20 Febuari 2010, Penduduk kampung yang Batang Gedik dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri di Kampung Ipoh berhampiran selekoh tajam Ipoh dekat asar tadi. Man Soh yang pada ketika itu memandu keseorangan dengan pajeronya dikatakan telah melalui jalan tersebut sebelum kejadian tetapi berpatah balik untuk mengambil barang tertinggal. Semasa melalui selekoh tersebut, Man terbabas dan terus ke dalam sungai. Tetapi semasa kejadian, beliau telah terpelanting sehingga terkeluar daripada pajeronya melalui cermin hadapan sebelum dihimpit oleh pajero di tebing sungai. Man disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Sehingga berita ini ditulis, Allaharaham sedang dimandikan di rumah Moksu bersebelahan dengan rumahnya dan dijangka akan dikebumikan pada jam 11 malam ini.
Allaharham meniggalkan seorang Isteri dan 3 orang anak yang masih kecil di Kampung Batang Gedik (bersebelahan rumah fauzi pembeli getah). Allaharham juga terkenal dengan sikapnya yang baik dan peramah dipenduduk kampung. Walaupun dalam kejadian ini juga kedengaran beberapa maklumat lain sebelum kejadian berlaku tetapi masih tidak dapat disahkan setakat ini Saya akan cuba memaparkan gambar berkaitan pengebumian Allaharham dari kampung sedikit masa lagi... semoga Allaharham diletakkan bersama orang-orang y soleh.. AL-FATIHAH..

gambar menunjukkan kubur sedang digali oleh penggali kubur setelah dimaklumkan akan dikebumikan pada malam ini juga.
Disebabkan masa sudah larut malam, jezanah ini telah di bawa ke tanah perkuburan dengan bantuan Land Rover bagi mempercepatkan penghantaran kesana.
Allaharham selamat dikebumikan pada tengah malam ni dan semoga dicucuri rahmat..Al-Fatihah

Disediakan oleh :
Faizul & Fatehah
Semoga Rohnya dicucuri rahmat.
Mereka yg bijak adalah mereka yg paling banyak mengigati mati dan membuat persiapan untuknya. Semoga Roh abg. Man bersama orang2 soleh.. Amin..
Assalamualaikum,
Tima kasih banyok-banyok kepada sapo yang buat laman web ini. Buleh juga kawe nak tumpang tui. Senang jugalah kawe buleh tengok berita apa yang berlaku dalam kampong tempat tumpah darah kawe juga ni. Tidaklah terpinggir sangat rasanya. Kawe pun tumpang bangga jugalah dengan lama web ni. Nampoknya ore luar negera pun buleh tumpang juga. Banggo sungguh kawe weh.
Teruskan weh mana-mana sahabat kito yang sama-sama membangunkan laman ni. Kita comelkan lagi laman ni, agar banyak lagi re boleh layar, dan kalu boleh tambah canggih gi lagi.
Akhir sekali kawe nak ucapkan syabas kepada seluruh keluarga Pakcik Hussin dan Mokcik Moh kerana telah membangunkan laman ini.
HIDUP WWW.IBNUHUSSIN.COM