A) GOTONG ROYONG KERAT DAGING LEMBU
Pada malam 2/7/09, Majlis Gotong Royong Kerat Daging Lembu di adakan di kampung. Ia adalah sempena Majlis Perkahwinan Anak Sidi Hamat dengan Anak Abe Jin. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan satu kampung. Jadi majlis perkahwinan menjadi meriah sebab rumah pengantin lelaki dengan perempuan dekat sahaja. Jalan kaki pun sampai. Gambar masa diaorg berkahwin/bersanding tak ada coz kas tak pergi masa majlis tu. Kas hanya pergi tolong kerat daging lembu dan juga pergi makan nasi.
B) KOLAM IKAN KELI DIBESARKAN
Akhirnya kolam mandi hari tu telah dimasukkan ikan keli. So, tak dapat la kas nak mandi manda lagi. Namun berita baiknya, apabila ayah telah membesarkan kolam yang sedia ada...dengan membuat satu lagi kolam yang lebih besar di sebelah kolam yang ada. Pendek kata...nanti kolam tu dah siap, gerenti kas boleh mandi lagi. :)
C) JENGUK-JENGUK HAIWAN PELIHARAAN
Masa balik kampung la waktu yang sesuai untuk jenguk-jenguk haiwan peliharaan Ibu dan Ayah. Ibu (mek) kas memelihara lembu yang akan dilepaskan di dalam kebun getah belakang rumah. Kebun tersebut dikelilingi oleh pagar-pagar agar lembu tersebut tidak keluar merosakkan tanaman orang. Hasil usaha ibu (mek), sekarang lembu yang dipelihara melebihi 12ekor. Manakala, ayah kas plak sekarang pelihara burung puyuh. Alhamdulillah puyuh tersebut telahpun mengeluarkan telurkan. Best jugak dapat makan telurnya.
D) DURIAN OH DURIAN
Bab makan durianlah yang paling best. Seronok betul bila sekarang dah musim buah-buahan. Kat kebun tu ada durian, rambutan, dokon, seto(maggis). Peluang yang ada ni, kas tak lepaskan...coz setiap pagi dan petang kas akan ke kebun utk makan buah durian. Dengan kemudahan danga dua tingkat yang dibuat memberi keselesaan untuk kas makan durian sepuas-puaskan. Sedap sehingga menjilat jari jemari.
Sekian.
Daripada: Mohd Kasturi
Bestnye...
pepn harap yg belum balik... baliklah merasai nikmat di musim buah-buahan...
shamsueri sekeluarga