KEMBARA KE GUNUNG ANGSI N9

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, August 10, 2009
(Untuk melihat gambar yang besar, sila klik pada gambar)
Pada pukul 3.00ptg 7hb Ogos 2009 (jumaat), maka kas dan semua peserta kursus PPIP Siri 1/2009 bertolak ke tempat perkhemahan iaitu di Gunung Angsi Negeri Sembilan. Program Kembara ini bermula 7 - 9hb Ogos 2009 yang menyajikan pelbagai aktiviti-aktiviti yang mecabar minda, tenaga dan kekuantan.

Kesemua peserta kursus pergi ke tempat perkhemahan tersebut dengan menaiki 3biji bas Akademik Kastam Diraja Malaysia. Masing-masing membawa beg dan peralatan yang telah disediakan mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan. Oleh kerana kat Melaka ni hampir tiap2 hari hujan, maka kas dan kawan-kawan yang lain telah membawa baju dengan banyaknya agar dapat digunakan sekiranya hujan turun sewaktu perkhemah nanti.

Alhamduillah semua selamat sampai di tapak perkhemahan pada pukul 5ptg. Setiap kumpulan diberikah khemah untuk didirikan. Setiap khemah untuk 5org peserta. Selepas khemah siap dipasang, maka aktiviti membuat dapur pula dilakukan mengikut kumpulan masing-masing. Maklumlah setiap kumpulan (terdiri dari 14 kumpulan) kena masak sendiri untuk makanan ahli kumpulan. Urusetia telah menyediakan bahan-bahan dan roti untuk dijadikan juadah makanan sepanjang berkhemah.
Selepas solat magrib & isyak, aktiviti persembahan dilakukan. Setiap kumpulan diwajibkan membuat persembahan pada malam tersebut. Tajuk persembahan baru diperolehi sehari sebelum program kembara ini. So tak sempat nak buat preparation dan tak sempat nak fikir idea-idea yang kreatif. Bagi persembahan tersebut, kumpulan kas telah membuat persembahan dikir barat serangkap, then nyanyian serta sajak. Kira persembahan yang dibuat oleh kumpulan kas dikira oklah...walaupun tiada persediaan. Tapi kumpulan lain ada yang dapat buat gempak sampai tergelak-gelak dengan lakonan dan persembahan yang dibuat.Keesokan paginya (8hb Ogos 2009 - Sabtu), maka aktiviti mendaki gunung angsi bermula. Perjalanan yang berliku dan penuh dugaan dan cabaran. Macam-macam laluan dan ujian harus dilalui. Sebelum bertolak tu, kumpulan kas telah menyediakan sandwich, biskut-biskut dan air untuk dibawa semasa mendaki gunung. So kas ditugaskan untuk mengalas barang2 tersebut di dalam beg askar. Ketika mendaki tu, kumpulan kas terpaksa berhenti dan berehat banyak kali kerana kepenatan. Air diminum sebanyak mungkin bagi mengembalikan tenaga. Ada laluan yang senang dan ada laluan yang sukar yang perlu menggunakan tali untuk didaki. Akhirnya selepas 4jam mendaki....maka kumpulan kas berjaya sampai ke puncak gungung angsi. Memenatkan dan memberi satu kenangan yang amat bermakna.Setelah berehat lebih kurang setengah jam di atas gunung angsi dan selepas bergambar, maka kumpulan kas mula turun ke tempat perkhemahan. Masa yang diambil untuk sampai ke bawah adalah 4jam juga.. Ingat ke dapat la sampai awal dan cepat ke bawah, rupanya lambat juga sampai sebab salah seorang ahli kumpulan kas tak dapat bertahan lama dan terpaksalah kumpulan kas banyak berhenti dan berehat. Memenatkan sehingga terasa sakit di kaki kerana menggunakan kekuantan kaki untuk turun. Kas sampai ke tempat perkhemahan dalam kul 5petang. Selepas berehat setengah jam di bawah, kas pun pergi mandi di dalam sungai yang berhampiran dengan khemah. Sejuknya air sungai tersebut, sejuk tak terkata......oleh kerana terlalu sejuk, maka kas dapat mandi sekejap sahaja.
Selepas solat magrib & isyak..maka kas dan kumpalan kas makan malam. Alhamduillah mengeyangkan dengan makanan yang ada yang telah disediakan oleh peserta wanita di dalam kumpulan kas. Malam tersebut, kas dapat tidur dengan nyenyaknya, sedar2 dah pukul 6.30pagi. Sepatutnya kas kena bangun kul 5 pagi sebab nak kena jadi security dari kul 5-6pagi..tapi dah sedar lewat, maka tak dapat la tunaikan tugas tersebut.

Pagi 9hb Ogos 2009(Ahad), 3jenis permainan telah dikelola oleh urusetia untuk para peserta kursus. Game pertama: Belajar dari kesilapan dengan menyusun abjad dari kecil ke besar. Game Kedua: Cari peralatan mengikut turutan dengan mata tertutup. Game ketiga: Memberi arahan. Game yang disediakan tersebut memang menyeronokkan dan menghiburkan serta berobjetif sebab ada pengajaran dan pendoman.

Selepas game selesai, sesi kemas barang dan peralatan dilakukan. Dalam kul 1.o0tgh, baru kas dan semua peserta bertolak balik ke AKMAL Melaka. Badan terasa kepenatan yang amat. Di dalam bas, kas dah peserta2 lain masing-masing tidur dengan nyenyaknya kerana penat.

Sekian sahaja berita kas bagi program kembara ke gunung angsi negeri sembilan.

Clips video persembahan kupulan kas


Diceritakan oleh: Mohd Kasturi

0 Responses to KEMBARA KE GUNUNG ANGSI N9

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN