Tags:

DEMI MASA

KOLEKSI CERITA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Menjenguk Aktiviti Dikampung (siri 1)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, June 19, 2009
Slot ini, penerbit cuba membawa kepada seluruh ahli keluarga khas yang duduk di perantauan untuk sama-sama menyelusuri bersama aktiviti-aktiviti kat rumah mek dan ayah dari masa ke semasa (berita-berita besar yang akan disiarkan secara khusus). Slot khas ini akan dikeluarkan secara bersiri samaada pada setiap minggu atau mengikut maklumat yang ada dan ruang masa penerbit untuk mengadap internet, maklumlah kat kampung ni takde perkhidmatan internet lagi. Maka, bermulah ceritanya…….

Pejam celik, pejam celik hanya beberapa hari berlalu terlalu banyak cerita yang mencorak rumah kat kampung. Sampai kalu nak kongsi kat semua memang tak cukup ruang nak ditunjuk dan diceritakan. Kita mula dengan hal tanaman ayah. Seperti yang dimaklum, tanaman ayah dah mula membuahkan hasilnya. Dah banyak kali dipungut untuk dijual dan di makan. Maka, dengan kelebihan yang ada, ayah pun suruh la Shamsuri ambil untuk ditesting oleh budak-budak sekolah kat Pahang melalui jualan kantinnya. Maka dengan semangat yang ada, Mek, Ayah, Shamsuri, Ja & Jo pun mulakan operasinya..

Selepas itu juga, misi seterusnya ialah membasuh tikar… tapi misi ni memang menarik sebab ada agenda besar disebaliknya. Oleh kerana sungai menjadi tempat membasuh maka agenda mandi manda dan membuat batas bagi jadi air lebih dalam mengatasi misi utama. Nak buat macam mana, 20 minit basuh tikar semua tapi mandinya sejam. Tersengih-sengih la kanak-kanak dapat mandi…

Pada 16 Jun, musim buah gelugur pun ambil alih. Ja & Jo pun ditugaskan untuk menjadi pemanjat pokok Gelugur yang ada tingginya mencecah tiga tingkat bangungan. Jangan sesiapa tak kenal, asam gelugur yang guna untuk masak, inilah asal buah dan pokoknya. Jadi yang pergi bersama ada juga rupanya kali pertama tengok buah dan pokoknya. Lebih 200 kg berjaya dikumpul dari buah yang masak dan besar sahaja dan dibahagikan kepada jiran yang nak ‘pawoh’. Tahu ke makna pawoh ni?, maknanya orang akan ambil buah ni, belah menjadi kecil dan jemur lebih kurang seminggu atau kering hingga dapat hasilnya. Maka hasilnya akan dibahagi dua. Ramai yang ambil sampai tuan rumah tak sempat nak buat sendiri.

(harap maaf, slot pertama ini dikeluarkan dalam keadaan kelam kabut, sebarang kekurangan amat dikesali)- Penerbit

diterbitkan oleh:

Ja & Joe

1 Response to Menjenguk Aktiviti Dikampung (siri 1)

  1. Good....cerita yang menarik.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN