Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

ZIARAH PUTERI GUNUNG LEDANG...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, October 21, 2010 4 Pendapat

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Perjuangan untuk semua...

Oleh kerana dah lama blog ibnuhussin.com tidak memaparkan cerita terbaru, maka saya akan cuba kongsi sedikit cerita saya sekeluarga yang sentiasa tak duduk diam di rumah. Malah, rumah sekadar tempat persinggahan sahaja dan menetap tidak melebihi 2 hari dalam seminggu...

 Oleh kerana zaujah saya seorang guru baru di Sekolah Kebangsaan SG MOK, Rompin, maka banyaklah kursus yang terpaksa dihadiri. Antaranya Kursus bagi guru Bahasa Melayu di Gunung Ledang Resort, Tangkak, Johor pada 13, 14 & 15 Okt 2010 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Seperti biasa kami sekeluarga menaiki "kereta mata kacang" menuju ke Gunung Ledang pada hari Rabu. Kira2 3 jam setengah kami sampai ke destinasi yang dituju. Oleh kerana ini kali pertama kami masuk ke kawasan Gunung Ledang, maka barulah sedar ia terletak di dalam kawasan hutan simpan Tangkak. Bayaran masuk dikenakan iaitu RM0.50 kanak-kanak, edwasa RM1.00 dan kenderaan RM2.00.

 Peserta kursus disediakan penginapan di Resort Gunung Ledang (2 orang sebilik). Oleh kerana kami datang satu keluarga, maka carilah penginapan sendiri. Mulanya nak sewa kat resort tu juga, tapi mak oiiii MAHALNYA... paling biskut RM150.00 satu hari. Maka kami keluar ke Bandar Tangkak. Kami sewa bilik Dulax RM 55 sehari. Dua katil besar, bilik luas dan bla3x...
 Pada hari ke dua, K.Sue dimaklumkan oleh guru besar sekolahnya bahawa ada satu bilik kosong dan dia ambil untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah, dapat merasa tidur di bilik RM150 semalam. Bilik tersebut terlalu kecik (12x12)... kurang selesa bagi berkeluarga ... standart RM 50- RM60 kalau hotel kat luar... tiada wifi... kesimpulannya tak puas hati dengan bayaran RM150. Walau bagaimanapun, tetap bersyukur kerana KPM tanggung kos tersebut.
 Permandangan di sini sungguh cantik terutamanya kawasan sungai dan jeram. kami tak lepaskan peluang dengan mandi manda. Alhamdulillah, udara di sini sungguh nyaman dan airnya sejuk dan segar. Kami bertiga bermain di tempat yg agak dalam. manakala harith hanya di gigi2 aig sahaja. Takut air...
Suasan depan Resort yg berkeluarga. Orang lain tak bawa anak2. Kami je yang bawa. maka bilik kami je yang berjemur  pakaian.

Alhamdulillah, sedikit pengalaman yang kami dapat kongsi dengan semua. Kalau sape2 melalui jalan Tangkak,  singah2lah Pusat Peranginan Gunung Ledang, tapi kalau nak menginap carilah kat bandar Tangkak lebih murah dan puas hati. Tapi kalau duit tak berabih nak guna, bolehlah menginap di Resort Gunung Ledang. Cuti2 Malaysia untuk menikmati keindahan Alam ciptaan Allah...

Laporan:

MOHD SHAMSURI HUSSIN
SUHANA HAJI FAISOL
ABDULLAH HARITH
ABDULLAH FAHMY
ABDULLAH NAUFAL

ASMA' HUMAIRA' SELESAI CUKUR JAMBUL DENGAN TOK GURU

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, October 8, 2010 1 Pendapat

Masa kahwin lagi Jo n Fatehah telah berniat kalu dapat anak nanti, nak suruh Tok Guru (YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan) yang cukur jambul termakbul pagi tadi.

Jo n Fatehah telah bersiap pada malam Jumaat alat-alat yang perlu dibawa dan seawal 4.30 pagi lagi bangun dan bersiap sedia untuk pergi ke Masjid Tok Guru Menanti Tok Guru selesai solat subuh. Alhamdulillah, Tok Guru ada dirumahnya dan mengimami solat subuh dan Sujud sejadah. Lepas solat Subuh, Suasana di pintu masuk Imam depan rumah Tok Guru sudah mula kelihatan orang yang membawa bayi untuk cukur jambul.

Lebih kurang 30 orang lebih bayi menunggu giliran pagi tu. Jo yang mendukung anak ditemani Tok Aboh Fatehah terpaksa la beratur kejap untuk sampai giliran. Tapi Jo tak sempat nak cari jong tangkap gambar, yang penting dapat cukur jambur dengan Tok Guru..

Asma' Humaira' sedang menunggu giliran depan Tok Guru

Bergambar dihadapan Rumah Tok Guru dan Masjid Tok Guru

Orang ramai yang mengerumumi Tok Guru untuk cukur jambul

Tetap dengan tidurnya walaupun dah lepas cukur jambul.




WAJAH-WAJAH ASMA' HUAMAIRA'
Gaya Ayu

Gaya tidur nyenyak

Tengah memikir panjang

Menahan serangan musuh
Nama Anak Ku ASMA' HUMAIRA' BIN MOHD FAIZUL BIN HUSSIN BIN OMAR


Setiap nama yang dipilih oleh ibubapa mungkin ada sebab-sebab tertentu. begitu juga Jo n Isteri, nama dipilih ini supaya salah satu usaha mendidik anak.

Nama ASMA' memang masyhur dalam lipatan sejarah Islam dalam perkembangan Agama Islam bermula zaman Nabi Muhammad sehingga ke Zaman Tabien.

Sejarah 1:
Asma' binti Abu Bakar As-siddiq; saudara kepada Aisyah Ummul Mukminin (isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam); puteri kepada sahabat Rasulullah yang mulia, Saidina Abu Bakar As-siddiq; isteri Zubair bin Awwam, pejuang dan tokoh Islam yang mengutamakan redha Allah di dalam perjuangannya; Merupakan seorang wanita muhajir yang mulia dan bonda kepada Abdullah bin Zubair, salah seorang pejuang yang gugur mempertahankan agamanya; dan sesungguhnya kedudukannya ini cukup untuk mengangkat darjat beliau ke tempat yang tinggi, mulia dan terpuji. Peribadinya dirahmati Allah dengan keistimewaan yang sangat menonjol, setanding dengan para Muslimin di ketika itu; cerdas, cerdik, lincah, pemurah dan berani.

Diberi julukan sebagai 'dzatun nithaqain' oleh Rasulullah yang membawa erti "wanita yang mempunyai dua tali pinggang", sebagai peringatan terhadap peristiwa Hijrah yang menyaksikan pengorbanan dan keberanian Asma' yang tiada tolok bandingannya. Beliau bersusah payah menyediakan bekalan makanan dan minuman buat Rasulullah dan Abu Bakar Radhiallahu anhu di saat genting di gua thur walaupun dalam keadaan mengandung. Beliau mengoyakkan ikat pinggangnya kepada dua untuk dijadikan tali pengikat untuk mengikat bekalan makanan dan minuman tersebut, sehingga kerana peristiwa itu Rasulullah mendoakan beliau agar digantikan tali pinggang tersebut dengan yang lebih baik dan lebih indah di syurga kelak. 

Sejarah 2 :
ASMA’ BINTU YAZID BIN AS-SAKAN AL-ANSHARIYAH RadhiAllahu Anha

Sirah istimewa ini adalah milik salah seorang wanita suci dan menjadi contoh ideal dalam iman, ilmu dan kesabarannya. Beliau memeluk Islam bersama para wanita yang terdahulu beriman kepada Allah dan RasulNya, dari kalangan Anshar melalui sentuhan dakwah Mushab bin Umair, bermula di perkampungan Anshar yang paling baik, Bani Abdul Ashal, iaitu perkampungan seorang sahabat, Saad bin Muadz Radiallahu Anhu yang keislamannya menjadi barakah bagi kaumnya. Diriwayatkan bahawa pada petang hari beliau memeluk Islam, tiada seorang lelaki atau wanita pun di tengah-tengah Bani Abdul Ashyal melainkan telah menjadi muslim dan muslimat. 

Asma’ bintu Yazid Radiallahu anha termasuk di antara wanita yang terawal menerima Islam di kalangan kaum Ansar. Amr bin Qatadah Radiallahu anhu berkata, “Wanita yang pertama kali berbaiat kepada Rasulullah ialah Ummu Saad bin Muadz, Kabsyah bintu Rafi’, Ummu Amir  (Asma') bintu Yazid bin As-Sakan dan Hawa’ bintu Yazid bin As-Sakan” (Ad-Durrul-Manstur, 8/143; Ath-Thabaqat, 8/12).

beliau memperolehi gelaran istimewa di kalangan para wanita kaum Ansar sebagai Khatibatun- Nisa’ (jurubicara kaum wanita). Beliaulah yang menjadi utusan para wanita untuk menemui Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. 

Pada tahun ke-13 Hijrah, Asma’ berperanan besar di dalam Perang Yarmuk dengan menyediakan logistik bagi pasukan tentera muslimin, memberikan minuman kepada para parajurit yang kehausan dan mengubati tentera yang terluka. Ibnu Katsir menyebutkan peranan para wanita di dalam perang tersebut, dengan berkata, “ Para wanita muslimah pada hari itu telah berjaya membunuh sejumlah musuh dari kalangan tentera Rom. Mereka juga memukul dengan kayu dan membaling batu kepada para tentera kaum muslimin yang berniat untuk lari dari medan perang. (Al-Bidayah wa Nihayah, 7/13; Tarikh Ath-Thabary 2/335)

Salah seorang dari pahlawan wanita yang terjun ke medan tempur ketika itu ialah Asma’ Radiallahu anha. Beliau Berjaya membunuh sembilan orang tentera musuh dengan menggunakan tiang penyanggah khemah. (Al-Ishabah, 4/229; Majma’ Az-Azzawaid, 9/260; Syiar Alamin Nubala’, 2/297)

----------------------------

Ini la sebahagian sirah insan yang bernama Asma'. Humaira' pula maknanya Si Merah asal dari perkataan Ahmar (merah)..Semoga pemilihan nama ini akan memberi motivasi kepada anakku untuk terus menjadi pejuang yang akan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi.. 

Sekian.

Disediakan Oleh :
Faizul, Fatehah n Anak



TABUNG IBNUHUSSIN - UPDATE

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, October 7, 2010 0 Pendapat

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, dengan izin-Nya maka kita hari ini masih dapat merasai nikmat Iman, Islam dan kehidupan dunia yang aman dan sejahtera. Semoga ia berkekalan dan mendapat ganjaran yang sempurna di Akhirat nanti.

Untuk malkuman ahli keluarga "ibnuhussin" semua, Alhamdulillah,hasil daripada tabungan dan sumbangan "infak" daripada semua, tabung ibnuhussin mampu menyumbang sekurang2nya RM400 sebulan bagi menampung pembayaran bulanan DBC389 yang digunakan oleh Ayahanda & Bonda.
Alhamdulillah, pada bulan Ramadhan iaitu beberapa hari sebelum Raya Puasa 1431h, Saya sekeluarga bersama Faizul (Bendahari Ibnuhussin)& Faizal telah membawa ayah untuk mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Perdana Kota Baharu BRI. Seperti yang kita sedia tahu, kos untuk mendapatkan rawatan di Hospital Pakar adalah tinggi. Walau bagaimanapun, hasil sumbangan daripada ahli keluarga dan insan yang prihatin, maka rawatan pertama dapat dilakukan.

Tujuan rawatan tersebut adalah untuk mengetahui keseluruhan kesihatan ayah berdasarkan analisis dan pandangan Doktor Pakar. Alhamdulillah, rawatan berjalan lancar dan ayah disahkan tidak mengalami masalah asma yang teruk. Sekadar peringkat awal dan mengalami konflik dengan kesan merokok di zaman muda. Kos Rawatan tersebut RM489.00. Rawatan susulan mungkin melibatkan kos yang lebih rendah berbanding peringkat awal.

saya sangat berharap kepada Ahli keluarga yang mempunyai bajek yang lebih untuk keperluan sendiri dan keluarga, boleh sumbangkan ke akaun keluarga (ibnuhussin) atas nama MOHD FAIZUL HUSSIN yang memangku jawatan Bendahari Ibnuhussin. InsyaAllah, duit yang disumbangkan akan digunakan sebaik mungkin dan akan memberi manfaat secara lansung kepada Ayahanda, Bonda dan semua ahli keluarga.

Dengan sumber kewangan yang kukuh, pelbagai aktiviti yang boleh kila laksanakan peringkat keluarga kita. Aktiviti yang berbentuk kebajikan, majlis keraian dan program kemasyarakatan akan terlaksana dengan jayanya.
InsyaAllah,

Shamsuri al-Chenory

ALHAMDULILLAH, SETELAH UJIAN BESAR DILALUI, AKHIRNYA ANAK PERTAMA KU SELAMAT DILAHIRKAN

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, October 2, 2010 6 Pendapat

 

Sememangnya, perasaan untuk menyambut seorang anak terutamanya bagi yang baru yang nak bergelar bapa seperti Jo memang sangat mengembirakan. Namun begitu, detik pengalaman pertama untuk mendapatkan seorang anak bukan mudah yang disangka walaupun pengalaman ini mungkin berbeza setiap orang.

Bila Jo ingat balik saat kecemasan yang dilalui sebelum anak jo dilahirkan, memang sebak dan begitu besar perngorbanan seorang Ibu. Ianya bermula pada hari selasa: 

Selasa , 28 Sep

2.00 pm: Dapat panggilan yang Fatehah turun darah masa Jo sedang di pejabat dan Jo terpaksa segera balik.

2.30 pm : Nampak masih OK Jo cari nasi takut tidak ada tenaga dan sempat makan sekejap.
 3.15 pm : Jo hantar ke Hospital Besar Kota Bharu untuk pemeriksaan.
4.20 pm : Dimasukkan ke wad kerana sudah ada tanda-tanda awal. Tetapi semalaman tidak dapat tidur sehingga ke jam tiga pagi kerana sakit perut.
7.00 pm : Darah semakin banyak keluar.

Rabu, 29 Sep

7.00 pagi : Selepas buat pemeriksaan keputusan doktor hanya baru 3cm.
11.00 tgh hari : Masih 3 cm tetapi fatehah telah mula sakit untuk menunggu lebih lama.
6.45 ptg : Sekali lagi diperiksa, baru sampai 4cm tetapi doktor terpaksa bawa ke tempat bersalin kerana sakit yang kuat.
7.00 pm : Fatehah telah diletakkan di wad bersalin dan hanya menunggu waktu yg sesuai untuk melahirkan anak.
9.00 pm : Jo dapat kebenaran untuk masuk ke Labour room untuk teman Fatehah di dalam yg menunggu saat kelahiran. Jo dimaklumkan Doktor akan datang periksa 4 jam dari waktu masuk. Jadi Jam 11.00pm kena tunggu. Jo terus memberi kata semangat kepada fatehah supaya bersabar.

11.00pm : Selepas 4 Jam menuggu, Doktor datang untuk pemeriksaan, keputusan yang hampa apabila hanya naik 1cm sj kepada 5cm stkt ni. Doktor terpaksa menambah masa menunggu selama 4 jam lagi. Bermakna Fatehah terpaksa bertahan lagi sehingga jam 3pg. waktu ni, memang Jo terpaksa bagi semangat kerana fatehah mula tidak mampu lagi menahan sakit. Begitu lama waktu 4 jam dlm keadaan yg bagitu sakit. Jo pegang tangan Fatehah erat2 sebagai semangat kepada Fatehah.
3.00 pgi : Masa tambahan 4 jam telah brlalu dan menjadi 8 jam menahan di labour room, akhirnya doktor memeriksa dan mendapat jalan sudah terbuka sepanjang 9cm. tetapi masih tidak dapat lagi melahirkan anak. kerana anak sulong dan mungkin besar. Doktor kata kita terpaksa tambah lagi masa... memang Jo betul2 terpaku bila doktor bagitahu begitu sbb masa dah terlalu lama menunggu.Ditambah lagi 2 jam sehinga pukul 5 pagi.

Detik 2 jam yang Jo harapkan kali terakhir sblm melahirkan anak memang sgt menguji kesabaran. sehingga fatehah tidak lagi mampu lagi menahan. Jo ditarik oleh fatehah dan dia nyatakan, Dia sanggup mengunakan apa cara pun asal perkara ni selesai dan tak mampu lagi menahan. Jo mula menahan sebak dan kata-kata semangat tetap diberikan walau sdh susah utk diterima lagi... Ya Allah, kenapa besar ujian ini.. 10 jam sangat memeritkan.

Detik Jam 5 pagi : Jo minta doktor buat pemeriksaan segera, tetapi tetap 9 cm. Jo terus tidak dapat menahan air mata kerana tak sanggup dah melihat kesakitan yang fatehah alami, sehingga terpaksa merujuk doktor pakar di dewan bedah. Doktor memaklumkan, sayang kalau dah 9 cm tapi kena bedah, doktor pakar suruh bagi peluang terakhir setelah melihat jantung anak masih sihat tanpa ada kesan-kesan lemas. Akhirnya doktor bagi pilihan utk buat usaha terakhir selama satu jam untuk cukupkan 10cm dengan tambah 1 cm lagi. Ini peluang terakhir Jo. Doktor akan cek terakhir jam 7.00 pagi.

Memang tak dibayangkan, Jo minta keluar bilik untuk solat Subuh. dan masuk kembali tetapi badan Fatehah telah panas dan suhu badan mula di periksa. melihat pada keadaan tersebut, Fatehah nyatakan yang dia sedia untuk dibedah. Jam 7.15 pagi, doktor buat pemeriksaan terakhir didapati kekal dengan 9cm. Jo wat keputusan untuk bedah kerana masa 12 jam sangat lama untuk berusaha. Selepas dokumen selesai, Fatehah dipakaikan baju untuk ke dewan bedah.

 7.45 pagi : Jo tetap bersama fatehah telah dihantar ke tempat Kecemasan menggunakan Ambulan. Jo mengharapkan semua akan selesai.Jururawat kata, mungkin dibedah selama 15 - 20 minit sahaja tetapi akan dikeluarkan dari dewan bedah selepas 2 jam. Jo yang tak dapat masuk hanya mampu menunggu dan berdoa di luar bilik bedah.

Jam 10.30 pg : 4 org jururawat dari wad bersalin datang dengan membawa katil bayi dan katil biasa. Perasaan Jo bercampur baur... Adakah Isteriku dan anakku telah selamat.. setelah tunggu selama 15 minit diluar pintu, Jururawat tersebut telah membawa keluar dari blik bedah bayi yg sgt comel untuk dibawa naik ambulan. Jo hanya mampu lihat melalui depan Jo kerana masih tidak tahu anak siapa. selang 5 minit, Fatehah keluar dengan muka tersenyum. ternyata memang sah, yang Jo lihat tadi adalah Anak sulong Jo. Jo teman fatehah Naik ambulan untuk ke wad. Sampai di wad jo telah iqamatkannya

Akhirnya Tepat Jam 8.28 pagi Khamis, Jo telah bergelar bapa dan Fatehah telah bergelar Ibu., anakku seberat 3.9 kg. Semua keperitan bersalin semalaman telah hilang begitu sahaja setelah anak yang comel lagi manja sedang tidur di hapapan kami...Alhamdulillah..

 












Disediakan Oleh :
Faizul, Fatehah n Anak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN