Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

BERKELAH DI PANTAI IRAMA, BACHOK

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, March 1, 2010
Selepas selesainya majlis perkahwinan hafsan kat Perlis, keluarga kat kampung pun rehat la seminggu kat rumah. Seminggu lepas pada tu Hafsan pun pulang ke kampung tapi keseorangan lagi dan Asiah akan menyusul balik dengan bas dari kuantan. Nak dijadikan cerita, kebetulan masa tu Jo, Ja n Se yang berkumpul dengan keluarga termasuk kak mah sekali pun duk borak-borak depan tv terdetik untuk berkelah ke pantai beramai-ramai. Tambah2 Hafsan dan Isterinya (menantu baru la) pun pulang dan Ja pun dah lama teringin nak jalan2 kat pantai. Pada awalnya semua setuju untuk ke Pantai Tok Bali sambil-sambil nk cari ikan untuk bakar.. Jadi, dibawah ni ada sedikit sebanyak cerita yang berlaku kat pantai..:-)


Ni la persiapan di rumah sblm bertolak.. nasi satu periuk besar menjadi bekalan ke pantai yang di bawa oleh orang aceh tu. kat kiri pulak, kanak-kanak yang siap sedia menjalankan misi mandi pantai dengan pelampung keselamatan siap dipakai dari rumah lagi...


jo & isteri bertolak dari KB ke tok bali. keluarga lak dari t. Merah. Sampai je di Tok bali, kami lihat tempatnya tidak berapa sesuai untuk bermain-main, tmbh2 ombaknya terlalu besar masa tu. Jadi, bincang punya bincang dengan semua, maka bersetuju la tukar tempat ke Pantai Irama, Bachok yang memang dah masyhur tempatnya dijaga... kami pun bertolak ke sana..


Sebelum bertolak ke Pantai Irama, kami sempat la singgah kejap di tempat ikan di naikkan.. tetapi masa tu kedai tutup lagi dan akan buka petang..



sampai je kat pantai Irama, perut berbunyi.. jadi aktiviti pertama gak.. mencari makan pagi la dulu bagi perut kenyang baru sedap main..

lepas peruk kenyang, mata pun dah fokus ke pantai, kanak2 pun duk melompat2 nak turun.. akhirnya, mandi pantai pun bermula.. tmpt mandi pun dipilih btl2 tepi post pengawal keselamatan...


sambil-sambil tu, budak2 dan orang besar ada jugak yang main wau yang dijual sekitar pantai..


ni pulak bahagian pompuan. sambil2 gi main pantai, acara masak memasak utk mkn petang tetap di laksanakan. gambar sblah kanan tu Ayah (tengah landing), Mek n Kak Mah tengah siap-siap apa yang patut. pah2 pulak gmbr kiri tu tukang masak yang tak asing lagi yg dibarisi oleh menantu, Asiah n Fatehah serta cucu mek, Azi.. tengah kerjakan ikan n sotong yg dibeli..

yang belah lelaki dan kanak2 pulak masih asyik dengan permainan bola dengan pelbagai cara. ada cara main rebut, ada cara bola tampar, bola sepak dan smpai cara yang tak tahu buh nama pun tetap dimainkan masa tu..


gelagat jong masak tetap menarik perhatian dengan gaya tersendiri.. sempat lagi la bergaya depan camera..


ni pulak gaya pengantin baru tengah memasak ikan n udang celup tepung


lepas badan pun letih, perut pun lapar, solat pun dah selesai. Maka, acara penutupnya ialah makan beramai2.. ikan bakar, ikar n sotong celup tepung, telur, ulam, budu, sup dan ntah pe lagi menjadi hidangan petang tu..


Lepas semua selesai, kami pun bersiap-siap untuk pulang.. semua kenangan telah dinukilkan dlm blog ni..:-) sekian Wassalam...

Jurugambar:
Abang Nik

Olahan Cerita Oleh:
Jo & Fatehah


8 Responses to BERKELAH DI PANTAI IRAMA, BACHOK

  1. Anonymous Says:
  2. Huk hu hu nak ikut la...Seronoknya hangpa ya..Projek mandi-mandi saja tahun ni.

    Apa2 pun tahniah la...berjaya jgk projek tu.

    Tapi kan. Tak nyambut natu lagi tu...

     
  3. Anonymous Says:
  4. terima kasih jo...
    pepun tahniah kerana berjaya memeriahkan suasana bila balik kampung... Moga Allah kekalkan kebahagiaan dan keakraban keluarga kita semua....

    shamsueri sekeluarga
    pahang

     
  5. Bestnya...kas jugak tak dapat joint.

     
  6. Jo Says:
  7. yela,insyaallah.. nanti ada ruang balik suma kita kena pakat2 g ke mana2 yg mnarik cam masa kat perlis hari tu..

    mmg xnymbut lagi tapi mek n ayah dh smbut scra xrsmi masa asiah smpai kat umah..hehe.. biasala, sbulan beza dari msa khwin, tak soba nk balik la..hehehe.

     
  8. Anonymous Says:
  9. seronok...

     
  10. Anonymous Says:
  11. Hai...seronoknya....org kat sana.thn ni nampaknya bnyk acara mandi-manda .semua air doh mandi.air panas,air sejuk,air masin.
    Kami disini tumpan seronok tengok keluarga semua bahagia.semuga allah beri kebahagian kpd kita semua dunia dan akirat.Amin.....

     
  12. azie Says:
  13. rugi x g

     
  14. Alhamdulillah seronok..

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN