Slot 'Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung' pada kali ini mengajak pengunjung berjalan ke Balasah (Madrasah) kampung yang diberikan nama Madrasah Muhammadiah Kampung Batang Bergedik. Balasah ini telah menjadi satu tempat penting untuk penduduk kampung bukan setakat hadir untuk solat tetapi banyak program-program telah dilakukan di Balasah ini. Sebelum ini program seperti sambutan hari ibu, maulidur rasul, hari As-syura, Kelas Qiraati, tazkirah mingguan pada waktu petang dan lain-lain telah dilaksanakan.
Disebabkan banyak program-program dilaksanakan disini, pihak pengurusan Madrasah telah menganjurkan gotong royong bersama penduduk kampung bagi menyiapkan ruangan dapur bagi memudahkan urusan penyediaan makanan lebih mudah dan teratur. Maka pada hari jumaat lepas, ramai lah sama-sama turu untuk menyiapkan kerja-kerja membina dapur tersebut..
Sebenarnya, pembinaan ini terbengkalai selepas orang yang mengetuai pembinaan ini meninggal mengejut pada hampir setahun lepas akibat sakit jantung. Panggilan nama Cek Mat merupakan orang yang berusaha untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan ini semasa beliau masih ada. Semoga jasa yang dicurahkan dahulu memberi sumbangan besar kepadanya nanti..
JUALAN AYAM KINI PUSINGAN KE DUA
Yang ni kita jenguk pulak perkembangan pemeliharaan ayam yang pernah diceritakan dulu. Sebenarnya penjualan ayam kini telah rancak berjalan walaupun jualan runcit. Tetapi pada peringkat pertama, permintaan ayam di luar jangkaan jadual yang dibuat menyebabkan bekalan ayam peliharaan terputus. Hal ini menyebabkan A.Kamil terpaksa menempah ayam dari tempat lain untuk menampung permintaan tersebut. Pada peringkat kedua, bekalan ayam disediakan lebih banyak dan dijangka mencukupi permintaan pembeli. Lihatlah kerja-kerja mengangkut ayam yang sempat dirakam oleh juru kamera..
Gambar-gambar ni gelap bukan tuan ayam gelap, tetapi sebab aktiviti pemindahan ayam biasanya dilakukan pada waktu malam bagi memastikan ayam sentiasa segar semasa kerja pengangkutan ke reban kecil berdekatan dengan kedai. Ayam peringkat ke3 dijangka boleh dijual pada sabtu ini dan usaha untuk mendapatkan pasaran luar telah dilakukan untuk memastikan stok ayam boleh bergerak cepat dan lebih banyak kemasukan ayam boleh di buat.
Bunga yang tumbuh mekar di kawasan pemeliharaan itik ayah dekat kawasan kolam lama…memang terpegun bila tengok pada waktu pagi...
Hanya seulas setiap ruas durian…Isi durian terbesar dijumpai semasa membuka durian kunyit yang baru sahaja luruh pada petang tersebut. Sampai seorang makan pun tak larat sebab bijinya kecil dan isinya terlalu banyak..:-)
Disediakan Oleh:
Ja & Joe
Wow bestnya durian..isi kuning tu. So Tempat makana surau tu dah siap ke? InsyaAllah kalu tak ada masalah..abe akan balik kg pada cuti merdeka nanti.