Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

ALKISAH AIDILFITRI 2010 - KELUARGA HUSSIN & HALIMAH

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, September 18, 2010

Alhamdulillah...syukur kita kehadrat Ilahi kerana dapat juga kita berhari raya bersama-sama mek dan ayah di kampung. Pelbagai aktiviti yang menghiasi sambutan hari raya aidilfitri 2010. Keceriaan, kegembiraan, kerjasama, tolong menolong, bersatu padu dan sebagainya telah diadaptasi untuk mewujudkan suasana hari raya yang ceria dan gembira.

Dikesempatan ini kas nak berkongsi memori hari raya aidilfitri 2010. Semoga ia akan dapat menjadi tatapan dan imbasan buat semua ahli keluarga. Pendek kata macam-macam ada..... 

1) MEMORI MEMBUAT LEMANG RAYA
9 September 2010 (Khamis) - Hari terakhir ramadhan, maka aktiviti yang wajib yang dilakukan oleh ahli keluarga ialah membuat lemang. Aktiviti ini diketuai oleh Abg.Syam dan dibantu oleh Faizal.Dek kerana kas yang masih lena dibuai mimpi(tido jah kijo..puas nok gerok!!) maka kas tertinggal bahagian penting buat lemang seperti potong buluh lemang (Ja) ,basuh buluh lemang (dibuat oleh anak-anak sedara), kopek kelapa dan mesin nyor (A.syam & Ja). Sebaik kas bangun dari lena...maka kas pun meringankan tulang membantu memproses lemang sebagaimana yang telah dirancang. Jom kita tengok gambar-gambar aktiviti lemang.

Bercerita pasal buat lemang ni.... A.syam telah berdarah jari tangan terkena buluh lemang semasa memotong lemang. Manakala Ja pun terkena buluh lemang jugak tetapi semasa membuka lemang yang telah masak. (Ni kes tak sabar-sabar nak makan lemang la tu..)

2) KEK COKLAT YANG UNIK
Geng-geng lelaki sedang sibuk membuat lemang. Manakala geng-geng wanita pula sibuk dengan membuat kek coklat yang unik tetap pelik. Kek coklat ini diketuai oleh Asmaliza dan dibantu oleh Kak Sue dan Azi. Gambar kek coklat yang unik tersebut tidak sempat di ambil untuk dipaparkan, namun rasa kek tersebut boleh dipuji sebab agak sedap walaupun fizikal agak unik dan pelik. Nak tau macam mana bentuk kek coklat tu... kenalah tanya tukang masak yang buat kek coklat tersebut yang ada di dalam gambar di bawah ni.

3) RENDANG AYAM ORE PEHE
Selain daripada lemang dan kek coklat, satu lagi chef dari Pahang menunjukkan bakat dengan membuat lemang Ore Pahang. Pendek kata, kalu tak de rendang, tak lengkap dan tak sempurna lemang tersebut. Maka tanpa membuang masa, Kak Sue dan A.syam telah bertungkus lumus menyiapkan Rendang Ayam Ore Pehe. Sedap dimakan begitu sahaja.... Jom kita tengok tukang masak rendang ni...

4) TOKE KEDAI DENGAN KAKI LEMBU
Sedang asyik ahli-ahli keluarga lain menyiapkan lemang, kek dan rendang. Toke Kedai (A.Kamir) pula sedang sibuk dengan perniagaanya antara barang yang laris dan permintaan tinggi di musim perayaan ialah ayam dan daging. Pendek kata, pada hari terakhir ramadhan, A.kamir dapat jual beratus ekor ayam dan berpuluh-puluh kilo daging lembu. Jom kita tengok aksi A.kamir dengan kaki lembu yang dijualnya.....
Tengok, bergaya toke kedai bersama dengan kaki lembu yang telah diborong oleh si baju hijau. Sebenarnya, kaki lembu tersebut dibeli oleh Mek sebab mek nak buat sup tulang. Jadi kas hanya tukang angkat kaki lembu untuk dibawa turun ke rumah. Manakala kaki lembu tersebut telah dikerat-kerat dan di karate oleh A.syam untuk direbus.

5) TOKE PETAI
Semasa ahli keluarga yang terdiri daripada Kas, Ja dan Mat  sedang membersihkan halaman hadapan rumah. Poksu Belakang Rumah membawa balik petai dengan motornya dan diserahkan petai tersebut kepada mek. Mek kata petai tu di ambil di tanah atas bukit (hok tempat abe ya duduk dulu). Melihat petai belonggok di dapur, maka Za pun memotong petai untuk dijadikan juadah berbuka pose.......maka sempatlah za menyamar jadi toke petai buat sementara waktu.

6) AYAM GOLEK BERGOLEK GOLEK
Selepas selesai berbuka puasa, kami menjamu selera dengan dua ekor ayam golek yang bergolek-golek. Ayam golek ini dibeli di kedai tepi sungai Tanah Merah dengan harga RM24 seekor. Ia agak mahal berbanding di negeri Terengganu RM20 seekor dan di Johor RM18 seekor. Tetapi disebabkan penawaran terhad dan permintaan tinggi, maka tiada pilihan lain. Sungguh enak dimakan beramai-ramai sambil menonton tv. Akhirnya ayam bergolek-golek tersebut hanya tinggal tulang apabila diratah beramai-ramai.

7) PAGI 1 SYAWAL - HARI RAYA AIDILFITRI 2010
Syahdu berkumandang takbir di pagi syawal.... Tanggal 10 September 2010 (Jumaat), Seluruh umat Islam di Malaysia menyambut dan merayakan hari raya aidilfitri. Oleh yang demikian, pagi-pagi lagi ahli keluarga bersiap sedia untuk menyambut hari raya aidilfitri. Bertemakan warna ungu (purple), maka semua ahli keluarga memakai pakaian baru mengikut warna tema. Namun dek kerana masing-masing membeli sendiri baju tersebut, maka warna pakaian ungu yang dibeli tidak sekata, pendek kata, macam-macam versi ungu ada. Kalu tak caya, tengok je kat dalam gambar di bawah tu....sekali tengok macam warna pink.....dua kali tengok macam ungu...

Setelah selesai solat sunat hari raya, semua ahli keluarga balik ke rumah terlebih dahulu sebelum kunjung mengunjungi rumah-rumah sanak saudara dan jiran tetangga di kampung. Aksi-aksi anak sedara bila bergambar..macam-macam gaya ada....

Selesai bergambar untuk kenangan Aidilfitri, tiba masa untuk memohon kemaafan daripada Mek Ayah serta adik beradik dan ipar duai. Kene beratur amik turn nak salam ngan Mek Ayah. Yang anak-anak sedara pulak nie lah masa untuk mereka kutip duit raya.Segalah kerenah ada terpapar di gambar yang ada di bawah..pendek kata sekeping gambar menceritakan segalanya....

Dibawah plak gambar pasangan kas & za, Jo & Fatehah serta A.syam & Kak Sue. Oh ya, terlupa nak bercerita pasal Jo & Fatehah ni. Dipendekkan cerita, sehari sebelum hari raya, Fatehah telah sakit perut (tanda-tanda awal nak melahirkan anak la tu...). Kemudian, Fatehah di bawa ke Hospital Tanah Merah dan terpaksalah Fatehah di tahan dalam wad sehinggalah hari raya. Pendek kata, Fatehah terpaksa beraya di Hospital Tanah Merah dan hanya dibenarkan balik beraya dalam pukul 11pagi.

8) ROMBONGAN TEAM PURPLE
Rumah pertama yang diterjah oleh rombongan Team Purple ialah rumah Kak Soh Sidik Amat. Dengan menaiki 4 buah kereta (Rush, Waja, Spectra, Saga). Dari kuih raya sehinggalah buah buahan dijamu kepada rombongan team purple ni... seronok dapat makan di rumah pertama ni, sebab banyak yang boleh di isi ke dalam perut yang masih kosong.

Rumah kedua yang dikunjungi ialah Rumah Abe Li. Di sini kami dihidangkan dengan bee hun goreng. Sekali team Purple masuk, terus licin beehun yang diletakkan di atas meja.

Seterusnya, rumah ketiga yang diserang oleh Team Purple ialah rumah Moknah. Rumah Moknah ni setiap kali raya pasti akan menghidangkan satey. Panjang kata, kalu nak makan satey masa raya, kena datang rumah moknah, confirm tidak akan kecewa.

Kemudian team purple mengunjungi rumah ke empat iaitu rumah PokLong & MokLong. Di sini kami dihidangkan dengan nasi minyak. Enak dimakan beramai-ramai.

Rumah keenam yang dikunjungi ialah rumah Abe Ya. Nak ke rumah Abe Ya, Rombongan Team Purple telah berjalan kaki dari rumah PokLong.

Rumah berikutnya ialah rumah MokSu. Di sini kami sempat menjamu tapei yang sememangnya dibuat oleh Moksu setiap kali hari raya.

Sebelum pulang kerumah untuk menunaikan solat jumaat, kami sempat singgah di rumah orang kaya Poji. Setelah bertemu muka dengan tuan rumah, maka kami pun balik ke rumah.

Sebaik tiba di rumah, kami dapati rombongan raya dari keluarga arwah adik ayah datang. Satu keluarga yang tinggal di Ipoh (Keluarga Cik nani) dan satu keluarga lagi yang tinggal di Tanah Merah (Keluarga Maddiyah).

Selepas selesai solat jumaat, team purple meneruskan aktiviti kunjung mengunjungi ke rumah Kak Yah Cekmat. Kemudian kami ke rumah KakNat. Di rumah kak nat, kami dihidangkan dengan nasi dagang. Best sungguh makan nasi dagang original kelate ni. Ramai jugak yang tambah sampai nak abis nasi dagang KakNat. Harap-harap tahun depan, KakNat buat lagi nasi dagang.

9) OPEN HOUSE YB CIKGU WAN
Pukul 3petang, rombongan team purple telah pergi ke majlis open house YB Cikgu Wan di Terasil. Berduyung-duyung tetamu (melayu, cina, india) yang datang yang terdiri daripada penduduk di bawah Dun Ipoh. Pelbagai juadah yang dihidang seperti nasi himpit, nasi lauk daging, aiskrim, buah-buahan, kuih muih dan sebagainya. Manakala kanak-kanak pula diberi wang raya yang diserah sendiri oleh YB Cikgu Wan.

10) BERMAIN BUNGA API
Malam raya pertama, kanak-kanak (anak-anak sedara) bermain bunga api yang di taja oleh Toke (A.Kamir). Seronok tengok diaorg bermain bunga api. Anak-anak sedara ni hanya bermain bunga api yang dibenarkan sahaja. Bunga api mercun tidak dibenarkan sama sekali untuk mereka bermain sebab ia amat berbahaya kepada kanak-kanak.

11) BBQ - AYAM, IKAN, UDANG, SOSEJ
Selepas selesai aktiviti membakar bunga api oleh anak-anak saudara. Maka aktiviti berikutnya menyusul iaitu membakar Ayam, Ikan (kembung & Tuko), Udang dan Sosej.
 

12) HARI KEDUA RAYA - ZIARAH KUBUR
Pagi raya kedua, kami (Mek, Ayah, A.syam, Kas, Jo & Ja) telah pergi menziarahi kubur yang terletak di Bukit Pauh dan Kuala Tiga. Bacaan tahlil diketuai oleh Ustaz Jo.

13) FUTSAL KELUARGA
Oleh kerana hari raya kedua tidak banyak aktiviti dan tidak banyak rumah untuk dikunjungi. Maka A.syam dibantu oleh Jo & Ja telah merancang beberapa permainan. Permainan pertama yang dirancang ialah Bowling. Oleh kerana Bowling hanya boleh dimain di Kota Baru, maka permainan ini tidak dapat dilaksanakan sebab tempat permainan terlalu jauh. Kemudian permainan kedua yang dirancang ialah futsal. Oleh kerana padang futsal hanya terletak di Tanah Merah, maka permainan ini mendapat sokongan ahli keluarga. Jadi apa lagi, Jo ditugaskan untuk menempah Padang Futsal. Akhirnya padang futsal berjaya ditempah bagi pukul 6ptg sehingga 7petang dengan bayaran RM50sejam. Aktiviti Futsal Keluarga ni merupakan kali pertama dianjurkan dan sememangnya ia satu aktiviti yang menyihatkan dan boleh mengeratkan lagi hubungan ahli keluarga. Jom kita lihat gambar-gambar semasa aktiviti ini dijalankan.
Sebelum perlawanan Futsal bermula, kami bagi peluang dan ruang kepada kanak-kanak untuk bermain futsal. Selepas mereka penat bermain lebih kurang 10minit, barulah perlawanan sebenar di antara Team A.Syam (A.syam, K.Sue, Mat, Azi, Jo) dengan Team A.Kamir (A.Kamir, K.Ti, Kas, Za, Ja) bermula. Perlawanan yang sengit berlangsung dengan bertubi-tubi gol yang berjaya dijaringkan oleh kedua-dua pasukan. Lihatlah aksi-aksi mereka sebagaimana yang dipaparkan di bawah.....
 

Aktiviti Futsall ni wajar diteruskan dan dibuat setiap kali ahli keluarga berkumpul di kampung kerana aktiviti ini sememangnya mampu mengeratkan lagi hubungan di antara ahli keluarga dan dapat menyihatkan tubuh badan. Nampaknya, kena buat baju futsall keluarga ni, nanti baru best nak main lagi.
 

Begitulah kisahnya sambutan hari raya aidilfitri di kampung bersama mek dan ayah. Macam-macam aktiviti yang berjaya dilaksanakan. Oleh kerana pada hari raya ketiga, ramai ahli keluarga yang berangkat pulang ke lokasi masing-masing, maka program berkhelah tidak dapat dilakukan sebagaimana yang pernah dilakukan setiap tahun pada sebelum-sebelum ini. InsyaAllah raya haji nanti diharap pelbagai aktiviti dapat dirancang bagi memeriahkan lagi suasana sambutan hari raya tersebut. 

Sekian dulu celoteh dari kas dan za di sini. Semoga cerita raya yang dikongsi di sini dapat dijadikan kenangan terindah buat ahli keluarga semua. 

Ditulis & Diolah oleh:
Kas & Za (18-09-2010)

4 Responses to ALKISAH AIDILFITRI 2010 - KELUARGA HUSSIN & HALIMAH

  1. salam...ehem..ehem..kek coklat tu unik sebab bentuk yg klasik..hehehehe..nape la kek tu xmenjadi rupanya tp kan kira ok la sebab itu la kali pertama dalam hidup k.iza buat kek itupun setelah diberi peransang oleh k.su & anak sedara Azie yg semangat nak buat kek ngan Mok nik..hehhe..well..taun depan cuba lagi...

    K.Iza..

     
  2. Anonymous Says:
  3. Salam,
    Thanks Kas for upload citer.
    Wow penuh warna-warni dan macam2 ragam. Tahun depan kita beli kain sekayu terus supaya warna standard. Kalu nak Abg Pu boleh minta kawan Abg Pu tolong beli supaya murah ckit.
    Bnyk xtvt sy x joint. Uzur dah hi hi hi.

    Siifu

     
  4. Anonymous Says:
  5. Memang puas hati raya ni. Banyak aktiviti yang boleh memberi kesan yg baik dlm keluarga. moga-moga tahun depan dapat rancang dengan lebih baik.. Insyaallah

    faizul & Fatehah

     
  6. Alhamdulillah,
    seronok setiap kali balik kg, semoga Allah rahmati keluarga kita...
    InSyaAllah pelbagai lagi aktiviti yg kita akan laksanakan, yang penting kerjasama dan penglibatan daripada semua ahli keluarga kita...

    Shamsueri Sekeluarga

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN