Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

SUKAN PERSAHABATAN JKDM WPKL vs JKDM PAHANG

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, August 4, 2010
Pada 31 Julai 2010 dan 1 Ogos 2010, kas telah menyertai rombongan ahli-ahli MSSK ke Pahang bagi perlawanan persahabatan di antara pasukan MSSK JKDM WPKL dengan JKDM Pahang. Perlawanan yang dirancang ialah perlawanan badminton, darts, bowling dan tenis. Program ini disertai oleh 33org ahli MSSK JKDM WPKL. Kas menyertai program ni sebab kas menjadi peserta untuk perlawanan bowling.

Pada pukul 7.30pagi, semua ahli rombongan telah berkumpul di depan pintu pagar dekat pondok guard Perumahan Kastam WPKL. Lebih kurang pukul 8.15pagi, bas yang ditunggu dari Putrajaya telah tiba. Maka bermulalah perjalanan kami ke Kuantan Pahang.


Sampai di R&R Termerloh, kami berhenti seketika untuk berehat. Semasa di R&R Temerloh la satu kejadian telah menimpa diri kas. Sebaik kas melepaskan hajat di tandas, kas pergi membeli air minuman seorang diri. Oleh kerana kas beli air tersebut agak lewat, maka kas hampir-hampir ditinggalkan oleh bas. Selepas kas membeli air, kas dapat lihat bas yang kas naiki telah bergerak untuk keluar dari R&R Temerloh. Kemudian, bas tersebut tiba-tiba berhenti dek kerana kas belum naik. Mujur bas tu berhenti dan mujur ahli-ahli rombongan perasan yang kas belum naik bas. Kalu tak, confirm terpaksa call 999 untuk mintak bantuan. 

Selepas kejadian itu, kas sering diusik-usik oleh ahli rombongan. Setiap kali bas berhenti di mana-mana, pasti mereka akan tuju/tanya kas dulu agar tidak tertinggal lagi.

Selepas berjam-jam dalam perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuartes Perumahan Kastam Pahang pada pukul 12tengahari. Sebaik sampai di sana, kami terus dijamu dengan makanan tengahari. Best betul makanan tengahari tersebut, ramai peserta-peserta tambah nasi.
Selepas makan, kami berehat untuk menunggu solat zohor. Sebaik selesai solat zohor, maka permainan pertama berlangsung iaitu Pertandingan Badminton. Pememang bagi permainan badminton dimenangi oleh pasukan JKDM WPKL.


Kemudian, perlawanan Darts. Oleh kerana pihak JDKM Pahang tidak mempunyai peserta bagi perlawanan Darts, maka kemenangan percuma diberikan kepada pasukan JKDM WPKL.

Selepas selesai perlawanan badminton dan darts, maka peserta-peserta di hantar ke tempat penginapan. Di mana para peserta wanita diberi penginapan rumah teres yang di sewa dari kolej IKIP. Manakala tempat penginapan bagi peserta lelaki pula di Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). Bagi tujuan penginapan untuk peserta lelaki, bilik warga emas di LKPIM telah disewa. Di dalam bilik warga emas tersebut ada ruang tamu, ada 2 bilik (1 bilik kaunseling dan 1 bilik rehat) dan bilik mandi serta tandas. Kedua-dua bilik tersebut telah diubahsuai dijadikan dorm yang mempunyai banyak katil.

Di depan bilik penginapan, terdapat tadika, sebab tu dalam gambar tu nampak corak-corak dan color full.

Selepas berehat dan solat magrib serta isyak, kami semua menaiki bas untuk ke Kompleks Premier Lanes bagi game berikutnya iaitu perlawanan Bowling. Bas yang kami naiki terpaksa melalui jalan yang sama berulang-ulang disebabkan sesat di tengah-tengah bandar kuantan. Selepas berpusing beberapa kali, barulah lokasi yang dituju dijumpai. Oleh kerana telah lambat sampai, maka kami tak sempat nak makan malam. Pertandingan Bowling menyaksikan perlawanan di antara pasukan MSSK JKDM WPKL dengan pasukan kelab bowling JKDM Pahang. Walaupun kas tak beberapa pandai main bowling, tapi kas tetap bermain bagi meramaikan peserta. Kesudahannya, pertandingan bowling ini dimenangi oleh JKDM WPKL apabila Johan bagi kategori lelaki dan perempuan dimenangi oleh peserta dari JKDM WPKL. Johan kategori lelaki dimenangi oleh Tn.Al-Azri dan Naib Johan dimenangi oleh Tn.Mohamad Syukri. Kedua-dua mereka memperolehi mata >450 untuk 3 game.

wajah-wajah pemenang dengan hamper yang diterima.

Selepas selesai bermain bowling, maka kami pergi menikmati makam malam di kedai makan yang berhampiran dengan penginapan pada pukul 12malam. Makanan malam ini ditaja oleh MSSK WPKL. Selesai makan, kami pun balik ke tempat penginapan untuk tidur.

Keesokannya (1 Ogos 2010), pada pukul 9pagi, kami bertolak ke gelangang tenis Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi melihat perlawanan tenis diantara peserta dari JKDM WPKL dengan peserta dari MPK. Secara keseluruhannya, perlawanan tersebut dimenangi oleh peserta JKDM WPKL.

Setelah perlawanan tenis selesai, ahli rombongan menikmati makanan tengahari di Warung Aziz Satar yang terletak di Kemaman. Makanan tengahari ini ditaja oleh MSSK JKDM WPKL.

Mula-mula sampai kat kedai ni, ingat ke kedai ni di miliki oleh pelakon Aziz Satar. Rupanya-rupanya Satar tu merupakan makanan orang terengganu. Satar dan otak-otak yang dihidangkan memang lazat, pendek kata dalam satu saat sahaja satar yang diletakkan di depan mata telah habis di makan. Uniknya di kedai ni ialah mereka menggunakan pinggan yang besar. Terkejut tengok pinggan nasi yang amat besar.
Oleh kerana satar yang dijual amat sedap, maka ramai ahli rombongan telah membeli dengan banyaknya untuk dijadikan buah tangan apabila pulang ke rumah masing-masing nanti.

Selepas selesai makan, kami pergi melawat JKDM Kemaman. Cantik dan menarik pejabat JKDM Kemaman sebab di sebelah pejabat ada pengkalan marin untuk JKDM WPKL. Di sini, kami dihidangkan dengan buah rambutan yang manis-manis.
Setelah selesai melawat JKDM Kemaman, maka kami pun berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Di pertengahan jalan, kami singgah membeli keropok lekor kemaman untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

Alhamdulillah kami selamat sampai di Perumahan Kastam WPKL pada pukul 7.15petang. Namun berita yang amat mengejutkan ahli rombongan apabila seorang ahli rombongan yang bernama En.Kamarudin telah meninggal dunia lebih kurang pukul 11malam kerana penyakit asma. Beliau banyak menghiburkan ahli-ahli rombongan di dalam bas semasa perjalanan pulang. Salam takziah untuk ahli keluarganya, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat arwah. 

Arwah En.Kamarudin yang selalu mengusik kas dek kerana kas hampir-hampir ditinggalkan bas di R&R Temerloh.

Disediakan oleh:
Kas (4/8/10)

2 Responses to SUKAN PERSAHABATAN JKDM WPKL vs JKDM PAHANG

  1. MaranDaily Says:
  2. Al-Fatihah...

    seronok dapat jalan2...
    pepn satu pengajaran agar bersegera dalam segala hajat apabila bersama dalam rombongan...

    MAJU SUKAN UNTUK KEBAIKAN PERUT SENDIRI...

    Shamsueri Al-Chenory

     
  3. hehe.. menariknya aktiviti bersukan. Bersukan keseluruhan turun kolestrol 30%, makan keseluruhan pula tambah kolestrol 40%.. baki wat balik 10%kolestrol.. hehehe.. Kat sana panggil satar, kat sini panggil otak-otak. memang sedap..

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN