Mungkin sempat lagi ja ingin mengucapkan Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin buat semua family, kenalan dan pembaca blog keluarga. Untuk kali ini ja ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman kali pertama menyambut lebaran di perantauan. Lebaran kami di aceh disambut dengan penuh sederhana kerana baru sahaja menjejak kaki ke bumi aceh dan masih tidak kenal ramai lagi orang. Di kampung yang ja duduk Kampung Blang Kruien ini merupakan kampung yang teruk kena thunami yang menyebabkan ramai meniggal dunia dan ramai diantara kampung ini adalah bukan orang kampung asal, mengikut maklumat ja dapat ombak yang sampai di kampung itu setinggi 1.8 meter. kampung ini berada 3.35km dari kawasan laut dan thunami sampai pada jam 8.35 wib, 35 minit selepas gempa 8.9 s.r.(maklumat dari tugu peringatan thunami kampung) orang kampung yang selamat hanya yang lari naik ke rumah aceh (rumah papan tapi selamat walaupun tidak menggunakan paku, tatapi pembinaannya sama seperti rumah atas air yang hanya terhuyun hayang bila dirempuh ombak), dan berada di luar, hanya sedikit sahaja yang sempat lari termasuk kepada lorong/ketua kampung yang sempat membawa 2 orang anak kecil, remaja yang tinggal kurang dari 5 orang yang selamat kerana berada di luar negara. ombak yang berwarna hitam seakan ribut boleh menumbangkan pokok2 dan rumah simen. Tetapi thunami ini banyak memberi hikmah berguna. Pada hari raya kebanyakan blik beraya di kampung masing2. Untuk meringkaskan cerita ja disini, ja akan menceritakan dengan gambaran gambar sahaja...
Pada perancangan awalnya ja merancang untuk memakai pakaian aceh untuk menyambut raya tahun ini. tetapi ja dan beberapa lagi kawan-kawan yang menggunakan akaun bank BSN tetiba tidak boleh digunakan, benda ini berlaku 2 minggu sebelum raya. Ja terus tel perkhidmatan BSN dan BSN memberitahu dalam masa seminggu kad bank BSN tidak boleh digunakan kerana dalam proses naik taraf. Bila tunggu seminggu Kad Bank masih tidak berfunsi dan terpaksala kawan-kawan membantu dari segi kewangan duit. Bila ditanya beberapa pihak, mereka mengatakan kemungkinan besar Indonesia telah menyekat akauan BSN digunakan di aceh selepas isu Indo-Malaysia yang semakin tegan. Benda ini juga dirasai oleh pelajar2 malaysia di Jakarta, Medah, Padang dan berapa tempat lagi. sekarang ja ambil tindakan hantar balik kad bank BSN dan suh Jo buka My Bank untuk hntar kad bnk ke sini. Allahamdullah sekarng dah ok. pe2 pun banyak hikmah disebalik pe yang berlaku...

Sepanjang bulan Ramdhan :
ini kali pertama sejak berada di aceh kami merasakan daging lembu kerana daging di sini mahal dan tidak di jual makanan siap laut daging di kedai makan dan bazar ramadhan di sekitar darussalam (darussalam seakan daerah kecil)
Pihak penganjur menyediakan 2 hidangan untuk pelajar malaysia, makanan biasa dibungkus dengan rapi dan kebanyakan makanan akan dilapis dengan daun pisang termasuk nasi yang dikukus dengan daun pisang.
Berbuka Puasa dengan anak-anak Yatim,
Berbuka Puasa di Restoren Malaysia.

(gambar tak dapat disiarkan disini)
kerana ibu bapa kami tidak ada disini, jadi kami juga dijemput untuk berbuka puasa dengan anak yatim dan meraikan anak2 yatim. kebanyakan anak-anak yatim ini kehilangan ibunya sewaktu thunami yang dulu. majlis ini anjuran Kesatuan Mahasiswa-mahasiswa Islam Indonesia.
Berbuka Puasa di Restoren Malaysia.
(gmbr akan menyusul )
untuk mengurangkan sedikit sebanyak rindu kat makanan malaysia ja dan kawan-kawan berpakat pergi ke restoren berdekatan dan berbuka beramai-ramai, tuan kedai sebenarnya lahir di malaysia, ayah org malaysia dan ibu aceh, tapi keluarga dia tidak buat pasport hingga terpaksa dia balik jual di aceh selepas 10 tahun buka kedai makan di Malaysia di kawasan Kuala Lumpur. Harga juga hampir sama di Malaysia lingkunngan RM5-10. Semua masakan malaysia ada di situ.

Keluar Membeli untuk Sambut Raya
pada pagi itu ja dan kawan bangun seawal pagi untuk bersama-sama solat sunat hari raya bersama penduduk kampung. Takbir dan solat hari raya tidak banyak beza dengan Malaysia, khutbah disini pendek pada khutbah pertama dan panjang pada khutbah ke dua.
banyak pakaian raya dan kuih raya dijual di sekitar banda aceh. Kemeriahan suasana seakan malaysia dengan ramai keluar membeli barang keperluan raya. waktu ja hanya pergi teman dan jalan2 sahaja sambil melihat barang-barang yang sesuai dibeli untuk buat balik malaysia.
Pagi Raya, Pagi yang Indah dan Syahdu.Malam Raya
Pada malam raya asalnya tidak membuat apa-apa aktiviti, petang tu kami dapat berita ada orang sponser 10ekor ayam untuk pelajar Malaysia bakar dan makan pada malam itu. Ja dan kawan2 terus merancang untuk mengumpulkan semua pelajar malaysia di kawasan tu dan berkumpul di rumah sewa senior yang kini dikuasai pelajar jenior kerana suma pelajar senior balik kampung. Seramai 23 orang muslimin dari malaysia berkumpul dan meraikan majlis sama2.
ja dilantik untuk membuat air. manakala mihum pula terpaksa buat 3 kali masak kerana tidak ada kuali besar. kami melantik 3 orang tukang masak yang pakar untuk menyiapkan mihum. kerana tukang masak pun 3 orang maka mihum pun jadi 3 jenis rasa yang boleh dipilih dan semuanya sedap.
tidak ketinggalan juga takbir raya dan beberapa ragu raya yang terpilih bergema di rumah anak-anak malaysia. Dj yang dilantik akan sentiasa mengawal dendangan lagu yang dipasang supaya tidak terlalu sedih tetapi semua lagu raya ceria pun jadi sedih..
beginilah muka-muka dan suasana kemerian pada malam hari raya. walaupun majlis ini kecilan akan tetapi sangat bermakna dan boleh juga mengubat sedikit sebanyak kesunyian malam raya. majlis ini makin ceria bila kehadiran tetamu jemputan dari imam dan kepala lorong/ketua kampung yang kami aggap sebagai ayah di situ kerana begitu mengambil berat terhadap pelajar-pelajar Malaysia
pada pagi itu ja dan kawan bangun seawal pagi untuk bersama-sama solat sunat hari raya bersama penduduk kampung. Takbir dan solat hari raya tidak banyak beza dengan Malaysia, khutbah disini pendek pada khutbah pertama dan panjang pada khutbah ke dua.
suasana pg raya di aceh hampir sama dengan malysia. ja dan kawan2 turun bersama-sama menunaikan solat sunat hari raya di masjid berdekatan
sempat melawat beberapa rumah orang kampung yang menjemput pelajar-pelajar Malaysia termasuk jiran tetangga, rumah dosen(pensyarah), kepala lorong, imam dan beberapa lagi penduduk kampung.
begitulah kemeriahan pelajar2 Malaysia menyambut hari raya. pagi tu kami buat seperti rumah terbuka. Pada awalnya hanya pelajar malaysia sahaja yang datang, akhir2 ramai penduduk kampung terdekat datang merasai makanan malysia kerana keenakannya. pagi tu Muslimat Malaysia yang masak, lelaki hanya kumpul duit sahaja. banyak makanan pagi tu seperti nasi Minyak, Nasi Impit, Rendang, beberapa jenis agar2 dan banyak lagi kuih2 yang tak dapat dikenal pasti..he3...

untuk akhirnya, dalam kesempatan ini ja ingin memohon maaf atas kesilapan yang ja buat selama ini dan ja juga memaafkan semua. Semua cabaran dan liku-liku kehidupan Insyallah ada hikmah yang Allah ingin bagi kepada hambanya..wassalam...
jangan lupa masukkan berita sambutan hari raya kampung, mungkin lebih meriah dengan kehadiran 2 orang baru...
jangan lupa masukkan berita sambutan hari raya kampung, mungkin lebih meriah dengan kehadiran 2 orang baru...
0 Responses to LEBARAN DI PERANTAUAN