Pada 9hb Septmeber 2009 (Rabu), Kas telah berbuka puasa di Johnnys Restaurant di Jusco Ayer Keroh. Sebenarnya bukan kas yang nak p berbuka di situ, tapi disebabkan kawan kas yang bernama Mohamad Syukri nak buat open table....maka kas pun setuju la untuk terima pelawaan dia. Orang nak belanja, rugi kalu tolak.betul tak?. Nak tau kenapa tetiba Syukri buat open table? Ceritanya begini... beliau baru sahaja beli kereta Honda City dengan plate nombor WSX 262. So nak meraikan kereta baru dia..maka dia buatlah open table untuk kawan-kawan baik dia (Mr.Z, Syahidan, Roy & Kas).
Lokasi tempat berbuka yang dipilih oleh Syukri ialah Johhny's Restaurant. Kas tak pernah makan di restauran ni..so this is first time la kas makan kat sini.
Best juga makanan kat Johnny's restaurant ni di tambah plak dengan air guava juice. Kos makan kat situ RM75 sahaja untuk 5 org makan. Oklah tu..tak de la mahal sangat.
Lepas makan, kas dan kengkawan p sembahyang maghrib kat Jusco. Then lepak jap kat depan Restaurant Nandos..sebab tu dalam pic tu ada gambar ayam nandos.
Oklah...sekian sahaja berita terkini dari Melaka. Actually...banyak cite yang kas nak kongsi-kongsi, macam2 cerita ada, cuma tak sempat je nak update berita terkini.. InsyaAllah nanti kas akan udapte aktiviti-aktiviti kas di melaka sepanjang berkursus di sini. Esok (11/9/2009) adalah hari terakhir.....dah nak abis dah kursus ni...selepas 3bulan berada di Melaka. Tak sabar2 nak balik kampung.
0 Responses to BERBUKA PUASA DI JOHNNY RESTAURANT