25hb. Julai 2009, kami mengadakan majlis sambutan hari lahir Ainaa secara kecil-kecilan je. Tapi bila jiran-jiran pakat bagi kuih muih jadi meriah pulak. Dari 5kg mee jadi 13kg, ramai juga yang datang.
Majlis dihadiri anak-anak jiran dan kawan-kawan Ainaa. Kak Ma tumpang sekaki, dia ajak ustazah serta serta kawan-kawan ngaji dia.
Gambar semasa majlis tak dapat diambil sebab Abang Saipu kerja sehingga jam 5:30. Sampai rumah majlis dah habis ~6:30petang.
Terima kasih pada jiran-jiran yang menyumbangkan kuih-muih, buah-buahan dan penat lelah mereka menjayakan majlis tersebut.
Setinggi terima kasih juga kepada yang bagi sumbangan hadiah.
Inilah hadiah yang Ainaa perolehi. Buat Ainaa semoga panjang umur dan murah rezeki. Jangan lupa pada semua kawan-kawan yang datang. Ada ubi ada batas…..
post by Abang Saipu
sampai pun berita dari pulau pinang.. selamat hari lahir juga buat aina.. rasa-rasa cam sama je bulan dengna kaklong dia..:-)
moga lebih pandai & dapat masuk skolah asrama penuh....
Happy Birthday buat Aina. Semoga berjaya dalam hidup. Tahniah buat Abe Saipu coz first time upload cerita dari penang