Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

TEMPAHAN ANGPAU UNTUK KEGUNAAN AHLI KELUARGA dan KAD RAYA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, August 10, 2010
ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Angpau merupakan perkara yang rutin di setiap hari raya untuk diberikan kepada kanak-kanak semasa raya. Jadi, sambil-sambil tu, apa kata kita buat kelainan sedikit untuk tahun ni dengan mengeluarkan angpau sendiri yang ada nama sebagai ahli keluarga.

Jadi, atas cadangan tu, balik kerja tadi Jo cuba rangka sedikit contoh angpau kalau-kalau setuju dengan cadangan ni. rekabentuk design dibuat berdasarkan kesesuaian untuk digunakan tempat masing-masing. Dibawah ni, design yang dicadangkan.

CONTOH SATU
Ciri-ciri: (saiz 115mm x 80 mm)
1. Corak ni lebih berkonsepkan warna hijau dan latar ketupat
2. di bawah pula ada tulisan Ikhlas dari : Hussin & Halimah sekeluarga. gambar pula diletakkan ramai-ramai mewakili seluruh ahli keluarga. Tidak diletakkan gambar satu-satu bagi menyesuaikan untuk ahli keluarga guna masa nak bagi angpau di kampung masing-masing. contohnya, Abang Kamil nak edar kat Perak ke, tak da la nampak skop edaran terhad sangat. kalu letak semua gambar mungkin edaran jadi lebih terhad untuk orang lain nak guna.
3.Yang lain-lain boleh komen dan cadangan untuk penambahan design di atas.

CONTOH KEDUA
Ciri-ciri : (115 mm x 80 mm)
1. Yang ni pula warna temanya merah dan lebih berkonsepkan rumah kampung la..
2. yang kat bawah pula lebih umum kerana tidak diletakkan gambar. Maklumat ringkas sahaja diletakkan untuk menunjukkan keluaran keluarga kita.
3. apa-apa cadangan boleh dimaklum terus.

Harga Tempahan :
Makin banyak tempahan diterima makin murah harganya.
Contohnya :
Kalu tempah 1000 keping : RM 314 ( 100 kping = RM31.00 ) @ 31 sen sekeping
Kalu tempah 2000 keping : RM 436 ( 100 kping = RM 21.80) @ 22 sen sekeping

(harga bagi saiz 115 mm x 80 mm)
ada saiz 155 mm x 80 lebih panjang sekiranya berminat.. Minta dicadangkan.

TEMPAHAN SETAKAT NI :
Faizul  : 100 pcs
Kamil : 100 pcs
Ayah : 200 pcs (akan digunakan untuk tender sebelum raya dan masa hari raya.
yang lain-lain tunggu jawapan.

Kita jangka tempah pada dalam 1@2 minggu lagi.

TEMPAHAN KAD RAYA

Untuk kad Raya macam abg Kas tanya tu, Jo cuba semak harga, boleh la kalu nak cetak dengan harga Murah tetapi paling Kurang 100 keping. Kat bawah ni Jo akan hurai secara ringkas harga, mana tahu ada kawan-kawan yang berminat...
Saiz dia ada Beberapa Jenis

CONTOH : Saiz 182 mm x 139 mm (yang ni paling besar) dan 182 mm x 111 mm

HARGA KAD BAGI 100 pcs



SAIZ
JENIS KERTAS
260gsm art card
260gsm art card + matt (d)
260gsm art card + gloss (d)
260gsm art card + matt (d) + spot uv (s)
RM
RM
RM
RM
166mm x 91mm / 182mm x 83mm
274
(RM2.74/pcs)
318
(RM 3.18/pcs)
330
(RM3.30/pcs)
452
(RM4.52/pcs)
182mm x 111mm
348
(RM3.48/pcs)
406
(RM 4.06/pcs)
420
(RM4.20/pcs)
578
(RM5.72/pcs)
182mm x 139mm
420
(RM4.20/pcs)
492
(RM4.92/pcs)
510
(RM5.10/pcs)
708
(RM7.08/pcs)


*Harga Keseluruhan (Harga setiap unit)
*Minimun percetekan 100 pcs (makin banyak makin murah harga seunit)
*Warna penuh dan Design ikut suka



PERCETAKAN DIGITAL





SAIZ
JENIS KERTAS (260gsm art card / matt art card)

10 pcs
20 pcs
30 pcs
40 pcs
50 pcs
RM
RM
RM
RM
RM
210mm x 146 mm
52
(RM5.20/pcs)
70
(RM3.50/pcs)
94
(RM3.13/pcs)
118
(RM 2.95/pcs)
142
(RM 2.84/pcs)
146mm x 100 mm
50
(RM5.00/pcs
66
(RM3.30/pcs)
82
(RM2.73/pcs)
98
(RM2.45/pcs)
118
(RM2.36/pcs)

*potongan 10% kepada yang hantar design siap

*harga tidak termasuk kos penghantaran
*percetakan digital dan minimun 10 unit tempahan.


(untuk makluman abe, untuk percetakan digital ni Jo masih dalam proses dan tak janji lagi boleh guna ke tak. tapi kalu ada sape-sape nak maklum awal dan joe cuba bincang dengan tempat percetakan)

 
Harganya memang murah tapi disebabkan percetakan dalam kuantiti yang banyak mungkin bajet kena tinggi sikit la.

Disediakan Oleh :
Faizul &Fatehah




10 Responses to TEMPAHAN ANGPAU UNTUK KEGUNAAN AHLI KELUARGA dan KAD RAYA

  1. Anonymous Says:
  2. a.kas nak 100 keping jugak.
    Pilihan contoh 1. sebab color ijau & ada gambar family:) Tapi disyorkan agar gambar family yang dalam sample tu ditukar sebab dalam tu ada gambar ustaz.

     
  3. Anonymous Says:
  4. ok beres.. tentang gambar tu, jo cuba cari gambar yang tangkap masa family day dulu.. mgkin yang tu terbaru sikit. gambar ni jo ambil kat kalendar tahun 2009 dulu lagi.. tntang pilihan tu, mgkin jo akan cetak yang mana pilihan paling banyak..

    Jo&fatehah

     
  5. Anonymous Says:
  6. yup betul tu.. gambar kat family day tu lagi terbaru. :)

    a.kas

     
  7. Anonymous Says:
  8. Salam,
    Selamat berpuasa semua. Maaf Zahir Batin.
    Kami suka yg sample 1 jgk. Mai la 100pcs. x leh ambil bnyk sbb stok lama dok ada dlm 200lbih lagi.
    Kad raya tuuu hmmm. Sejak kawin ni jarang dah hntr. Masa gewe dulu ok la. 10 kpg cukupla. Design mana2 pun boleh.
    Siifu N family.

     
  9. Anonymous Says:
  10. beyeh, setakat ni dah 700 kpg ditempah. kita nak cukupkan jugak 1000 untuk dptkan harga yang disebut. tentang kad raya tu sekadar tambahan je. jadi tempahan pun untuk masing-masing je. kita takdop tempah khusus lagi untuk keluarga setakat ni. stakat ni rancang untuk angpau je dulu... tmbah2 jo tak smpat nk design kad raya sbb bnyk sgt tengah wat design poster2 kat pejabat yg bos nak tengok segera...

    Jo&Fatehah

     
  11. MaranDaily Says:
  12. salam...
    abe nok ampau 100... duit nanti abe bank-in...
    moga biz jo akan bertambah maju...

     
  13. sekarang ni dah berapa Jo?

     
  14. Anonymous Says:
  15. setakat ni dah cukup dah tempahan 1000 keping. Jo pun nak cuba tempah awal-awal takut ada yang nak guna awal.

    Jo&Fatehah

     
  16. ada perkembangan pasal angpau raya...?

     
  17. Anonymous Says:
  18. isnyaallah, kalu tak de apa2 minggu ni siap dan boleh ayah guna masa tender 2 minggu lagi utk permulaan.. Jo pun ternanti2 gak angpau tu..\

    JO&Fatehah

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN