Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Mentarbiyyah Dan Ditarbiyyah Sang Murabbi

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, May 31, 2009 3 Pendapat

Menjadi Ketua Fesi(Murabbi) Untuk Program Pembagunan Sahsiah ’09 Peringkat Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh Negeri Johor
Baru-baru ini, suatu pegalaman yang agak menarik untuk dikongsi bersama di mana san dilantik menjadi ketua fesi bagi program yang agak besar. Bagi san program ini amat mencabar. Memandangkan melibatkan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Sekitar Johor. Sekolah Tun Fatimah, Johor Baharu menjadi tuan rumah. Pihak sekolah tersebut telah meminta Ustaz dari Pusat Pengajian Islam dan Pembagunan Sosial(PPIPS) UTM untuk mencari fesi bagi program tersebut. Pada mulanya wakil ustaz dari PPIPS meminta setiap persatuan-persatuan islam kempus menghantar setiap wakil untuk program tersebut. Pada mulanya, dapat dikumpulkan fesi muslimat 16 orang dan fesi muslimin tak da orang. Dalam kaedaan san yang sibuk, san mendapat tahu perkara ni. Dalam kaedaan yang agak tertekan san menerima menjadi fesi sebagai wakil Kelab Rakan Masjid, Masjid Sultan Ismail UTM. Amat menyedihkan meeting pertama bermula seminggu sebelum program bermula. Semua persiapan dari segi modul dll semuanya tak da. Memandangkan tak da muslimin, aku menjadi moderator dlm meeting itu. Dalam kaedaan tertekan siap beberapa modul. Alhamdulillah.
Meeting kedua di mana tinggal 3 hari lagi dengan program, kali ni lebih tertekan kerana meeting kali ni bersama-sama dengan Ustaz-ustaz dan cikgu dari Sekolah Tun Fatimah. Dengan yakin aku membentangkan dihadapan mereka perancangan kami. Agar cikgu-cikgu ni balik ke sekolah dengan yakin. Mereka pun amat ambil berat kerana program ni peringkat Negeri Johor. Siapa tak gugup, kali pertama jadi ketua fesi terus kena sekolah asrama penuh. Awal-awal lagi cikgu-cikgu mereka berkata bahawa pelajar-pelajar ini dah biasa dengan program motivasi.
Walaupun waktu tu semua fesi agak tertekan, tapi kami buat selamba/biasa dan yakin. Kerana imej UTM yang kami bawa nanti. Waktu ni, aku masih kebigungan bila ustaz bertanya mana fesi muslimin. Malam tu juga aku telefon sahabat-sahabat, kesemua sahabat-sahabat ku ada program pada tarikh tersebut. Agak sukar kerana 2 hari dari program, aku perlu mencari sahabat yang biasa dengan program motivasi pelajar. Tambahan pula mad’u kali ni pelajar-pelajar cerdik pandai dari sekolah asrama penuh dan pelajar-pelajar terpilih seluruh sekolah Sains sekitar Johor.. Alhamdulillah malam tu aku dapat 3 orang sahabat bersedia bantuku. Mereka semua tinggal program mereka semata-mata ingin membantuku untuk program ni. Alhamdulillah meeting ketiga aku dapat kumpulkan 4 orang muslimin mulanya. Bertambah seorang lagi pd awal pg sebelum bertolak. Semuanya 5 orang fesi muslimin dan 16 fesi muslimat. Dengan tekat dan semangat kami gagah membawa visi dan misi untuk mencapai objektif program ini.
Majlis penyerahan penyerahan pelajar-pelajar kepada fesi-fesi dirasmikan oleh Ketua Pelajaran Negeri Johor, maka bermulalah Program Pembagunan Sahsiah Pelajar Tingkatan 5 anjuran Sekolah Tun Fatimah dengan Kerjasama Pusat Pengajian Islam & Pembagunan Sosial UTM. Ia merupakan program peringkat Sekolah Berasrama Penuh Negeri Johor, dan dana program terus daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Makanan agak mewah sikit..
Tema yang dibawa ialah “TARBIYYAH PEMANGKIN KECEMERLANGAN UMMAH” Sasaran ialah sekolah-sekolah Sains sekitar Johor. Program selama 2 hari 1 malam. Antaranya sekolah yang terlibat ialah Sekolah Tun Fatimah ( seramai 145 orang peserta perempuan), Sekolah Menegah Sains Kota Tinggi ( 5 lelaki & 5 perempuan), S.M. Sains Johor (5 lelaki & 5 perempuan), S.M Sains Sultan Iskandar (5 lelaki & 5 perempuan). Bayangkan seramai 160 peserta perempuan dan hanya 15 orang peserta lelaki. Tepatlah fesi muslimat seramai 16 dan fesi lelaki seramai 5 orang. Suatu pengalaman yang amat bermakna, aku mengetuai fesi untuk jayakan program yang agak besar ini. Berani san kata, sepanjang program berlansung. Kebanyakkan plan B digunakan daripada plan A. Alhamdulillah ia berjalan dengan baik sepanjang program. Hampir kesemua objektif kami dapat capai. Mendapat pujian dari guru-guru dan mereka berani jemput jika ada program sekolah tersebut pada masa-masa akan datang. Daripada feedback pelajar-pelajar kebanyakkan positif.
Majlis penutup dibuat agak gilang gemilang, dimana majlis ni sekali lagi di rasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Johor. Dalam majlis ni kali pertama san rasa berucap dihadapan audience yang begitu ramai. Tambahan pula daripada guru-guru sekolah, pelajar-pelajar dan tetamu-tetamu jemputan. San bercakap agak formal dan yang penting bercakap dengan yakin, memang jaga daripada terkeluar istilah-istilah Kelantan.Alhamdulillah dapat juga sijil daripada Jabatan Pelajaran Johor, Semester lepas san dapat sijil daripada Jabatan Sukan Negeri Johor kerana menyertai Waja Diri peringkat Kebangsaan (IPT & Sekolah). Sijil daripada Jabatan Agama Islam negeri Johor pun ada.. Sijil Kahwin..hehe.
Beberapa hari selepas Program Pembagunan Sahsiah Pelajar ’09, satu program yang agak rasmi di anjurkan oleh Pusat Pengajian Islam & Pembagunan Sosial UTM untuk meraikan& penghargaan kepada para fesi yang terlibat dan guru-guru. Program tersebut dipanggil Makan Malam Ukhwah '09. Penyerahan sijil dan cendermata kepada para fesi, penasihat tetamu jemputan dan guru-guru sebagai penghargaan. Di sini, pandangan dan komen yang agak positif daripada guru-guru hasil daripada soal selidik kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan program lepas..
Alhamdulillah, sepanjang program ni berjalan. Sangat banyak pelajaran, pengalaman dan didikan pada diriku sendiri. Program ni berjaya semua dengan izin Allah. Alhamdulillah..

Disediakan oleh:-
Mohamad Hafsan Hussin (Dari Johor)

AYAH AKAN MENJALANI PEMBEDAHAN MATA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, May 30, 2009 1 Pendapat

30 Mei, Pada seminggu yang lepas ayah telah mengadu tentang matanya yang tetiba menjadi gelap dan tidak nampak sehingga hampir sehari. Namun beberapa hari yang lepas keadaan mata ayah semakin pulih walaupun mata sebelah kiri ayah menjadi kabur.

Sebelum ini, ayah dikatakan pernah pergi ke tempat pemotongan kayu untuk dijadikan papan. Mungkin disebabkan habuk-habuk di tempat pemotongan kayu itu masuk ke mata ayah, maka ia memberi kesan yang tidak baik ke atas mata ayah. Akhirnya kerja ayah sedikit terganggu terutamanya ketika menguruskan tender getah yang melibatkan nombor/angka serta pengiraan kerana mata ayah yang semakin kabur. Namun kesukaran tersebut dapat dibantu oleh Faizul apabila Faizul membantu ayah menguruskan hal-hal pengiraan tender tersebut dengan dibantu dan ditunjuk ajar oleh Ayah.

Bagi mengatasi segera masalah ini, pada 30 Mei 2009 (Sabtu) Ayah telah menjalani pemeriksan mata di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu selepas membuat temujanji dengan Doktor pakar mata. Menurut Doktor, terdapat selaput mata pada mata ayah yang perlu dibuang tetapi hal-hal lain didapati tidak bermasalah.

Oleh itu, satu pembedahan kecil akan dibuat pada mata Ayah bagi mengatasi masalah ini. Terdapat dua pilihan untuk pembedahan dan Ayah telah memilih untuk menjalani pembedahan yang ringkas dan selamat walaupun kos agak mahal.

Pembedahan ini hanya memakan masa selama setengah jam dan boleh kembali kerumah selepas sejam berehat di wad yang akan dibuat pada 13 Jun 2009 pada jam10.00 pagi . Kos pembedahan ini dianggarkan sebanyak >RM 4000. Oleh itu, sumbangan daripada anak-anak amat diperlukan bagi memastikan pembedahan mata Ayah dapat dilaksanakan sebagaimana yang diracang.

Segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada Mohd Faizul (untuk dihimpun sebelum diserahkan kepada Ayah) di talian 013-7726897 atau boleh terus ke akaun Mohd Faizul bin Hussin, BIMB 03-054-02-012006-5 @ BSN 03100-29-00089129-4 @ Bank Muamalat 0301-0072475-72-4.

Sumbangkan yang dihulurkan amatlah dihargai. Sebarang kemasukan duit mestilah dimaklumkan melalui SMS atau telefon ke No tel 013-7726897. Setiap SMS perlu hantar Nama, Masa dan Jumlah dengan lengkap. - Ja&Joe

PROSES PEMBIKINAN LAMAN BLOG PAS KAW. MARAN

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 1 Pendapat


Alhamdulillah, walaupun baru terlibat dalam jemaah PAS Kaw., abang telah dilantik beberapa jawatan yang agak penting dan berat untuk dilaksanakan. Antaranya, AJK Kaw, Ketua Lajnah ICT Kaw., dan S/u Kerja Parlimen Maran.
Dalam usaha merealisasikan hasrat dan cita2 pihak pimpinan, abang telah berusaha membangunkan laman blog dan laman web dengan hasrat untuk berdakwah dan menyebarkan maklumat agar ahli jemaah di kawasan Maran dan umumnya seluruh dunia tahu aktiviti2 dan maklumat PAS Kaw. Maran.
So, sedikit rupa paras blog yang telah abang bangunkan. Kalau sape2 ada masa, bukaklah blog ni dari semasa ke semasa.

http://www.pasmaran.blogspot.com

Disediakan oleh: shamsuri

TANAMAN AYAH MULA DITUAI

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, May 29, 2009 1 Pendapat

Usaha ayah bagi mengisi masa lapang dengan menanam sayur-sayuran terutamanya pada sebelah petang. Penanam ini turut dibantu oleh anak-anak dan cucu ayah sehingga ayah membeli penyiram sebiji seorang kat cucu-cucunya kerana berebut nak tolong siram. Antara tanaman yang diusahakan adalah lada, terung, kace mior, labu, betik, tembikai dan lain-lain. Kini, tanaman-tanaman tersebut mula mengeluarkan hasil malah telah beberapa kali dijual dan hampir kehabisan stok seperti kacang mior di beberapa kedai kawasan kampung kecuali tinggal lada tembikai sahaja yang hampir masak. Cuma akhir ini, Ayah kurangkan ke kebun kerana masalah kesihatan. - JA & JOE



PENAMBAHAN ANAK IKAN KEDALAM KOLAM

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 1 Pendapat

Setelah lama ikan di dalam kolam yang menjadi kawasan aktiviti keluarga tidak di tambah, Mek & Ayah telah menambahkan beberapa jenis ikan ke dalam kolam. Antara anak ikan yang dilepaskan seperti Talapia, Jelawat dan lapan jawa. Dua peringkat pelepasan telah dibuat dengan jumlah hampir seribu ekor yang telah dibeli di kolam Yie di Perala. Penangkapan anak ikan dikolam tersebut menggunakan jala yang bersaiz dua jari bagi memastikan anak-anak ikan yang dilepaskan selamat daripada ancaman ikan yang memakan anak ikan. Setakat ini, kolam telah dibahagikan kepada dua bahagian, sebelah luas telah dijadikan kawasan ikan besar dan sebelah lagi yang lebih kecil ini dijadikan kawasan anak ikan kecil yang baru dilepaskan. Ikan yang sedia ada kini telah melebihi 1 kilogram seekor malah ada yang mencecah 2 kilogram. Kira bolehla nak wat pertandingan memancing keluarga bila-bila yang balik semua - JA&JOE

PERTANDINGAN BOWLING

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, May 28, 2009 0 Pendapat

Pada 7hb Mac 2009 (Sabtu), Biro Sukan KDRM WPKL telah menganjurkan Pertandingan Bowling Inter-Bahagian di IOI Mall, Puchong, Selangor. Pertandingan tersebut dibuat secara berkumpulan (1 kumpulan = 6org)

So tanpa membuang masa, kas pun mendaftarkan diri sebagai peserta untuk pertandingan tersebut bersama-sama kawan-kawan opis yang lain.

Pada hari pertandingan, kas menggunakan skills yang ada... terkejuz kas bila first time kas leh dapat point 177 dalam satu game. Tinggi tu..coz kas leh buat 5 strike. Biasa kalu p training dengan opismate, nak dapat point >100 mmg susah sangat2 coz bola bowling tu asyik masuk longkang or tak kena je... Tapi walaupun kas dapat point 177 untuk game tu......kas kalah jugak sebab pertandingan kena main 3game...so game 1 dan game 3, kas dapat teruk. Akhirnya kas dan kumpulan kas kalah jugak.....

Jadi, kas bergambar dengan hadiah tu adalah lakonan semata-mata. Biar kalah dalam pertandingan tapi jangan kalah dalam gambar. Betul tak?

Tunggu next pertandingan kot baru dapat menang betul-betul.

Ditulis oleh:
Mohd Kasturi

PERTANDINGAN DARTS

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 0 Pendapat

Pada 5hb April 2009 (Sabtu), Biro Sukan KDRM WPKL telah mengajurkan Pertandingan Darts Inter-Bahagian. Pertandingan Darts ini berlangsung selama sehari, bermula pukul 9pagi sehingga 6petang.

Dalam pertandingan ini, Kas diamanahkan sebagai pengurus pasukan PERTEK. So kas tak bermain la masa pertandingan tu..kas just tengok dan lihat sahaja serta bagi semangat kepada pemain-pemain. Kenapa kas jadi pengurus dan kenapa tak jadi pemain? Pendek citenya... kas jadi pengurus sebab sebelum pertandingan Darts Inter-Bahagian, Kas telah diamahkan untuk menganjurkan Pertandingan Darts peringkat Inter-Cawangan/Unit. Kas tak jadi pemain sebab kas mmg tak pandai main darts..First time kas kenal dengan "Darts" ini masa kas kena mengajurkan pertandingan darts peringkat inter-cawangan/unit. Masa tu la kas belajar main darts coz dalam masa yang sama kas kena jadi peserta. Main punya main..kas kalah teruk sebab bila lempar je anak panah tu (darts), selalu tersasar ke tempat lain. Bila bermain darts ni, rupa-rupanya baru kas faham cara-cara nak main darts ni. Ada beberapa jenis pertandingan darts iaitu antaranya ialah 501 dan double chek.

Berbalik kepada pertandingan Darts Inter-Bahagian, selepas sehari suntuk bertanding, akhirnya kumpulan Darts yang diwakili oleh Bahagian Pertek dapat mara ke suku-akhir. Tapi akhirnya kecundang apabila dalam 5 game yang dipertandingkan, kumpulan PERTEK kalah dengan hanya memperolehi 2 kemenangan dari 5 game. So tak dapat lah kejayaan yang diimpikan oleh kumpulan PERTEK.

Kena tunggu next year pulak la kalu nak menang pertandingan Darts ni.


Ditulis oleh:
Mohd Kasturi

JARI KANAN MEK MELECUR TERKENA MINYAK PANAS

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, May 27, 2009 3 Pendapat


27 MEI, Jari sebelah kanan Mek telah melecur apabila terkena minyak panas semasa cuba mengambil kuali yang menyala di atas dapur. Kejadian itu berlaku apabila seorang tokey getah datang untuk bertemu dan bersua dengan ayah yang ketika itu sedang berada di dapur. Ayah terus bergegas ke ruang tamu untuk berjumpa tokey getah tersebut sehingga ayah terlupa api dapur gas belum dimatikan.

Api mula membesar dan mula membakar kuali. Ia disedari oleh Mek yang baru pulang. Mek masuk menggunakan pintu dapur amat terkejut melihat api yang membakar kuali dan Mekterus mematikan api gas tersebut. Namun api dikuali tidak padam, lalu Mek mengambil bekas telur untuk dijadikan pelapit tangan dan mencapai kuali yang terbakar itu untuk dicampak ke bahagian bilik air, tetapi minyak tersebut telah tertumpah ke tangan Mek.

Ayah yang berada diruang tamu ketika itu segera ke dapur apabila mendengar kuali terjatuh. Mek telah dibawa ke klinik Ipoh dan dirawat di bilik kecemasan jam 2.15 petang. Mujurlah keadaan Mek tidak serius dan Mek boleh lakukan kerja-kerja biasa kecuali tangan kanan masih cedera.-JA&JOE

BERITA SEDIH DARI JA & JO

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 5 Pendapat


Satu berita sedih dari Ja & Jo, laptopnya telah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi apabila kos pembaikiannya mencecah seribu lebih kerana kerosakan pada Mather Board & Casing. Laptop ini di beli pada tahun 2006 telah banyak kenangan-kenangan manis telah ditinggalkan seperti Majlis-majlis yang turut pernah digunakan oleh Tok Guru untuk tekan butan perasmian dan lain-lain tempahan. Tapi semua tempahan dah dihentikan setakat ni. Maka, tamatlah riwayat laptop yang paling sohor di KIAS..hehehe –JA&JOE

Pelihara Puyuh & Ikan Keli Jadi Hobi Baru Ayah

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, May 25, 2009 2 Pendapat

Walaupun kesihatan ayah kadang-kadang tidak menentu, tetapi masa terluang yang ada membuat ayah mula menginginkan untuk diisinya dengan aktiviti lain. oleh itu, pemeliharaan puyuh dan menternak ikan keli di rumah menjadi pilihan ayag. kini 100 ekor puyuh telur telah dibeli yang mungkin tinggal beberapa hari lagi untuk bertelur. Manakala, kolam ikan keli dibelakang rumah masih dalam pembinaan lagi. Mengikut ayah, "lepas je kolam ni siap, kita tak leh masuk ike lagi, sebab bau semin. Jadi, boleh la jadi kolam renang cucu-cucu balik cuti ni..." kata ayah sambil tersenyum. pemeliharaan ini hanya untuk makan keluarga dan selebihnya untuk dijual di kadai abe kamil yang dijangka boleh makan bermula puasa ni. -Ja&Joe

RUMAHKU SYURGAKU

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, May 24, 2009 0 Pendapat

Rumahku Syurgaku....satu konsep yang sememangnya wajar di implimentasi dan diterapkan di dalam setiap keluarga di dunia. Melalui pendekatan itu yang disusur atur dan dihiasi dengan ISLAM, maka lahirlah sebuah keluarga yang bahagia dan sebuah keluarga yang dirahmati oleh-Nya dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh-Nya.


Rumahku Syurgaku....inilah ungkapan yang boleh diriku ungkapkan kepada Rumah IbuBapaku di Kampung Btg Gedik, Jalan Peralla, Gual Ipoh. Di rumah itulah IbuBapaku berteduh dan membesarkan anak-anaknya. Di rumah itulah IbuBapaku memberi pendidikan, memberi makan minum dan melatih diriku dan ahli keluarga yang lain untuk menjadi seorang yang berguna di masa hadapan.

Rumahku Syurgaku...konsep inilah yang diterapkan oleh IbuBapaku yang akhirnya memberi satu impak yang besar dalam kehidupan ahli-ahli keluarga. Setiap kali perayaan, pasti diriku dan adik beradik yang lain akan dikuasi oleh semangat yang berkobar-kobar untuk pulang beraya ke kampung bersama Ayahanda & Bonda yang tercinta. Di rumah itulah kami berkumpul bersama-sama, bergelak ketawa bersama-sama. Ibarat riuh satu kampung apabila kami berkumpul.

Rumahku Syurgaku...Hanya di rumah IbuBapa ku tempat yang memberi ketenangan dan tempat yang memberiku keinsafan bagi diriku. Banyak pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Ibubapa ku dalam mememastikan anak-anaknya berjaya dalam semua aspek kehidupan.

Bersama-samalah kita meneruskan kesinambungan Rumahku Syurgaku yang telah ditunjukkan oleh Ibubapa kita agar kegembiraan, keakraban, keceriaan, kesenangan dan kerahmatan terus dipelihara selama-lamanya.

Disediakan oleh:
Mohd Kasturi

HARI KELUARGA HUSSIN & HALIMAH TAHUN 2009

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 1 Pendapat


Lakaran sejarah dicipta apabila buat pertama kalinya Hari Keluarga Hussin & Halimah berjaya dianjurkan pada 25 - 26 Januari 2009.


Hari Keluarga ini telah lama dirancang oleh ahli keluarga. Akhirnya beberapa ahli keluarga telah mengambil inisetif dengan merancang dan mengatur segala aktiviti agar program Hari Keluarga dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Akhirnya tarikh 25 - 26 Januari 2009 dipilih kerana pada masa tersebut ramai ahli keluarga akan pulang ke kampung sempena Cuti Perayaan Hari Raya Cina dan bersempena UlangTahun Kelahiran Mek.


Dengan berkat kesabaran dan kesungguhan..maka Hari Keluarga dapat dijayakan dengan pelbagai aktivit yang dirancang dapat dilaksanakan. Dua hari satu malam di Chalet Pantai Sri Telung, Melawi, Bachok, Kelantan. Pada program hari keluarga sebanyak 7 chalet telah disewa bagi penginapan dan 3 khemah dipasang.

Hari Pertama : 25 Januari 2009
- Bersiap-siap/berkemas-kemas untuk bertolak ke tempat lokasi perkehlahan Hari Keluarga iaitu di Chalet Pantai Sri Telung, Melawi, Bachok, Kelantan.
- Sampai di tempat lokasi, gotong royong memasak makanan tengahari.
- Aktiviti sukaneka:
* mencari ketam paling banyak kategori kanak-kanak.
* membina Istana Pasir kategori wanita
* pertandingan bola kategori lelaki
- Aktivit malam:
*BBQ
*Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Lahir Ibu
*Majlis Penyerahan Bunga Mek & Ayah
*Majlis Memotong Kek
*Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang sukaneka

Hari Kedua: 26 Januari 2009
- Aktiviti sukaneka:
* Kail botol kategori wanita, lelaki dan kanak-kanak.
* Tiup belon kategori wanita dan kanak-kanak
* Bowling buah kelapa kategori wanita dan lelaki
* Tarik tali kategori wanita dan lelaki
* Mencari harta karun
* Majlis Penyampaian Hadiah

InsyaAllah Hari Keluarga Hussin & Halimah kali ke-2 akan dianjurkan pada tahun 2010. Tunggu....

Disediakan oleh:
Mohd Kasturi

Welcome to Hussin & Halimah Family's

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 0 Pendapat

Selamat datang ke dunia Hussin & Halimah Family's.

Blog ini akan memaparkan kisah-kisah dan cerita-cerita berkaitan dengan Hussin & Halimah Family's.

Kenangan-kenangan yang terindah di dalam Hussin & Halimah Family's akan di coretkan dengan dihiasi gambar-gambar berkaitan.

Sekian terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN