Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Sedikit Perkongsian San Sepanjang Di Kampung Halaman

Disediakan Oleh: Mohamad Hafsan Bin Hussin Monday, December 21, 2009
Selepas begitu lama di UTM, san pulang ke kampung dengan penuh gembira. Cuti yang ada lebih kurang sebulan terasa sangat tak mengcukupi. Namun begitu, peluang cuti yang diberikan digunakan dan dimanafaatkan sebaik mungkin. Di kampung adalah masa untuk san khidmat kepada ayahanda dan bonda sepenuh jiwa dan raga. Semoga cuti kali ni, adalah cuti yg terbaik san gunakan bersama keluarga dikampung. Kepulangan san disambut gembira oleh mek, ayah, adk-beradik dan anak2 sedara. Kepulangan san ke UTM di sambut dgn suasana yg agak sedih khususnya Ayah, mek dan anak2 sedara. Termasuklah pekerja ayah (pok su) yg turut sedih dihari san nak balik UTM. Kebetulan san balik di hari tender getah. Bila san bagitahu dia(pok su) yg san akan balik malam ini, ptg tu dia basuh motor memunggah. Sedangkan masih byk lg getah yg tak dianggkut. Bila ditanya kenapa dah basuh, dia mjwb "motor ni tlalu kotor" Slps san berlalu, san lihat dari jauh, dia termenung. Menunjukkan dia juga bersedih. San igat, cuti yg singkat banyak perkara yang san buat bersamanya. Termasuklah membaiki, masuk kebun, menebang dll. San dah perturunkan segala ilmu dan skill penyelenggaraan Land Rover padanya. Pd pemerhatian&pengujian san, dia pemandu yg cermat dan baik setakat ni utk memandu Land Rover ayah.


Kerja-kerja Membaiki Land Rover Ayah

Bila balik, San mencuba dan menguji Land Rover ayah. Menurut ayah, Land Rover ini baru dibaiki. Namum begitu, bila San periksa ternyata masih ada banyak masalah padanya. Menurut ayah, tak da san, pok mat pun buat cin ca cin ca je baiki. San tak kata apa, kerana pok mat adalah guru san dalam ilmu makenik. Selama 2 tahun san belajar dengannya secara seriously. Daripada 2 Land Rover dah jadi satu. Kerana yg satu lg san bedah di segenap sudut. Kerana itu tayar spare ada 9 biji. Masa tu tidur dlm lumpur, main minyak hitam,gris dll. Tamat tingkatan 6, maka dapatlah ijazah tak langsung dari pok mat pomen. Abe Li Kioh, guru san dalam ilmu megendalikan mesin menebang. Bagaimana nak menebang pokok besar2 pd kaedaan selamat, bagaimana nak membelah kayu, cara mengasah mata mesin dll. Beberapa lg org kg yang san belajar kepakaran mereka dalam perkara2 yg perlu pada pengalaman yang tinggi.

Seminggu selepas san berada kat rumah, san memberitahu ayah bahawa san akan baiki keseluruhan Land Rover ayah sekadar termampu. Dengar kata2 san, ayah sangat gembira. Walaupun ayah baru habis seribu lebih membaiki land rover. Ayah cakap, abang san buka dan tengok apa2 barang yang rosak, ayah bagi duit untuk beli barang yang rosak. Pemeriksaan awal, san bercadang akan tukar keempat-empat bearing tayar kerana semuanya dah haus. Maka kerja2 bermula. Alhamdulillah, kerja san banyak dibantu/ ditemani oleh pok su (belakang rumah). Bagusnya dia, selagi san tak berhenti, dia takkan berhenti. Walaupun sampai 1 pagi.

San dan pok su bertungkus lumus untuk siapkan land rover. Waktu tu, ayah beli byk anak getah yg perlu ditanam dengan segera. Kedua, kejar siap sebelum hari tender. dan pelbagai kegunaan lain. Bila san buat tayar bahagian depan, pok su buat bahagian tayar belakang. Ada bahagian yg perlu kami buat bersama2. Seronok pula membaiki bila ada kawan yang satu kepala bab membaiki. Memang kami buat yang terbaik. Segala kotoran, karat dll dibersihkan dengan minyak dan dibilas dengan air sabun. Bayangkan dari pagi hingga awal pagi kami bekerja. Sampai ayah geleng kepala.

Skru2 yang longgar ditukar, besi yang patah di weldingkan. Dah jadi macam bengkel depan rumah. Semua san periksa kecuali bahagian engine berat ke speed gear. Lain-lain seperti kapeling, gear box, brake dll semuanya diperiksa. Kerana masa mengejar, kerja perlu disiapkan dengan cepat.
Akhirnya, selama 2 hari lebih tayar bahagian kiri siap dibaiki dan dipasang. Setelah bearing ditukar dan leaning brake ditukar baru. Maka kerja2 membuka tayar sebelah kanan pula giat dijalankan.

Wujudnya pengkhususan dalam kerja2 membaiki. Untuk mempercepatkan lagi kerja2 ini. San buat yang depan, dan pok su buat yang belakang. Mudah sangat, dia tahu apa yang perlu buat dan san tahu apa yang perlu buat. Maka kami masing2 buat. Untuk kerja2 berat, kami buat sama2.

kerja2 memotong dan meyambung/welding giat dilakukan. Untuk memudahkan kerja2 kami, ayah telah membeli cukup lengkap alat seperti welding, air compressor(pam angin), canar/pemotong besi dan pelbagai lagi. Ia melancarkan kerja2 kami.
Ni antara kerja akhir iaitu memasang tayar belakang sebelah kanan. Ketika ni kami dah rasa letih sangat. Ni dah hampir seminggu kerja2 baik pulih dijalankan. Dah beberapa hari bertungkus lumus dari pagi hingga ke malam disambung selepas waktu rehat.
Kerja2 akhir dibuat, ketatkan tayar. Periksa sistem brake dan lain-lain. Hati tak sabar nak diuji tahap prestasi Land Rover ayah setelah kami membaiki. Pada petang ni siap sblm asar. Selepas solat asar kami mula nak uji. Tahu dimana kami uji?? Bersambung ke tajuk seterusnya...

Megembara Sambil Menguji Land Rover

Pada petang itu juga, san mengajak pok su dan abe nik ke Sokor tempat pegumpulan kayu balak. Maka bermulalah perjalanan. Jauh juga, 1 jam lebih melalui jalan berbukit-bukau baru sampai.
Sampai kat sungai, sempatlah kami basuh..


Kerja-kerja Pengujian Cable Gear (Gear Win)

Bila semua dah ok, San baiki gear win. Sebelum ni san dapat tahu bahawa gear win tak dapat digunakan. Nasib baik san balik awal, mulanya pok su nak welding tempat yg dikatakan penyebab gear win tu tak jadi. Ayah dah setuju kerana pok su tahu. Bila san tahu, san tegur pok su. San kata, "nak welding kat situ?, ni tak cerdik namanya. Mana boleh welding kat sendi, ia diikat dengan skru. Nak buka esok2 nanti macam mana?. Keputusan mewelding dibatalkan dan ayah sebulat suara setuju dgn san. Alhamdulillah slps menukar skru dan servis sendiri. San mengajak pok su untuk test gear win ni. Satu kawasan bukit dipilih..

Alhamdulillah, selepas diuji di kawasan yang agak extrem. Gear win menjadi. Ia mampu menarik berat Land Rover.
Untuk memastikan gear win lebih tahan. San mengajar tip2 peyelenggaraan dan penggunaan gear win pada pok su. Kesilapan yang kecik boleh menyebabkan kerosakkan yg teruk pada enjin.

Selepas berpuas hati, kami pun balik.
Sebelum san balik ke Johor, san sempat megecat beberapa bahagian Land Rover. Ia nampak lebih baru. Alhamdulillah, ayah sangat berpuas hati sepanjang san kat kampung. Sehingga ayah berkata "kenapa cepat sangat nak balik".



Daripada:-

2 Responses to Sedikit Perkongsian San Sepanjang Di Kampung Halaman

  1. perr..hebat2 san..banyak kemahiran dan banyak ilmu. Semoga San terus berjaya.

     
  2. InsyaAllah, Allah akan bagi kepada siapa yg nak. Sesuatu yg mustahil bagi makhluk adalah tak mustahil bagi Allah. Sesiapa yg menggantung harap pd Allah, Allah akan lunakkan besi baginya. Kuncinya usaha, doa dan tawakkal setiap masa.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN