Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

BINGKISAN CHENOR UNTUK SEMUA...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, September 28, 2010
Assalamualaiku w.b.t...
Terlebih dahulu saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi peluang dan kelapangan masa untuk saya upload sedikit cerita untuk dikongsi bersama ahli keluarga dan pelayar laman www.ibnuhussin.com. Semoga ia memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua.

FLASHBACK...
1) MAJLIS BERBUKA PUASA ibnuhussin

 Alhamdulillah dengan izin Allah, dikesibukan membuat persiapan untuk mendapatkan malam "lailatul qadar" dan persiapan raya, keluarga hussin (ibnuhussin) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Perdana yang melibatkan semua ahli keluarga yang balik beraya di Kg Batang Bergedik. Walau bagaimanapun, beberapa keluarga tak dapat bersama kerana masih dalam perjalanan dan turn di rumah keluarga mertua.
Apapun, moga Raya yang disambut lepas penuh dengan makna dan kegembiraan.
 Meja paling belakang yang diketuai oleh Bonda (Mek) dan dijaga oleh Prof Hafsan & Dr Ashiah. Makanan dan air dah tersedia, cuma menunggu azan maghrib jek...
 Ini dia gaya tokoh besar dalam keluarga yang mendahului dalam bidang akademik & kerjaya.
 Suasana majlis berbuka puasa di Restoran Tepi Sungai. Semua meja penuh ditempah. Alhamdulillah, mek & ayah merupakan pelanggan tetap harian Restoran Tepi Sungai so... semuanya bereh...
Aksi disaat untuk menghabiskan semua yang tak mampu dimakan oleh ahli lain. Walau bagaimanapun, mereka berdua tetap meneruskan cabaran tersebut... Moga Allah berkati rezeki yang diberikan kepada kami semua...

2)RAYA DI KELATE
 Alhamdulillah, tahun ni turn raya kat Kg Batang Bergedik, Tanah Merah Kelantan. InsyaAllah kalau panjang umur tahun depan raya kat Chenor, Pahang plak.

3) PERJALANAN SEORANG MUSAFFIR
Seperti kebiasaannya, kami sekeluarga akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk balik kampung. Kami dah beli tiket awal untuk balik dan kembali ke Pahang.
 Naik keretapi banyak kelebihan berbanding naik bas, kapal terbang, kapal laut, kapal koret atau kete sendiri. Ia berdasarkan pandangan sendiri dan keperluan peribadi.

Masa naik ketapi, banyak masa boleh berehat untuk simpan tenaga untuk digunakan semasa membuat persiapan hari raya. Apa yang sangat penting ialah tenaga untuk meningkatkan amal ibadah kepada Allah terutamanya dipenghujung Ramadhan. Semoga kita dipertemukan kembali Ramadhan 1432h akan datang.

4) RAYA DI PAHANG
 Oleh kerana tahun ni turn rumah belah masing-masing, maka raya di pahang disambut dengan sederhana sahaja. Walau bagaimanapun, penyerahan duit raya oleh Ust Tuan Haji faisol (Ayah Kak Sue) kepada 23 orang cucunya tetap diteruskan. Selepas itu, kunjungan ke rumah saudara mara terdekat bermula di sekitar kampung, ke Pekan dan Kuantan.

5) PEMENANG NUTRIGEN

Las nak cite pasal "model kuali" kat atas ni... Untuk makluman, kitaorang dapat hadiah kuali dalam peraduan sms Nutrigen. Pertandingan terbanya sms. Oleh kerana saya membeli nutrigen untuk dijual di Kantin sekolah, maka hampir 100 botol dijual sehari. Alhamdulillah, "tak semene2" dapat kuali ni. kalau ikut harga pasaran dalam lingkungan RM180.00. Ikut maklumat yang diterima, tak yah guna minyak masa masak. Realitinya, wallahuA'lam... semoga cabutan akan datang boleh lagi, cerek air, mesin pengisar makanan & yang 3 palim bertuan set hometheater.

6) MAJLIS HARI RAYA BERSAMA PASTI ASSY SYAKIREEN
 PASTI ASY-SYAKIREEN Felda Kg Awah, Chenor, Pahang, merupakan tempat Anak Sulung Saya iaitu Abdullah Harith menimba ilmu. Alhamdulillah, pembelajaran di PASTI diiktiraf oleh semua pihak kerana silibusnya yang menepati kehendak Islam dalam melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa.

Saya telah berbincang dengan Pengurus PASTI tersebut iaitu Ust Zaki dan Guru-nya untuk anjurkan sati majlis Hari Raya bersama pelajar. Alhamdulillah, 28 Sept 2010 jam 9.30pg, majlis tersebut berjaya dianjurkan.
 Bagi memenuhi aktiviti di Majlis tersebut, saya telah menyediakan laksa untuk dimakan oleh pelajar dan hadirin. Disamping tu, tak lupa juga saya telah menyerahkan duit raya kepada semua pelajar.
Yang ni pula Ustazah yang mengajar di Sekolah tersebut. Alhamdulillah, saya juga telah menyumbang sedikit duit raya untuk 3 orang guru di sekolah tersebut. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua dan InsyaAllah kita manfaatkan kepada semua yang memerlukan.

Setakan ini sahaja untuk dikongsi bersama, semoga kita sentiasa melakukan kerja2 jemaah yang boleh menaikkan nama Islam serta menegakkan Islam di tempat yang sebenarnya.

yakinlah bahawa...
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

Wassalam...
M.SHAMSURI, SUHANA, A.HARITH, A.FAHMY, A.NAUFAL
"Hidup & mati kami kerana Mu Ya Rabbi"

3 Responses to BINGKISAN CHENOR UNTUK SEMUA...

  1. Anonymous Says:
  2. Alhamdullah... ciri2 bakal seorang YB.
    Semoga Abe berjaya dalam bidang yang diceburi.

    ~Kasturi~

     
  3. (n_n), san teman isteri makan.. Tu yg lewat.. hehe.. InsyaAllah, Alhamdulillah. Tahniah abe syam krn bjaya mganjurkan byk program. Boleh dicontohi.

     
  4. Anonymous Says:
  5. SAME2, tu belum lagi bergabung idea dan kemahirang daripada sam, kas dan ahli keluarga yang lain... kalau ditakdirkan panjang umur, bila pencen nanti balik kelate... kita anjurkan pelbagai aktiviti2 kemasyarakatan yang bermanfaat kepada penduduk kg... Moga kita tergolong daripada pejuang2 agama Allah...

    shamsueri

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN