Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

ZIARAH PUTERI GUNUNG LEDANG...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, October 21, 2010
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Perjuangan untuk semua...

Oleh kerana dah lama blog ibnuhussin.com tidak memaparkan cerita terbaru, maka saya akan cuba kongsi sedikit cerita saya sekeluarga yang sentiasa tak duduk diam di rumah. Malah, rumah sekadar tempat persinggahan sahaja dan menetap tidak melebihi 2 hari dalam seminggu...
 Oleh kerana zaujah saya seorang guru baru di Sekolah Kebangsaan SG MOK, Rompin, maka banyaklah kursus yang terpaksa dihadiri. Antaranya Kursus bagi guru Bahasa Melayu di Gunung Ledang Resort, Tangkak, Johor pada 13, 14 & 15 Okt 2010 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Seperti biasa kami sekeluarga menaiki "kereta mata kacang" menuju ke Gunung Ledang pada hari Rabu. Kira2 3 jam setengah kami sampai ke destinasi yang dituju. Oleh kerana ini kali pertama kami masuk ke kawasan Gunung Ledang, maka barulah sedar ia terletak di dalam kawasan hutan simpan Tangkak. Bayaran masuk dikenakan iaitu RM0.50 kanak-kanak, edwasa RM1.00 dan kenderaan RM2.00.

 Peserta kursus disediakan penginapan di Resort Gunung Ledang (2 orang sebilik). Oleh kerana kami datang satu keluarga, maka carilah penginapan sendiri. Mulanya nak sewa kat resort tu juga, tapi mak oiiii MAHALNYA... paling biskut RM150.00 satu hari. Maka kami keluar ke Bandar Tangkak. Kami sewa bilik Dulax RM 55 sehari. Dua katil besar, bilik luas dan bla3x...
 Pada hari ke dua, K.Sue dimaklumkan oleh guru besar sekolahnya bahawa ada satu bilik kosong dan dia ambil untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah, dapat merasa tidur di bilik RM150 semalam. Bilik tersebut terlalu kecik (12x12)... kurang selesa bagi berkeluarga ... standart RM 50- RM60 kalau hotel kat luar... tiada wifi... kesimpulannya tak puas hati dengan bayaran RM150. Walau bagaimanapun, tetap bersyukur kerana KPM tanggung kos tersebut.
 Permandangan di sini sungguh cantik terutamanya kawasan sungai dan jeram. kami tak lepaskan peluang dengan mandi manda. Alhamdulillah, udara di sini sungguh nyaman dan airnya sejuk dan segar. Kami bertiga bermain di tempat yg agak dalam. manakala harith hanya di gigi2 aig sahaja. Takut air...
Suasan depan Resort yg berkeluarga. Orang lain tak bawa anak2. Kami je yang bawa. maka bilik kami je yang berjemur  pakaian.

Alhamdulillah, sedikit pengalaman yang kami dapat kongsi dengan semua. Kalau sape2 melalui jalan Tangkak,  singah2lah Pusat Peranginan Gunung Ledang, tapi kalau nak menginap carilah kat bandar Tangkak lebih murah dan puas hati. Tapi kalau duit tak berabih nak guna, bolehlah menginap di Resort Gunung Ledang. Cuti2 Malaysia untuk menikmati keindahan Alam ciptaan Allah...

Laporan:

MOHD SHAMSURI HUSSIN
SUHANA HAJI FAISOL
ABDULLAH HARITH
ABDULLAH FAHMY
ABDULLAH NAUFAL

4 Responses to ZIARAH PUTERI GUNUNG LEDANG...

  1. Anonymous Says:
  2. Salam, Best gak dpt merasa cuti2 m'sia ni.

    Buat Su selamat berkursus. Pah ni induksi plak. Kerja gomen cam tu la...Semoga menjadi pendidik yang disegani.

    siifu.

     
  3. Anonymous Says:
  4. Sodapnya makan angin.. tak soba anak n isteri sihat molek.. nak bawak g jale2 lak ni.. lamo doh duk berpantang kat umah ni..hehe

    Faizul,Fatehah n Asma' Humaira'

     
  5. kursus induksi dah buat masa dok maktab lagi...
    yang belumnya temuduga pengesahan jawatan jek...
    nasib baik bagi skolah asli... boleh cari pengalaman awal...
    klu terus ke skolah bandar... kejutan sbb takde pengalaman...

    to joe: tunggu anak doh keras, bleh golek2 baru bawa jalan jauh... kalau tak cian budak kecik tu...

    shamsueri sekeluarga

     
  6. Alhyamdulillah, menarik pegalaman ni. Boleh dikongsi nanti..

    Hafsan,Ashiah&Little Mujahid.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN