Alhamdulillah, 08-06-09 (Isnin) pukul 9.15pg, kami sekeluarga menaiki 9 buah kereta menuju ke Jerangau, Terengganu. Disebabkan ada dikalangan rombongan yang tidak pernah sampai ke Jerangau, maka segelintir telah tersesat jalan.
Kami telah sampai ke rumah pengantin lelaki pada pukul 12.30tgh. Semasa dalam perjalanan, kami telah terjumpa dengan seekor anak burung yang sangat jinak. Kesian melihat burung tersebut keseorangan, maka kami mebawa burung itu bersama-sama ke rumah pengantin lelaki bagi memeriahkan lagi perarakan tersebut.Semasa dalam perjalanan pulang dari rumah Abg Nik, kami menuju ke Pantai Teluk Bidara. Oleh kerana tempatnya yang kurang menarik dan tidak ada gerai yang menjual makanan dan minuman, maka kami menuju ke Pantai Batu Buruk.
Dalam perjalanan ke Pantai Batu Buruk, kami membeli pakaian mandi di kedai bundle kerana niat kami untuk mandi di Pantai Batu Buruk. Sampai disana, terdapat papan tanda yang mengatakan bahawa dilarang mandi. So, sedih jugak la coz baju telah dibeli.
Kemudian, kami menjamu selera di tepi Pantai dengan makanan yang dibeli oleh mek. Alhamdulillah dapat alas perut sebelum bertolak ke Masjid Kristal Kuala Terengganu.
Kami solat Maghrib kat masjid Kristal sambil menghirup udara segar.
Selepas selesai semuanya, kami singgah makan di Kg.Permaisuri untuk makan malam.
Alhamdulillah kul 12.45mlm kitaorang selamat sampai umah.
Abissss.....
gambar tgh makan tu edit sikit, nampak berterabey je background tu. hehe