Assalamualaikumwarahmatullah......
Apa kabar semua, sambil-sambil tunggu se menyambungkan cerita dan sambil ja menyiapkan kalendar keluarga 201o ni, ja nak menyelit la sikit. kali ini ja ada beberapa pengalaman dan cerita yang nak dikonsi bersama.
Sebelum pergi lebih jauh elok juga ja nak perkenalkan motor yang baru ja berkongsi dengan kawan beli untuk ulang alik ke kuliah dan pengankutan ke mana-mana. Motor ja paling murah sekali dari kawan-kawan yang beli sebab ja agak-agak sempat la setahun setengah motor tu bergerak...hehehe... pada asalnya nak cari basikal je, tetapi kampus asal akan dipindahkan ke tempat jauh. kalu naik bas dalam masa dua tiga bulan sama mahal dengan motor, maka semua sepakat cari motor sebuah kongsi dua orang. harga lingkungan Rp1juta setengah hingga 2juta setengah, motor yagn ja beli honda 70 berharga Rp 1350000 (lingkungan RM500)..
jen-jen ni la motor ja..walaupun nampak lama tapi tidak banyak rosak berbanding motor yang lain, hebatnya motor ni kalu tak de signal, lampu, atau pe2 yang tak halang dia boleh bergerak tak de masalah dan polis tak akan saman, yang penting pakai topi..kat sini motor lama terlepas dari undang-undang kat motor.. kena ada topi pun dah lepas...tu la kelebihan yang motor lain tak dapat...hehehe
Wakil Pelajar Malaysia ke Pertandingan Nasyid dan Pertandingan Memasak Peringkat Aceh Besar
Wakil dari kumpunlan pelajar Malaysia ke pertandingan nasyid, pada asalnya kumpulan ini dapat menempah ke tempat terakhir, akan tetapi kesalahfahaman tentang syarat menggunakan musik menyebabkan dua kumpulan nasyid yang bertanding terkeluar ke peringkat akhir selepas mendapat protes dari kumpulan yang menggunakan alat tradisional. apa-apa pun kami tidak sedih dan terima serta gembira dapat mengambil bahagian dan memperkenalkan kumpulan nasyid dari malaysia. Sejak itu kumpulan ini dikenali dan mendapat dua jemputan persembahan di sekitar Aceh.
di samping pertandingan Nasyid, Dari pelajar Malaysia juga menghantar beberapa Chef dari Muslimat yang mahir menjadi satu kumpulan. Pertandingan ini juga disertai dari Chef dari Aceh, sekitar Indonesia dan Thailand yang belajar di situ. Kehebatan Chef2 dari Malaysia teserlah setelah mendapat JOHAN dengan mengalahkan team2 memasak lain serta mengejutkan kumpulan-kumpulan lain. Dapat la juga mengubat kesedihan pertandingan nasyid....
Wakil Team Bola Pelajar Malaysia sempena Hari Terbukan Fakultas Tarbiah IAIN Aceh,
Pasukan Bola Pelajar Malaysia..walaupun tidak cukup latihan dan pesedia yagn cukup pasukan ini telah memenangi peringkat pertama melawan kumpulan dari Fakultas Adab. akan tetapi pada pusingan seterusnya kalah teruk dengan kumpulan daripada Pensyarah bergabung dengan staf, mungkin segan atau memang team Pensyarah hebat. Tapi bila dapat berita Team Pensyarah la team yang paling digerumi oleh pemain-pemian bola dan dikenali kumpulan yang elit.. pepe pun tahun depan kumplan ini akan usaha dengan lebih lagi....
Kumpulan Nasyid Malaysia Mendapat Dua Jemputan Selepas Pertandingan Nasyid
Persembahan Nasyid di Sebuah Hotel kawasan Banda Aceh dalam Majlis Kursus Perubatan Islam dan Bekam dua Minggu selepas pertandingan.
Bermula dengan pertandingan nasyid dan yang baru dikenali, kini kumpulan nasyid Malaysia yang dikenali sebagai kumpulan IN SOFT terus menerima jemputan dan mengorak langkah ke Konsert dan Festiva Nasyid Peringkat Aceh bersama kumpulan-kumpulan popular di Aceh dan Indonesia seperti kumpulan SKALA, dan lain-lain serta sempat berduet sebagai persembahan penutup.
Lawatan daripada Malaysia :
Lawatan Dari PERKIM Perak, mereka datang sebuah bas dan melawat kawasan Aceh serta sempat mengambil masa berjumpa dengan Pelajar-pelajar Malaysia di Aceh
Manakala ni pulak lawatan Wakil Sekolah-sekolah agama yang membuat MOU dengan IAIN Ar-Raniry Aceh untuk penyambungan pelajar-pelajar ke sana, rombongan ini diketuai oleh Pengetua Maahad Pulau Melaka, Nik Omar bin Nik Abdul Aziz (Anak Tok Guru) dan beberapa sekolah sekitar Terengganu dan Perak.
Kunjungan Ziarah oleh Bendahari Ulama' Pas Pusat ke salah satu rumah Pelajar-pelajar Malaysia.
Ni la suasana Malam Pertandingan Bola Akhir Kelantan lawan N9. Menempah satu petak medan selera yang duduk di tengah-tengah banyak medan selera. Ramai dari pelajar-pelajar Malaysia turun bila dapat tahu ada kedai makan yang dapat tengok siaran Malaysia selepas di servy.
Habis....setakat tu seje yang dapat dikonsikan ..insyallah minggu depan berjumpa lagi.....
wassalam...
Disediakan Oleh :
(Aceh)
from Ja:
ada beberapa kesilapan ejaan dan tatabahasa minta maaf banyak-banyak sebab malam ni dua kali pindah cc sebab tak de elektrik..mujur ada beberapa cc 24 jam yang guna enjin. kat sini dah biasa elektrik putus...