit melayu kat luar tak hidup. Yg san wujudkan ni, merupakan kedai jahit melayu pertama dibuka secara terbuka di tengah2 komuniti. Jadi san tak bersaing dengan jahitan melayu, tetapi bersaing dengan peniaga cina di luat kempus. Kat luar cina cas rm 5 utk potong kaki seluar. San cas rm3.5-rm4. mrk cas utk kecik kaki seluar rm7-rm8, san cas rm5-rm6. Kereka kaut keuntungan melebihi 200% utk setiap brg. Kita tak leh ikut mereka. komsep san, daripada mahasiswa kepada mahasiswa. San mmahami kehendak mahasiswa kempus. Dengan peniaga cina, memang san akan bersaing habis2san. Dgn peniaga sebidang dgn san akan san bantu. Seorg kakak yg san jumpa, dia buat jahitan kecil2an kat rumahnya.(macam kak ma). San bagi sempel baju silat. San bagi kain utk dia buat seperti sempel itu. San cakap kat kakak tu, jika san puas hati dr segi kualiti jahitan. San akn bawa baju tu utk di cadangkan utk dibekalkan utk pesilat Johor. jika kptsn baik, kak tu akn jd pembekal baju silat kosong utk san sblm san sulam selengkapnya. (kerana san tahu, skrn ni masalah pembekal baju silat di johor -harga terlalu mahal dan kualiti sgt teruk). Secara tak lansung, san akan membantu kakak tersebut dalam perniagaanya. San akn bantu peniaga2 muslim. Kita akan naik bersama2. Tiada komsep bersaing sesama sendiri. Ttp bersaing dgn non-muslim. Kenapa san letakkan terlalu murah??? Sebenarnya san dpt dr cikgu tu percuma utk bulan ramadhan. Atas pbcngn san dagn dia. Disamping dia promosi peralatannya, san promosi kedai san. Bayaran yg dikenakan cukup utk sewa tempat dan lbh sikit. Tak pa, utk bulan ramadhan ni adalah tempoh san promosi kedai san. Kerana tu, promosi ni sah sehingga ramadhan. Lepas dr ni, bayaran tu x leh dah.. Dengan bayaran yg murah, memang pelajar dan staf2 terpegum. Abg jgn bimbang, kedai san kedai ptama buat perkhidmatan latihan jahitan dan sulaman dalam kempus UTM ni.

    san rasa terjawab persoalah abg syam. san plukan nasihat dan cadangan. InsyaAllah, jika san buat silap, amat sgt ditegur.

     
  12. This comment has been removed by the author.  
  13. InsyaAllah, dlm prcngan san ada bbrp lg projek jahitan pakaian yg san akan anjur. Satu jurujahit melayu kat luar UTM(Sekitar UTM). 1 projek san akan kongsi buat bersamanya. Mking utk baju silat cekak dgn kakak tu, untuk baju silat gayung, dgn org lain. Dan beberapa lg. San mulakan langkah demi langkah dgn bhati2. Agar kehadiran kita dalam pesaing2 sedia ada memberi sumbangan kepada pembangunan dan peningkatan kepada pesaing2 yg sekufu dgn kita utk bersaing bersama2 dgn org lain.

     
  14. Anonymous Says:
  15. Alhamdulillah baguslah macam tu...
    Cuma berhati2 bila wujud persaingan akan ada muslihat, tak kira bangsa.
    Bila kita maju sikit bnyk tangan2 ghaib akan cuba tarik kita kebwh.
    Teruskan perjuangan tanpa sebarang rasa ingin bertanding dgn mana2 pengusaha dan menunjuk-nunjuk. Wujudkan persaingan sihat.

    Ikhlas.
    Siifu

     
  16. InsyaAllah, mudah-mudahan.. Nasihat akan diterima..

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN