
Terlebih dahulu, ambo sekeluarga (Shamsuri, Suhana, Harith, Fahmy, ...) mengucapkan Selamat Hari Raya Korban khasnya untuk Keluarga Hussin dan umumnya untuk semua tetamu blog ini.
Semoga kita tergolog daripada Hamba Allah yang berkorban apa sahaja untuk menegakkan agamaNya.
Wassalam.
Kas nak kongsi cerita di sini mengenai Jamuan Majlis Perpisahan Bos (Ketua Cawangan) pada 18/11/09 (Rabu) pada pukul 12.30tgh. Jamuan ni dibuat di Restoren Sri Melaka yang terletak di TTDI KL. Setiap seorang kena bayar RM40 bagi jamuan tersebut.
Assalamualaikum w.r.t. Bersua lagi dalam blog hussinhalimah familys.. Untuk kali ni Jo nak kongsi sedikit cerita dari kampung. Sebab dah janji nak bawa cerita dari kampung, jadi setiap kali balik, Jo mesti dapatkan cerita2 menarik untuk dikongsi bersama. Jo & isteri bertolak balik pada hari ahad kerana jumaat & Sabtu ada kelas UKM, balik ni pun sebab nak hantar dakwat printer untuk kegunaan tander getah pada hari selasa.
Gelombang Kedua Banjir
Jadi, masa bertolak balik tu, memang dah dalam gelombang kedua banjir di kelantan. Jo bertolak balik dan masa masuk ke jambatan menuju ke Kusial baru. Didapati jalan telah ditutup oleh semua kenderaan. bila cuba dapatkan maklumat, ada penduduk kampung di kawasan itu bagitahu di simpang 3 (chekok ipoh) dah melepasi kepala. Jo telefon Mek dan mek bagitahu sedang melawat di rumah poksu tie kerana banjir kawasan itu hampir sampai kerumahnya. Jo pun pergi dengan laluan alternatif ke bechah laut.. lihat mek dah ada kat rumah kat tie.
kereta kembara kakmah yang terpaksa mengharungi air untuk keluar ke bandar tanah merah. dan pejabat Pas terasil turut dilanda banjir.
Ikan Terbesar Dapat di Tangkap di Kolam Kita
San, Abang nik dan Jiran kat rumah telah pergi ke kolam untuk menangkap ikan. Tujuan utama operasi ini adalah untuk menangkap ikan jelawat yang sedang bertelur untuk di ambil baka sebagai usaha membiakkannya. ikan-ikan yang ditangkap ini akan dilepaskan di kolam ikan keli (yang kosong) dan akan diberikan penjagaan yang khusus. Tetapi, mereka bertiga telah dikejutkan dengan tangkapan ikan terbersar (ikan Bawal) telah terperangkap didalam jala yang ditebarkan. ikan beratnya lebih 3 kg ini merupakan baka yang masih berbaki dari ikan yang terawal dilepaskan di kolam keluarga.
Hafsan & Land Rover
Ni nak cite lagi...pasal makanan. Banyak cite makan-makan ni. Maklumlah sekarang ni ramai bos-bos dan senior-senior naik pangkat. Oleh kerana mereka-mereka ini naik pangkat, maka diwajibkan ke atas meraka berpindah ke stesen(negeri) lain. Maka pada 16/11/09(Isnini) pukul 12tgh, jamuan telah dibuat bagi meraikan mereka-mereka yang naik pangkat dan kena bertukar ke tempat lain.
Ni plak gaya kas..sempat posting dengan opismate girl.
Sekian.
Disediakan oleh:

Kas & Za
Assalamualaikum, untuk cerita kali ni abe kame nak selit pulak dari keluarga abe kame.. banyak cerita nak dikongsi dalam ruangan yang ringkas ni. walaupun sibuk berniaga, anak2 memang tidak lekang dengan aktiviti samaada yang disekolah ataupun dirumah yang dibuat sendiri... Mula-mula baru je lepas buat sambutan Hari Lahir Achik (Infazah) anak yang ke 3. Sambutan ni buat secara ringkas yang hanya melibatkan keluarga sahaja. Jamuan seperti Kek, Ayam Kentucky (yang buat sendiri), Mihun goreng telah memenuhi selera jamuan malam tersebut. lihatla kemeriahan jamuan yang ringkas ni..hehe
Disediakan Oleh:
Abe Kamil @ Kak Yatie
07Shah Alam (8.11.09): Jabatan ICT Pas Pusat telah mengadakan Majlis Sambutan 10 Tahun Jabatan ICT Pas Pusat (JITP) bertempat di Hotel Quality Shah Alam dengan dihadiri oleh semua pimpinan Jabatan ICT Negeri-negeri.
Tuan Guru Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS telah merasmikan Majlis tersebut serta menyampaikan amanatnya kepada pimpinan ICT Pusat dan negeri agar berganding bahu dalam melancarkan usaha dakwah dan perjuangan untuk menegakkan Syiar Islam.
Antara pimpinan lain yang hadir ialah Timbalan Presiden YB Nasaruddin Mat Isa, Mahfuz Omar, Dato' Mustafa Ali, Dr Hassan Ali, Ust Abd Ghani Shamsuddin dan beberapa orang lagi pimpinan Pas Pusat.
Hujan tanpa henti2 selama 4 hari telah menyebabkan air mula naik dan melimpah di beberapa sungai di kawasan kelantan. Pada hari Khamis (5 Nov) Jo balik dengan fatehah untuk bantu ayah urus tender getah. masa tu dah jam 1.30 petang bila tiba di rumah. Oleh kerana hari jumaat ada kelas UKM, Jo terpaksa bertolak lepas magrib selepas selesainya pengiraan getah. Jo pergi KB pun jadi lewat sebab Land Rover tersangkut dalam kebun getah kerana tergelincir ke bawah tebing, tapi tak dapat di kuarkan, terpaksa la tinggal je dlu dlm kebun untuk sambung pagi esok. Jo plak terpaksa kena bertolak malam itu tengah hujan lebat. sampai je di terasil, Jo dapati air dah melintasi jalan dan tidak ada lagi kereta yang melaluinya. Disebabkan malam terlalu gelap Jo ambil keputusan tidak melintasi banjir dan terus pusing ke Bechah laut. Pada keesokan, Mek pun pergi melawat tempat yang kemungkinan air naik. Rupanya pagi tadi (jumaat) air di atas jalan kat terasil dah melebihi paras pinggang. Malah Mek tidak dapat sampai pun ke rumah Poksu Tie diterasil. Bot YB Cikgu Wan dah stanby menghadapi banjir, Poksu Tie yang kini di Kuala Lipis pun bertolak balik untuk menghadapi sebarang kemungkinan... Banjir kini sudah tiba, semua penduduk sedang berjaga-jaga. walaupun malam ini (jumaat) hujan mula berhenti, tetapi semua tetap berwaspada...
Disediakan oleh:

Disediakan oleh:
Pejam celik, pejam celik dah sebulan lebih Jo menamatkan zaman bujang ini iaitu pada 4 syawal lepas. jadi bila dah masuk suasana baru ni banyak la benda yang dilalui.. maklumla, semua baru mesti la mencabar. sampai sekarang jadi kesibukan tu tinggi la. tu yang lama tak dang nak masuk cerita dalam blog. bila ada luang cikit ni, joe nak ambil peluang untuk kongsi suka duka jo dan isteri tercinta ni apa yang dibuat sepanjang sebulan lebih ni.
Macam orang2 len jugak la, jo&Isteri memang padat jadual bila mendapat undangan dari saudara2 kedua belah pihak. sampai tak duk diam, berjalan pun dah tak henti nak pergi semua..tapi memang seronok dapat jugak saling2 kenal..lepas tu plak duk pergi mari dari KB ke Tumpat ke Tanah Merah semata-mata nak memenuhi undangan majlis peringkat keluarga dan kampung plak..itula hidup kami mula2 tu.
lepas je redha cikit, jo pun nak rncg nak pergi round2, ada la cikit gambar yang dpt dirakam...

Ni event yang paling istimewa dalam family fatehah apabila abang sulungnya berjaya melancarkan satu produk kecantikan terbaru di pasaran. pelancarannya sangat meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. antaranya konvoi Kelab Myvi, Perdana, Proton, Motor Besar dan Motor klasik dari KB ke Wakaf Bharu. jo & isteri tengah posing kat kereta big boss produk dan motor besar.. bukan model tu..hehe
Inilah sedikit sebanyak Jo & Isteri buat dalam kehidupan baru.. banyak lagi tapi tak ingat tangkap gambo la..hehe.. just untuk dikongsi bersama.. Wassalam..
Disediakan oleh:
Jo & Fatehah
Keluarga HussinHalimah mengucapkan takziah kepada keluarga Poksu Hussin (air Kerela) diatas pemergian isterinya pada 30 Oktober 2009 (Sabtu). Allahyarhamah mengidap penyakit paru-paru yang menyebabkan paru-parunya menjadi hitam dan dirawat dihospital Kota Bharu 3 hari yang lepas. Pada jam4 petang, Allahyarhamah telah menghembuskan nafas yang terakhir di sisi suaminya yang menemaninya pada masa itu. menurut Poksu Husin, Allahyarham sempat meminta untuk makan buah delima yang dari suaminya kurang setengah jam sebelum beliau disahkan meninggal dunia. Jenazah di tanam di tanah Perkuburan Kampung Batang Gedik pada hari yang sama jam 11.30malam. Semoga Allahyarhamah diletakkan bersama orang-orang yang solehah. AL-FATIHAH.