Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

JARI KANAN MEK MELECUR TERKENA MINYAK PANAS

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, May 27, 2009

27 MEI, Jari sebelah kanan Mek telah melecur apabila terkena minyak panas semasa cuba mengambil kuali yang menyala di atas dapur. Kejadian itu berlaku apabila seorang tokey getah datang untuk bertemu dan bersua dengan ayah yang ketika itu sedang berada di dapur. Ayah terus bergegas ke ruang tamu untuk berjumpa tokey getah tersebut sehingga ayah terlupa api dapur gas belum dimatikan.

Api mula membesar dan mula membakar kuali. Ia disedari oleh Mek yang baru pulang. Mek masuk menggunakan pintu dapur amat terkejut melihat api yang membakar kuali dan Mekterus mematikan api gas tersebut. Namun api dikuali tidak padam, lalu Mek mengambil bekas telur untuk dijadikan pelapit tangan dan mencapai kuali yang terbakar itu untuk dicampak ke bahagian bilik air, tetapi minyak tersebut telah tertumpah ke tangan Mek.

Ayah yang berada diruang tamu ketika itu segera ke dapur apabila mendengar kuali terjatuh. Mek telah dibawa ke klinik Ipoh dan dirawat di bilik kecemasan jam 2.15 petang. Mujurlah keadaan Mek tidak serius dan Mek boleh lakukan kerja-kerja biasa kecuali tangan kanan masih cedera.-JA&JOE

3 Responses to JARI KANAN MEK MELECUR TERKENA MINYAK PANAS

  1. Teruk ke tangah mek? kesian kat mek.. nanti abe kelik kelate pd 3hb ni.

     
  2. Hulubalang Says:
  3. Berita ni dimasukkan lewat, san nak call semalam dah lewat. San nak balik awal kat kg..

     
  4. Ja & Joe Says:
  5. soli la, kat kampung kekurangan alat nak masuk segera. ni pun pilih-pilih je berita. camera pun takdop, apa pun nak ejas gak awal. tentang mek tu, dah makin ok dah tangan, dah mula boleh wat keje cam biasa dah. jangan risau ye, Ja & Joe akan melaporkan dari masa ke semasa

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN