Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

MAJLIS PERKAHWINAN HAFSAN & ASHIAH

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, March 16, 2010

Alhamdulillah pada 13/2/2010, Mohd Hafsan telah sah bergelar suami kepada Ashiah. Majlis Perkahwinan mereka berlangsung di Perlis Indra Kayangan. Kegembiraan dan keceriaan terpancar di wajah pasangan pengantin tersebut. Semoga dan didoakan agar Hafsan & Ashiah akan dapat hidup dengan bahagia dan akan dimurahkan rezeki. Di sini kas & iza mintak maaf sebab lewat meng'upload'kan cerita-cerita ini pada masa yang sepatutnya. Kelewatan ini amatlah dikesali. Semoga gambar-gambar yang diletakkan ini berjaya mengambarkan kemeriahan suasana majlis yang berlangsung.

Gambar di atas merupakan hantaran yang diberikan oleh Ashiah kepada Hafsan.





Malam 12/2/2010, semua ahli keluarga dan rombongan berkumpul di rumah Kak Ma di Pulau Pinang. Pada pagi 13/2/2010, ahli keluarga bertolak dari penang ke perlis dengan 9 buah kereta. Sampai di Perhentian Gurun, ahli rombongan berehat seketika untuk menikmati juadah makan pagi yang dibekalkan. Dek kerana sesat di bandar Perlis, maka rombongan sampai ke masjid yang dituju agak lewat dari masa sepatutnya.







Rombongan berhenti seketika di Masjid yang berhampiran dengan rumah ashiah untuk membuat persiapan bagi pengantin lelaki.






Setelah melalui liku-liku perjalanan, maka rombongan pengantin lelaki selamat sampai ke rumah pengantin perempuan.








Akhirnya akad nikah dilakukan di dalam rumah Ashiah yang dilihat, ditonton dan diperhatikan oleh ramai orang, Alhamdulillah dengan hanya satu lafaz, Hafsan telah menjadi suami kepada Ashiah dengan sahnya.






Selepas sesi akad nikah, maka berlangsung pula sesi penyerahan duit hantaran dan mas kahwin dan juga sesi menyarung cincin di tangan. Kesemua penonton gelak ketawa melihat gelagat hafsan yang segan silu untuk menyarungkan cincin perkahwinan ke tangan ashiah. Namun, dek sokongan dan dorongan yang diberikan oleh orang-orang ramai disekelilingnya, maka cincin tersebut berjaya menghiasi tangan ashiah.

Gambar dibawah merupakan menu-menu yang dihidangkan semasa kenduri kahwin Hafsan & Ashiah.



***************************************************************************





Selepas sesi bergambar dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, maka pengantin telah dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk. Hafsan kelihatan lalu menjamuh makanan yang dihidangkan. Mungkin kerana beliau terlalu lapar dan kepenatan atau mungkin juga kerana belia sedang diselubungi dengan kegembiraan dan keceriaan.

Berikut gambar-gambar suasana maljis perkahwinan Hafsan & Ashiah.








Majlis Perkahwinan Hafsan & Ashiah telah berlangsung dengan jayanya dan penuh kemeriahan. Semoga pasangan pengantin ini akan mendapat keberkatan Ilahi dan dikurniakan kebahagian selama-lamanya dan dimurahkan rezeki dengan dikurniakan cahaya mata dengan cepatnya.

Buat Hafsan & Ashiah, Selamat Pengantin Baru diucapkan. Selamat menempuhi alam berumahtangga.

Disediakan oleh:

Kas & Iza (18/3/2010)

1 Response to MAJLIS PERKAHWINAN HAFSAN & ASHIAH

  1. Anonymous Says:
  2. Alhamdulillah...
    akhirnya cite kenduri sam dah kluar...
    Klu dpt kluar citer kend terbaru best gak...
    pepn, tahniah dan banyakkanlah bersabar dalan urusan rumahtangga...

    Ikhlas
    Shamsuri/suhana/harith/fahmy/naufal
    ibnuhussin5

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN