17 ogos (isnin), Alhamdulillah, setelah mengharungi perjalanan dalam pengajian selama 3 tahun di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kini Faizal dan Faizul telah mencapai kejayaan setelah tamatnya pangajian ini. majlis yang turut dihadiri oleh Mek, Ayah, Kak Mah & suami serta Azi ini telah menceriakan lagi majlis ini malah ditambah pula tunang faizal dan faizul yang hadir bersama keluarga turut bergelar graduan pada hari itu. faizul yang telah menamatkan pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam Dakwah dan Kepimpinan manakala Faizal pula di peringkat Diploma Pengajian Islam Usuluddin. Siti Fatehah merupakan graduan yang sama bidang Faizul manakala Siti Nur Aisyah pula sama bidangnya dengan Faizal.TAHNIAH SEKALI LAGI PENERIMA ANUGERAH
TAHNIAH!!! Mohd Faizul telah di pilih sebagai Graduan Terbaik Keseluruhan (Akademik & Ko Kurikulum) di peringkat Diploma Jabatan Dakwah dan Kepimpinan bagi tahun 2009. Pernah Memegang Jawatan Presiden PMKIAS sesi 2007/2008 dan Pengerusi Kelab Mahasiswa Dakwah 2009 tidak menjadi penghalang untuk mencapai kejayaan ini. lihatlah gambar Faizul yang bergambar bersama Sijil dan hadiah-hadiah yang diterimanya.Selepas selesainya majlis tersebut, sesi pengambaran pun bermula...

Sempat la jugak tangkap gambar di rumah dan boleh la try baju konvo ni..hehehe
Sebelum pulang, boleh jugak dapat tangkap gambar dengan orang utama KIAS seperti Ketua Eksekutif KIAS (Dr. Johari bin Mat), Ketua Jabatan Dakwah dan Kepimpinan (Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari), Pegawai Eksekutif Kegiatan Pelajar (Ustaz Ilyas bin Ahmad) dan Presiden PMKIAS 2008/2009 (Syed Mohd Reduan)






Alhamdulillah...
Tahniah 3x
Moga Allah merahmati keluarga kita...
amin...