Hari ahad (23 Ogos 2009), selepas berbuka puasa, kas bertolak balik ke Melaka untuk meneruskan kursus PPIP yang hanya tinggal tiga minggu lagi. Sehari sebelum bertolak ke melaka iaitu pada hari sabtu (22 Ogos 2009) kas telah menghantar kereta untuk di servis sebab dah sampai masanya 'km' untuk ditukar minyak hitam. Alang-alang servis, kas suruh la pomen tu repair apa2 yang patut di repair. Akhirnya kos servis kereta kas pada hari sabtu tu ialah RM1,650. Kata pomen tu banyak barang kena tukar...terutamanya barang-barang yang berkait dengan 'air cond'. Kedai yang kas repair ni dekat je dengan umah kas di kelana jaya.
Namun kas bernasib malang, walaupun baru sahaja hantar servis kereta, semasa perjalanan kas ke Akmal Melaka. Kereta kas telah 'breakdown' / rosak, mujurlah kereta kas nak rosak hampir2 dekat dengan perhentian Seremban. Dekat dengan simpang perhentian tu, lampu kereta kas padam dan enjin menjadi slow. So sempatlah kas masuk ke perhentian Seremban untuk melihat masalah-masalah yang dihadapi. Bila buka bonet depan kereta tu....air enjin terpancut keluar dari lubang air waper. Kejadian ini berlaku pada pukul 9.30mlm.
Bila buka bonet tu, ada dua rela yang bertugas kat perhentian seremban tu datang and tanya masalah yang kas hadapai. Then dia pun panggil la 'runner' - pomen jalanan yang dia kenal. Selepas pemeriksaan dilakukan oleh pomen jalanan ini, maka terbuktilah yang altenator kereta rosak lagi. So nak kena tukar altenator tu, baru kereta boleh bergerak.
Selepas membuat rundingan harga, maka kas pun setuju la tukar altenator tu. So melayang la duit kas beratus-ratus untuk tukar barang tu. Malang menimpa kas. Harap-harap nasib kas tak akan malang lagi selepas ini.
Sekian.
Daripada: Mohd Kasturi di Melaka
Wow! kos repair keta RM1600.
Mileage berapa? Timing belt tukar jugak ka? Maaf la nyibuk tanya....siifu04
Mileage baru 30k... so belum tiba masa tukar timing belt lagi. Kos repair RM1600 tu sebab banyak masalah kat air cond..
wow! gilak banyak kas!
milage kete ko tu pun baru gak tu.
ko ada tanya balik pada mekanik yang servis kete ko kat KJ tu tak nape kete ko jadik cam tu
hihi.. tu la.. dah penot nak p kedai tu.. next servis dah tak leh p kedai tu dah...dah blacklist.