Bazar Ramadhan 1430h - Medan Mencari Rezeki Bila Kantin Cuti

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, September 1, 2009
RAMADHAN 1430H MEDAN UNTUK BELAJAR MEMASAK & BERNIAGA

Alhamdulillah, Ramadhan 1430h tiba dengan penantian yang ditunggu2. Sebagai persiapan yang rapi, puasa sunnat Rajab telah dikerjakan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Oleh kerana kantin Sekolah Kebangsaan (RKTP) Kg Awah, tempat shamsuri menjalankan perniagaan cuti sebulan di Bulan Ramadhan, maka shamsuri membuat keputusan untuk berniaga di Bazar Ramadhan Simpang Kg Awah, Chenor, Pahang.
Sewa gerai tak mahal iaitu RM 125/sebulan, maka bermulalah perniagaan ini...
Berniaga di bazar Ramadhan ini taklah memeberi keuntungan yang berganda2 macam diwar2kan dalam media masa. Pelbagai rintangan dan ujian yang perlu dihadapi seperti cuaca buruk (hujan & ribut), makanan tak habis dan sebagainya.

Walau apapun berlaku, ia adalah salah satu lumrah dalam bidang perniagaan terutamanya perniagaan yang berasaskan makanan. Oleh itu, operasi memasak hanya dilakukan oleh shamsuri dan dibantu oleh Isteri kesayangannya Suhana.
(Sebenarnya Suhanalah tukang masak utama, shamsuri pembantu je...)
Masa nilah untuk mencuba beberapa resepi yang dianggap sesuai dengan selera setempat. Dianggarkan 10-15 jenis lauk pauk yang dimasak untuk dijual di Bazar Ramadhan. Hari2 masak, sampai kekadang buka puasa dengan air dan kuih je. Bersahur je kalau nak makan nasi. (gayanya berat badan akan berkurangan nanti)

Untuk menjaga gerai, shamsuri terpaksa mengajikan seorang pekerja. Al-maklumlah, disebelah petangnya terpaksa ke sana sini dalam urusan yang tak rasmi. Walau bagaimanapun, skali sekala turun padang juga bagi melihat sendiri prestasi jualan dan sambutan di Bazar Ramadhan.

Asasnya shamsuri tak de apa pengalaman memasak, kecuali mahir dalam memasak meggi sahaja. Tapi, alhamdulillah dengan pengalaman yang sedikit melihat dan membantu di kantin, maka bolehlah masak 10-20 jenis masakan. Tupun tak tahulah lulus atau tak kalau diuji oleh Mek dan Kak Ma.

Pepn, targetnye, nak mahir dan pakar dalam ilmu memasak dan berniaga. Bak kata sesetengah orang 'chef' & Businessman.

Selamat Berpuasa Semua

Ikhlas:
Shamsueri Sekeluarga

3 Responses to Bazar Ramadhan 1430h - Medan Mencari Rezeki Bila Kantin Cuti

  1. Alhamdulillah....semoga abang akan berjaya dalam bidang yang diceburi. Teringin gak nak p beli juadah berbuka pose di gerai abe.

     
  2. trima kasih byk2. kas dah byk tlg abg. moga Allah rahmati kas dan kita sekeluarga.

     
  3. faizul Says:
  4. napok gayo meme sampai masa boleh buka restoran sendiri.. tengok kat lauk pauk tu gak, memang menarik la..hehehe.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN