Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

LAWATAN KELUARGA HUSSIN KE RUMAH KELUARGA ASHIAH DI PERLIS

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, August 27, 2010
Sambil-sambil perjalanan ke Perlis, sempat sedikit sebanyak untuk memasukkan perkembangan perjalanan ke Perlis untuk dikongsi bersama.

Hari ini : Jumaat

Seawal jam 4.30 pagi  Mek, Aji, Tie n Fatehah bangun untuk masak dan bersahur

5.30 a.m : Menyiapkan barang-barang seperti buah dan pakaian yang akan dibawa ke atas kereta.

6.40 a.m : Bertolak
7.00 a.m : Singgah di stesen minyak

Teruskan Perjalanan Ke Rumah Kak Ma, Pulau Pinang.

Suasana jalan dalam perjalanan
Kawasan Gerik


8.30 a.m : Berhenti sekejap di Perhentian Sungai Lebey
Ni pulak berhenti kejap sebab  kuat minum air... tok dang 2,3 lekok dah nak buang air kecil lagi
Tengah borak ambil cahaya panas.. Ayah tengah menceritakan sesuatu

11.00 pagi : Tiba Dirumah Kak Ma
Ni tengah nak testing Wifi kat umah Abg Saifu

Duk Main Komputer dan masukkan maklumat dalam blog

Main internet sambil2 borak..

1.15 pm : Solat Jumaat di Masjid Bakar Kapur yang terletak di 2 km dari rumah abg saipu

Kami pergi sebuah kereta je yang muat 6 orang dengan kereta ayah
Suasana di hadapan masjid Bakar Kapur selepas selesai solat Jumaat
 Sekarang tengah bersiap-siap
sambil tengok tb la
3.30 pm : Bertolak ke Perlis
                3 buah kereta ke Perlis bersama a.pu
Dijangka sampai sebelum pukul 6 petang....
(maklumat lwt masuk kerana masa diperlis ada masalah line internet yang terlalu slow)  jadi lwt la sikit.....

5.00 pm : Masuk sempadan Perlis

Pintu Gerbang sempadan ke Perlis Indera Kayangan

5.30 pm : Berhenti di Bazar Ramadhan Taman Kechor beli Kuih Muih
Membeli kuih muih untuk berbuka puasa


Mek tengah memilih kuih muih yang dijual. Abg Nik yang bersama Mek tolong bawa Kuih yang  dibeli

5.45 pm : Solat Asar di Masjid Muqorrabin
Tiba di Masjid Muttaqin untuk siap-siap solat Asar
Ruangan Hadapan Masjid duk tengah pintas Amirah n Aminudin yang berlari-lari kawasan masjid


6.15 pm : Tiba di rumah Ashiah (Mertua San)
Tiba dirumah Mertua Hafsan. Hanya ada Ibu Mertua Hafsan n adik iparnya sahaja. Hafsan dan yang lain dah dirumah Arwah Tok Wan untuk persiapan berbuka puasa. Kami borak di sini lebih kurang setengah Jam sebelum bertolak ke Rumah Arwah Tok Wan

6.40 pm : Pergi ke Rumah arwah Tok Wan (Ayah kepada Mertua San)
Tiba di hadapan rumah Arwah Tok Wan. Rumah Kayu yang menarik binaannya
Rumah di tepi sawah bendang menarik perhatian kami kerana suasan begitu aman dan sejuk.
siap ada meja untuk berehat menikmati udara nyaman

Bersiap dan ambil buah Kelapa untuk berbuka Puasa

San ajak ambil kelapa muda untuk buat berbuka puasa
Pakat-pakat belah dan ambil airnya

7.30 pm : Berbuka Puasa di Rumah Tok Wan
Berbuka puasa beramai-ramai
Semua keluarga terlibat
Lauk yang banyak dan pelbagai sangat membuka selera

9.30 pm : Bertolah balik ke Pulau Pinang
- Lepas borak panjang kami pun bersiap untuk balik ke Pulau Pinang.




11.00 pm : Berhenti di perhentian Gurun Isi minyak dan rehat

12.01 am : Sampai di Rumah Kak Ma Abg Pu
Keletihan daaaa/....


12.30 am : Suma dah Jeneral nak bersahur Esok

4.45 am : Bangun Masak n lelaki plak bangun duk mikir...

5.00 am : Bersahur Beramai-ramai
Semuanya bersahur beramai-ramai... banyak sangat lauk yang disediakan sampai confius nak makan yang mana
6.30 am : Selesai solat Subuh berjemaah kami pun bersiap-siap untuk balik kelantan


Ada lagi yang tak bangun ni... letih ke...
Usaha untuk membangunkan telah diusahakan... Tapi, tidur tetap menjadi pilihannya... Terpaksala kena angkat letak atas kereta dalam tidur...ish3
Antara yang paling lewat mandi da....hehehe
Kak Mah Memilih bunga yang boleh dibawa balik dan ditunjuk oleh Kak Ma kepada Ayah
Yang lain tengah bersiap-siap
Viva pun tengah siap siap juga






12.00 pm (Sabtu) : Tiba di Kampung Halaman.

Tak de gambar dah sampai dirumah sebab semua keletihan...Tamat....


DISEDIAKAN OLEH :
ABANG NIK
JA & JO







7 Responses to LAWATAN KELUARGA HUSSIN KE RUMAH KELUARGA ASHIAH DI PERLIS

  1. Anonymous Says:
  2. Maaf ayah terlindung oleh org besar. Dia dok beradu.

     
  3. Anonymous Says:
  4. sayang sekali k.iza da ada kat KL time nie..kalo tak leh join jugak...maklumlah sekarang da jadi org perlis..



    k.iza

     
  5. Anonymous Says:
  6. jauh perjanana....semoga selamat sampai ke kg.

    kas

     
  7. Anonymous Says:
  8. ALHAMDULILLAH, Jam 12.00 pm tadi Mek, Ayah dan rombongan telah tiba di rumah dengan selamat.

    Jarak perjalanan pergi dan balik lebih kurang 1000 km

    Tamat..

    Faizul

     
  9. Anonymous Says:
  10. Alhamdulillah semua selamat sampai...
    Maaf la Kas & Za, program terkejut trgempak ni..x smpt promosi. Singgah la Penaga bila balik Perlis tu...

    Jo, rasanya Masjid yg kita berhenti solat Asar tu Masjid Al-Muqarrobin. Masjid Al-Muttaqin tu tmpat San akad nikah.

    Siifu.

     
  11. Anonymous Says:
  12. Beres... Maklumat telah dibaiki dan diupdate.. duk confius dah maklumat nama masa tu.. hehe

     
  13. Anonymous Says:
  14. Alhamdulillah kerana perjalanan selamat...
    Moga semua aktiviti yg dijalankan oleh keluarga kita dikira ibadah oleh Allah dan diberi ganjaran yang tinggi...

    shamsuri

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN