Pa bila ku berada dikejauhan, ada kalanya kerasa kesepian.. Asyik terkenang, kampung halaman dan juga teman-teman seperjuangan. Kadang-kadang ku kesepian.. Mujur ada teman seperjuangan, menyatakan kita harus teruskan perjuangan ini demi mencari keredaan Ilahi. Masa muda dilalaui hanya sekali, pergunakan agar kau tak kesali diesok hari. Ketenangan ada di sini, tak jumpa kerana kau tak mencari, kebahagiaan tersirat di hati, tak rasa kerana kau tak menghayati..
Alhamdulillah, bulan ogos 2008 kali kedua ayahanda, bonda dan keluarga datang ke bumi UTM. Kehadiran kali ni untuk meraikan kejayaanku menerima segulung ijazah. Kejayaanku kebanggaan buat mereka. Alhamdulillah..
Kini...Perjuanganku diteruskan... Subhanallah amat mencabar rasanya..
Suasana perjuanganku sudah mula berubah, kawan-kawanku sudah mula berubah tahap pengajianku sudah berubah, cabaranku dah mula berubah... Dengan Azam baru ku kuatkan semangat perjuangan.. Setahun dah berlalu, InsyaAllah kupastikan ayahanda bonda dan keluarga datang ke bumi UTM buat kali ketiga untuk merai kejayaanku dan harapan mereka.. InsyaAllah..
Akan datang, ku bertekat untuk teruskan perjuangan ini.. Hati ini memilih University of Ottawa di Canada untuk PHD nanti.. InsyaAllah..
Doa darimu amat ku perlukan agar diberi kekuatan ini, masa ini ku perlu bantuan mu adik-beradik, bantuan dan pertolongan mu dari dulu hingga akan datang tak kan ku lupai.. Sama-sama kita jadi mak ayah gembira dengan kita.. InsyaAllah.. Bulan 8 ni, konvokesyen Faizal dan Faizul, sekali lagi ayahanda dan bonda bangga dengan anak bongsunya ini.. Alhamdulillah..
Selamat bercuti sempena Walimah Kak Sarimah
Daripada,
MohamadHafsanHussin-Johor
Tahniah.... 3x
Semoga keluarga kita menjadi model kepada sanak saudara...
serta,
sam menjadi super model kepada ahli keluarga dan saudara mara....
goga kejayaan yang dikecapi mendapat rahmat dan keredhaan Allah.
ikhlas,
shamsuri
Tahniah buat San.
Semoga San akan terus berjaya dalam akademik dan apa jua bidang yang diceburi.
Abe di sini sentiasa doakan kejayaan san agar dengan kejayaan tersebut, mek & ayah di kampung akan merasa bangga dan happy kerana memiliki anak seperti san.
Teruskan usaha.