13/06/2009, seperti yang dijadualkan, Ayah akan menjalani pembedahan mata pada hari ini di Hospital Perdana Kota Bharu. setelah beberapa perkara dibuat oleh pihak Hospital, Ayah diminta untuk menangguhkan pembedahan atas sebab masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Laporan adalah seperti berikut:
8.30 pagi : Ayah bertolak dari Kampung dengan dua buah kereta dan turut disertai bersama Mek, Dah, Mok Nah, Ja & Joe.
9.30 pagi : Tiba di Hospital pakar perdana dan membuat pendaftaran di tingkat bawah Hospital.
10.00 : Ayah dibawa ke wad yang disediakan untuk berehat sebelum pemeriksaan kesihatan dibuat.
10.15 pagi : Jururawat telah cek darah, berat badan dan memberi ubat pada pada setiap 5 minit ketika menanti dipanggil. Ayah juga diberikan baju uniform untuk dipakai. tetapi didapati tekanan darah ayah tinggi dan diberikan rehat untuk beberapa ketika.
11.30 pagi : pemeriksaan jantung telah dibuat bagi memastikan jantung ayah stabil sebelum pembedahan bermula. keputusan daripada pemeriksaan itu didapati jantung ayah dalam keadaan stabil.
11.40 pagi : sekali lagi darah ayah di periksa. keputusannya darah ayah semakin tinggi yang mungkin memberi masalah kepada pembedahan yang akan dilakukan. perkara ini telah dirujuk kepada bahagian perubatan dan Doktor yang akan melaksanakan pembedahan berbincang dengan bahagian perubatan.
12.30 tgh hri : keputusan telah dibuat, Doktor mengesahkan supaya pembedahan itu ditunda kerana masalah tekanan darah ayah tidak stabil. perbincangan dengan pihak doktor telah memberikan beberapa keputusan penting. ikuti perkembangan dari masa ke semasa.
Perkembangan terakhir, pada esok hari (Ahad) ayah akan membuat pemeriksaan sekali lagi dan dijangka akan melaksakan pembedahan pada 21 Jun (Ahad)
TERKINI:
Ahad : 2.45 Petang : sekali lagi ayah dihantar Ke Hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Di peringkat awal pertemuan dengan Doktor Pakar tersebut, sekiranya tidak ada apa-apa masalah ayah boleh menjalani pembedahan pada hari selasa. Selepas pemeriksaan darah dibuat, didapati darah ayah naik semakin tinggi daripada semalam dan doktor memaklumkan darah ayah tidak mampu pulih sehingga hari selasa untuk pembedahan.
Selepas beberapa perbincangan di buat, Doktor boleh menangguhkan tarikh pembedahan pada hari Ahad (21 Jun), disebabkan masalah darah ayah masih tidak stabil ayah telah diberikan ubat dan perlu memasuki Wad 2 hari sebelum pembedahn supaya ayah dapat dipantau lebih awal. pada 19 JUN, ayah akan dimasukkan ke Wad Hospital Raja Zainab Perempuan II. Semoga penempatan ayah ke wad nanti dapat memastikan pembedahan mata ayah tidak tertangguh lagi... wasalam
Disediakan oleh:
Ja&Jo
Didoakan agar ayah akan selamat membuat pembedahan dan kesihatan ayah kembali baik.
SHAMSURI SEKELUARGA...
kami sekeluarga doakan agar ayah akan selamat dan sihat seperti biasa. semoaha Allah merahmati keluarga kita...