Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

GOTONG ROYONG PERUMAHAN KASTAM WPKL

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, August 2, 2010
Dah lama kas tak kongsi cerita dengan ahli keluarga yang melayari blog keluarga ini. Cerita Gotong Royong Perumahan Kastam WPKL telah berlangsung pada 24 Julai 2010 (Sabtu). Ia bermula pada pukul 7.30pagi sehingga 12tengahari.

Program gotong royong ni disertai oleh pengurusan/staff JKDM WPKL serta penduduk perumahan kastam WPKL.

Di awal pagi, aktiviti senamrobik (bersenam sambil menari) menjadi pembuka program. Disebabkan kas turun lewat, maka kas tak joint senamrobik ni. Kas turun je, aktiviti senamrobik dah abis.

Selepas aktiviti senamrobik, sedikit ucapan alu-aluan dari Pengarah Kastam WPKL. Kemudian beberapa anugerah telah disampaikan oleh Pengarah Kastam kepada penduduk-penduduk perumahan yang telah memberi jasa dan sumbangan kepada penduduk perumahan kastam WPKL.

Aktivi pertandingan larian kategori kanak-kanak dan remaja telah memeriahkan lagi suasana program tersebut.
Sebaik selesai aktiviti-aktiviti sampingan, maka bermulakan aktiviti utama iaitu gotong royong membersihkan sampah pukal yang terdapat di sekitar perumahan kastam WPKL.

Peralatan di dalam gambar ini adalah simbolik kepada program gotong royong. Sebenarnya gotong royong yang dianjurkan adalah untuk membersihkan sampah pukal sahaja.


Pihak Nescafe telah memeriahkan lagi program gotong royong apabila mereka menaja minuman nescafe secara percuma dan membuka gerai magie dengan jualan secara promosi.


Inilah sampah pukal yang dikumpul oleh penduduk perumahan Kastam WPKL.


Selepas selesai program gotong royong, majlis penutup yang dimeriahkan dengan cabutan bertuah untuk 40 orang yang bertuah. Dalam cabutan bertuah ni, ramai yang bertuah yang dapat macam-macam hadiah. Kas juga tak bertuah..sebab tu tak dapat hadiah cabutan bertuah. :)


Sekian sahaja cerita dari kas di sini.

Disediakan oleh:
kas (2/8/10)

3 Responses to GOTONG ROYONG PERUMAHAN KASTAM WPKL

  1. MaranDaily Says:
  2. Alhamdulillah... takde tempat bagi nyamuk di sana...
    pasal tak bertuah tu takpe...
    cuba di lain peraduan...

    Shamsueri Al-Chenory

     
  3. Anonymous Says:
  4. Meriah la pulak gotong royong wat macam ni.. ada belako situ..cam ada program sukan tau pameran pulak. cabutan bertuah lagi.. len kali kalu nak anjur kan gotong royong, kena guna konsep macam ni.. barula isu org tak turun gtg royong dpt dikurangkan..

    Joe&Fatehah

     
  5. manje Says:
  6. abg nape xdtg majlis manje..kan manje dh bagi kad jmputan

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN