Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

BERITA DARI KAMPUNG HALAMAN

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, November 24, 2009
Assalamualaikum w.r.t. Bersua lagi dalam blog hussinhalimah familys.. Untuk kali ni Jo nak kongsi sedikit cerita dari kampung. Sebab dah janji nak bawa cerita dari kampung, jadi setiap kali balik, Jo mesti dapatkan cerita2 menarik untuk dikongsi bersama. Jo & isteri bertolak balik pada hari ahad kerana jumaat & Sabtu ada kelas UKM, balik ni pun sebab nak hantar dakwat printer untuk kegunaan tander getah pada hari selasa.

Gelombang Kedua Banjir


Jadi, masa bertolak balik tu, memang dah dalam gelombang kedua banjir di kelantan. Jo bertolak balik dan masa masuk ke jambatan menuju ke Kusial baru. Didapati jalan telah ditutup oleh semua kenderaan. bila cuba dapatkan maklumat, ada penduduk kampung di kawasan itu bagitahu di simpang 3 (chekok ipoh) dah melepasi kepala. Jo telefon Mek dan mek bagitahu sedang melawat di rumah poksu tie kerana banjir kawasan itu hampir sampai kerumahnya. Jo pun pergi dengan laluan alternatif ke bechah laut.. lihat mek dah ada kat rumah kat tie.



kereta kembara kakmah yang terpaksa mengharungi air untuk keluar ke bandar tanah merah. dan pejabat Pas terasil turut dilanda banjir.



memang menjadi kebiasaan apabila kanak2 dan dewasa mula berkumpul di tempat banjir terutamanya jalan yang ditutup oleh semua kenderaan. Apapun, ibubapa sentiasa memerhatikan anak2 yang berada di kawasan banjir.


muka2 kanak2 besar yang tengok banjir..hehe.. sambil tu, dilihat bot YB Cikgu Wan yang berulang alik di kawasan banjir dan perahu2 penduduk melintasi kawasan tersebut.


Ikan Terbesar Dapat di Tangkap di Kolam Kita

San, Abang nik dan Jiran kat rumah telah pergi ke kolam untuk menangkap ikan. Tujuan utama operasi ini adalah untuk menangkap ikan jelawat yang sedang bertelur untuk di ambil baka sebagai usaha membiakkannya. ikan-ikan yang ditangkap ini akan dilepaskan di kolam ikan keli (yang kosong) dan akan diberikan penjagaan yang khusus. Tetapi, mereka bertiga telah dikejutkan dengan tangkapan ikan terbersar (ikan Bawal) telah terperangkap didalam jala yang ditebarkan. ikan beratnya lebih 3 kg ini merupakan baka yang masih berbaki dari ikan yang terawal dilepaskan di kolam keluarga.

San & Abg Nik yang bergaya dengan ikan bawal setelah terperangkap di dalam jala. ikan ini pun masih hidup dan dilepaskan di Kolam ikan keli yang kecil..


Antara ikan yang ditangkap untuk dijadikan baka. San yang baru balik dari Johor ceria bersama ikannya..:-)


Hafsan & Land Rover


Sebut saje San balik, mesti Land Rover lah yang menjadi teman dia dirumah.. Land Rover ini diservis, di cek kecacatan untuk dibaiki sepanjang balik ke kampung... hehehe



Disediakan Oleh:
Jo & Fatehah



2 Responses to BERITA DARI KAMPUNG HALAMAN

  1. dasyat banjir tu.. boleh lalu lagi kembara tu...dah hampir2 tenggelam tu.

    besarnya ikan.... rugi a.kas tak ada masa ni.

     
  2. shamsueri Says:
  3. bestnye main banjir...
    rugik gak xleh balik raya ni...
    pepn, wakil kat korang je...

    sam: ikan tu nk kene selalu tengok...
    kan ada org kebas plak...

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN