Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 2009

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, December 4, 2009

Alhamdulillah.....kat sini kas nak kongsi gambar-gambar semasa hari raya aidiladha 2009 untuk tatapan semua terutamanya yang tak balik beraya di kampung.

Sebelum tu, pakat tengok kat bawah ni gambar-gambar gelagat anak sedara semasa cuti di kampung bagi meraikan hari raya aidiladha.



Ni plak gambar kas & za yang sempat posing semasa ada di kampung.


Aktiviti sembang + borak-borak di malam hari.


1) TAPAI HARI RAYA AIDILADHA
Pada malam rabu (25/11/09), aktiviti membuat tapai dilakukan. Ia disertai oleh dua ahli baru keluarga iaitu Za & Fatehah. So ramai-ramai la pakat bungkus tapai ni agar dapat dimakan pada hari raya haji nanti.

Ni hasil tapai yang dibungkus.



Keriuhan dan gelak ketawa menghiasi aktiviti membungkus tapai. Akhirnya, impian untuk merasai tapai yang lazat dan sedap berkecai jugak...sebab tapai tersebut tidak masak dan tidak manis. Mungkin kerana masa dok bungkus tapai tu terlalu bising dengan gelak ketawa oleh pembungkus-pembungkus tapai. :)


2) AKTIVITI MEMBUAT LEMANG HARI RAYA AIDILADHA
Pada 26/11/09 (Khamis), aktiviti membuat lemang hari raya aidiladha dilakukan dengan disertai oleh semua ahli keluarga yang berada di kampung. Untuk menjayakan aktiviti ini, hafsan menjadi ketua untuk menyediakan tempat membakar lemang, jo plak untuk mengisi daun & pulut dalam lemang & menyediakan santan, manakala kas plak ditugaskan untuk menyediakan buluh untuk lemang. Za & Fatehah plak dapat merasai pengalaman pertama kali membuat lemang.


Donat yang dibuat oleh Kak Tie untuk dimakan pada pagi 26/11/09. Pulut dan santan plak digunakan untuk memasak lemang. Manakala ayam tu plak dikorbankan untuk dibuat lauk pauk.




Suasana memasukan pulut ke dalam buluh.


Sesi perasmian lemang pertama yang masak.






Ni suasana semasa merebus dan membakar lemang.


3) AKTIVIT BERGAMBAR SESI KELUARGA
Aktiviti bergambar sesi keluarga dilakukan pada pagi hari raya ke-2 (28/11/09). Namun sesi bergambar ni tidak dapat disertai oleh kebayakkan ahli keluarga. So yang bergambar hanya yang ada dan yang hendak bergambar sahaja sebagaimana yang ada di dalam gambar di bawah ini.

Hanya beberapa ahli keluarga sahaja yang dapat menjayakan sesi bergambar ini.




4) ZIARAH KUBUR
Pada pagi raya ke-2 (29/11/09), aktiviti ziarah kubur dilakukan. Kubur yang diziarah ialah kubur Gual Ipoh dan Kubur Bukit Pauh. Aktiviti Tahlil diketuai oleh Pok Long dan disertai oleh Ayah, Mek, Hafsan, Jo, Fatehah, Kas dan Za.

Bacaan tahlil di kubur Gual Ipoh.




Suasana ziarah kubur Gual Ipoh dan Bukit Pauh.

5)AKTIVITI ZIARAH KE RUMAH SAUDARA MARA
Pada hari raya ke-2, sebaik sahaja balik dari ziarah kubur, maka kas, za, faizul, fatehah, azi & kawanya bergerak ke rumah saudara mara di kampung batang bergedik untuk sesi ziarah. Rumah pertama yang dikunjungi ialah rumah Pok Mat, rumah Abe Li, Rumah Pok Teh, Rumah Moknah dan Rumah Pok Long/Mok Long.

Suasana di rumah pertama yang dikunjungi. Juadah makanan ialah keropok dan tapai.




Suasana aktiviti ziarah ke rumah saudara mara.

6) AKTIVITI MENJENGOK IKAN & PUYOH
Pada petang raya ke-2, aktivit menjengok ikan besar yang terdapat di dalam kolam ikan belakang rumah dan juga mengutip telur puyoh di belakang rumah.

Kas dengan hasil tangkapan yang terbesar di dalam kolam belakang rumah.




Aksi-aksi bersama hasil tangkapan yang diperolehi. :)

7) AKTIVITI MENGUNJUNGI RUMAH SEWA BARU JO, FATEHAH & MAKNYA DI KB.
Pada raya ke-3, Mek, Ayah, Hafsan, Kas, Za, Azi & kawanya mengunjungi rumah sewa yang jo & fatehah duduki di Berek 12, KB bersama-sama maknya.

Tetamu dihidangkan makanan dan minuman.


Sesi bergambar sebelum bertolak ke Kota Bharu.

Ni menu yang dihidangkan.

Daging singgan Daging goreng Daging bakar

Tempoyak Ulam Budu





Suasana jamuan di rumah sewa Jo & Fatehah di Berek 12, KB.

8) KEROPOK LOSONG KUALA TERENGGANU
Ni aktiviti shoping keropok losong di kuala terengganu oleh Za & Kas. Banyak jugak keropok yang Za beli untuk dibawa ke Kuala Lumpur.

Za yang sempat posing di kedai keropok losong.



Suasana di kedai keropok losong yang terdapat di kuala terengganu.

Sekian.

Disediakan oleh:

Kas & Za (4/12/09 - 10:48PM)

0 Responses to SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 2009

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN