Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

BEKAS PENGHULU BUKIT PAUH (TOK NGULU HUSSIN) MENINGGAL DUNIA PAGI TADI

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, February 23, 2010 1 Pendapat

23 Febuari 2010, Setelah mengalami kecederaan serius dikepala dalam kemalangan tahun lepas, Penghulu bagi kawasan bukit pauh (bukit pauh & Kampung Batang bergedik) telah telantar sakit hampir satu tahun dan diganti oleh Zahari sebagai penghulu tetap kawasan ini. Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ngulu Hussin ini mengalami pendarahan di kepala yang serius. Allaharharham telah kembali kerahmatullah pagi tadi di rumahnya, Kampung Bukit Pauh.

Semoga Allah merahmati rohnya dan semoga segala jasa yang ditaburkan oleh Allaharham akan mendapat balasan yang sebaiknya. Keluarga Hussin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allaharham dan semoga tabah mengharungi kehidupan walaupun tanpa Allaharham disisi.- Al-Fatihah

Disediakan oleh:
Faizul&faizal


Kematian Man Soh Dalam Kemalangan Mengejutkan

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, February 20, 2010 3 Pendapat

20 Febuari 2010, Penduduk kampung yang Batang Gedik dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri di Kampung Ipoh berhampiran selekoh tajam Ipoh dekat asar tadi. Man Soh yang pada ketika itu memandu keseorangan dengan pajeronya dikatakan telah melalui jalan tersebut sebelum kejadian tetapi berpatah balik untuk mengambil barang tertinggal. Semasa melalui selekoh tersebut, Man terbabas dan terus ke dalam sungai. Tetapi semasa kejadian, beliau telah terpelanting sehingga terkeluar daripada pajeronya melalui cermin hadapan sebelum dihimpit oleh pajero di tebing sungai. Man disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Sehingga berita ini ditulis, Allaharaham sedang dimandikan di rumah Moksu bersebelahan dengan rumahnya dan dijangka akan dikebumikan pada jam 11 malam ini.

Allaharham meniggalkan seorang Isteri dan 3 orang anak yang masih kecil di Kampung Batang Gedik (bersebelahan rumah fauzi pembeli getah). Allaharham juga terkenal dengan sikapnya yang baik dan peramah dipenduduk kampung. Walaupun dalam kejadian ini juga kedengaran beberapa maklumat lain sebelum kejadian berlaku tetapi masih tidak dapat disahkan setakat ini Saya akan cuba memaparkan gambar berkaitan pengebumian Allaharham dari kampung sedikit masa lagi... semoga Allaharham diletakkan bersama orang-orang y soleh.. AL-FATIHAH..

gambar menunjukkan kubur sedang digali oleh penggali kubur setelah dimaklumkan akan dikebumikan pada malam ini juga.

Disebabkan masa sudah larut malam, jezanah ini telah di bawa ke tanah perkuburan dengan bantuan Land Rover bagi mempercepatkan penghantaran kesana.

Allaharham selamat dikebumikan pada tengah malam ni dan semoga dicucuri rahmat..Al-Fatihah

Disediakan oleh :
Faizul & Fatehah









CUTI-CUTI KELUARGA HUSSIN&HALIMAH

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, February 18, 2010 2 Pendapat

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera untuk Ahli keluarga dan juga sahabat pelawat. Oleh kerana semua ahli keluarga sibuk dengan urusan masing2 terutamanya Hafsan & Pasangan, maka ambo ingin mengupload sedikit cerita semasa cuti Tahun baru Cina yang lepas.

MAJLIS PERKAHWINAN HAFSAN & ASIAH
13 Feb 2010 yang lepas, Majlis perkahwinan antara Hafsan & Asiah berlansung di Perlis. Aktiviti bermula dengan pada pagi 12 feb 2010 rombongan Ayah, mek, dan lain2 bertolak dari Kelantan ke rumah Kak Ma di Penaga, Penang. Manakala Keluarga Kasturi & Shamsuri datang dari arah Kelana Jaya. Alhamdulillah, semua telah selamat berkumpul jam 3pg.


Jam 8pg pada 13 feb, rombongan keluarga Hussin (9buah kereta) telah bertolak daripada penaga menuju ke Berseri, Perlis. Sesampai di Gurun, Kedah, kami berhenti untuk makan.
Oleh kerana kami jarang datang ke Perlis, maka bermulalah edisi "makan pengat" di bandar Kangar. Al-Maklumlah, pengantin gelabah menyebabkan GPS tidak berfungsi. Perancangan awal untuk majlis akad nikah ialah jam 10.30pg, ditakdirkan Allah rombongan sampai pukul 12 tgh. Alhamdulillah majlis bermula dengan lancar. TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU, MOGA BAHAGIA SELAMANYA.

MANDI DI KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG
Selepas Majlis hafsan, kami sekeluarga menuju ke Pusat Peranginan Air Panas Ulu Legong, Baling. Kami tidur di Home Stay yang diuruskan oleh Abg Saipu. Seronok...

NAIK KERETAPI KE KL CENTRE
Selepas tidur semalaman di rumah Kelate, maka ambo sekeluarga bertolak ke kelana Jaya dengan menaiki Keretapi.


NAIK KELANA JAYA KOMUTER
Naik Kelana Jaya Komuter... nak ek rumah kas di Kelana Jaya...

Maaf... citer tak dan habis.... nanti bersambung...
ibnuhussin5
ibnuhussin@pas.org.my

MAJLIS BERCUKUR - NAUFAL

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, February 3, 2010 2 Pendapat

Selangor: Untuk makluman semua, Majlis Bercukur Abdullah Naufal bin Mohd Shamsuri telah diadakan di Rumah Abang Ngah (abang Kak Sue) di Fasa 2, Puncak Alam, Kuala Selangor pada 30.01.2010 (Sabtu) petang.

Majlis tersebut diadakan secara ringkas yang dihadiri oleh semua adik beradik Kak Sue, dan jiran terdekat. Manakala majlis aqiqah pula dijangka akan dilakukan dalambulan Mac 2010 sementara menunggu Wardah (adik bongsu Kak Sue) melahirkan anak sulungnya.

Majlis tersebut sebenarnya ditanggung sepenuhnya oleh Tok & TokKey Naufal. Sebelah malamnya, majlis Hari Keluarga yang melibatkan semua ahli keluarga Kak Sue, saudara mara terdekat dan jiran sekitar rumah Abang Ngah.

Alhamdulillah, majlis bermula jam 10mlm dan berakhir jam 12 tgh malam.
Pelbagai juadah dihidangkan seperti kambing panggang, ikan bakar, satey, nasi beriani, kek, buah buahan dan banyak lagi.

disediakan oleh:
shamsuri & keluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN