Tags:

DEMI MASA

KOLEKSI CERITA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

MINGGU KE-2 KURSUS INDUKSI DI AKMAL MELAKA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, June 20, 2009


Berakhirlah minggu ke-2 kursus induksi di AKMAL Melaka. Dalam tempoh seminggu (14 - 20 Jun 2009) pelbagai kenangan yang dapat dicoretkan dan pelbagai ilmu yang diperolehi. Sekarang hanya tinggal seminggu lagi untuk menghabiskan kursus Induksi ini. Sekarang kas nak melaporkan aktiviti-aktiviti yang dibuat dalam minggu ke dua ini.

A) MEMBUAT TUGASAN KUMPULAN/INDIVIDU
Kursus Induski ini memerlukan peserta membuat tugasan individu sebanyak 2 dan tugasan kumpulan 3. Jadi perbincangan tugasan kumpulan dibuat di Perpustakaan sebagaimana yang dapat di lihat di dalam gambar di bawah.


B) MAJLIS TAHLIL & BACAAN YASIN
Setiap malam jumaat, peserta kursus dikehendaki melibatkan diri dalam Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin yang dibuat di surau AKMAL. Oleh yang demikian, peserta lelaki dikehendaki memakai set baju melayu yang lengkap sampin. Gambar-gambar boleh dilihat di bawah.



C) SENAMROBIK
Senamrobik pernah dibuat pada waktu pagi dan petang di Stadium AKMAL. Macam menari plak bila bersenamrobik ni..maklumlah macam-macam gaya yang dialunkan dengan muzik. Tapi berpeluh jugak rupanya bersenamrobik ni. Nak tengok clips video senamrobik...tengok kat bawah sekali...macam-macam aksi.


D) SENAMAN PAGI
Selain senamrobik, senaman pagi pun dibuat juga.. antaranya joging satu pusingan AKMAL. Kemudian aktiviti mendaki bukit. Memenatkan tapi menyihatkan.


E) AKTIVITI SUKAN
Pada sebelah petangnya, aktiviti riadah dilakukan. Macam-macam aktiviti yang boleh di main bagi mengisi masa riadah yang telah ditetapkan di dalam jadual. Antara aktiviti riadah yang boleh dimain di AKMAL ialan bola tampar, futsal, bola sepak, gim dan berenang. Dalam bab ni, kas hanya bermain futsal sampai sakit kaki. Sekarang pun masih terasa sakit di bahagian betis. Mungkin sebab tak pandai main..so jadilah sakit kaki. InsyaAllah dalam minggu ketiga nanti kas nak p berenang pulak..macam best je berenang kat kolam tu.

Sekian sahaja laporan minggu kedua dari kas di AKMAL Melaka.

Disediakan oleh: Mohd Kasturi

0 Responses to MINGGU KE-2 KURSUS INDUKSI DI AKMAL MELAKA

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN