Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 7)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, August 13, 2009
Slot Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung pada kali ini nak berkongsi sedikit cerita yang jarang dibuat tapi seronok walaupun penat. Itulah gambaran yang boleh dibuat dengan peristiwa-peristiwa yang hendak diceritakan. Diteruskan cerita, sebenarnya Mek, Ayah, Ja, Jo dan lain-lain kat rumah ni samaada kesemua terlibat atau sebahagiannya terlibat telah berjalan di beberapa buah negeri seperti Kedah, Johor, Pahang, dan dua kali ke kuala Lumpur hanya dalam masa 10 hari. Hal ini terjadi apabila kerja-kerja yang perlu diselesaikan tersusun rapat, bak kata, balik kelate kejap terus g kuala lupu, balik pulak, pergi pulak johor.. itulah situasi berlaku sampai kat rumah jadi sunyi dalam 10 hari ni.. jadi, dimulakan ceritanya..

Mulanya, Pergi Ke Baling, Kedah (30 Julai 2009)

Selepas Hamidah mendapat makluamt dari suaminya telah mendapatkan rumah untuk menetap di Johor, dan pun merancang dan mengajak Pok Su Tie dengan Hilux untuk mengangkut barang kat rumah mertuanya di Baling Kedah dan dikumpulkan di kampung Kelantan. Jam 9.00 malam, penuh satu Hilux Poksu sekeluarga, Hamidah, Ja dan Azi pun bertolak ke Kedah. Jo kena tinggal sebab kena jaga ayam..huhuhu. Azi pergi sebab Abg Saipu yang kat p. pinang akan ambilnya di Kedah kerana Azi cuti seminggu. Ja pulak sebagai Driver ke dua kerana akan balik terus selepas simpan barang. Maka selepas 4 jam perjalanan, samapailah di Baling kul 1 pagi dan sarapan pagi dengan a.saipu pada pagi tersebut.

Lepas simpan semua barang, jam 8 pagi terus bertolak balik tetapi sempat singgah di air terjun di hutan antara gerik dan banjaran titiwangsa. Sempat juga menikmati kesejukan air disitu sampai anak Kak Tie kesejukan. Selepas itu, terus sambung perjalanan dan tiba kat kampung jam 2 petang pada 31 Julai.

Pergi Ke Kuala Lumpur dan Pahang(31 Julai – 1,2 Ogos)

Baru je boleh duduk kat rumah, itu jugak Mek suruh beli tiket kereta api untuk pergi ke Kuala Lumpur. Tetapi bukan terus turun di Kuala Lumpur, tapi terus ke Pahang untuk pergi dengan A.Suri. Kat K.Lumpur ni semata-mata untuk memberi sokongan tentang pemansuhan ISA sebagaimana diceritakan lepas. Maka, pada malam tu, keluar lagi dari kelate menuju ke pahang. Sampai kat Pahang abg Sham dan menanti untuk pergi sekali ke KL. Cerita di KL seperti sebelum2 ni la.. malam 1Ogos tu jugak bertolak balik dan sampai kul9pg pada 2 Ogos.

Pergi Pulak Ke Johor (Johor Baru, kluang dll) (3 Ogos)

Baru je Mek balik dari KL, malam tu juga Mek dan keluarga membuat persiapan untuk pergi ke Johor. Kerana nak hantar Dah dan keretanya disamping ambil kesempatan untuk pergi ke tempat Hafsan. Tempoyak, durian, lepok, rambutan dan lain2 jadi bekal buah tangan ke sana. Maka esok tu (3 Ogos) tepat jam 8.00pg Mek, Ayah, Ja dan Dah pun bertolah dengan dua buah kereta. Sebuah kereta Ja drive dan Ayah teman, satu lagi Hamidah Drive dan Mek teman. Dengan tenaga tak cukup, jalan pun tidak tahu perjalanan tetap diteruskan dan apabila berita ini diketahui oleh a.Syam terus bertolak pergi ke Johor walaupun dimaklumkan kawan hafsan yang akan datang tunjuk jalan.

Jadi, sampai di Yong Peng berhenti di kedai makan di samping keluarga bakal menantu Mek Ayah dari Batu Pahat juga datang untuk bertemu dan berbual. Selepas itu perjalanan diteruskan dan jam 10.30 malam sampai la dikem askar tetapi diuji lagi apabila terpaksa mengangkut barang ke tingkat 5 dengan menggunakan tangga. Malah malam tu hanya makan jenis makanan askar seakan Nestum askar kerana tidak dapat membeli makanan luar yang sukar untuk keluar dari kawasan kem pada mlam tersebut. Esok selepas itu (4 Ogos) terus bertolak ke UTM sekudai kawasan Johor Bharu. Rumah Hafsan di kawasan Taman Universiti yang disewa dan pada masa itu juga makan durian ramai-ramai yang dibawa dari kelate dan sempat la Ja dan Abe Syam tidur sejam. Lepas bangun tu terus bertolak balik kelate dan jam 3 petang singgah di Batu Pahat untuk tengok Hilux yang dijual kalau2 boleh dibeli untuk kegunaan syarikat Ayah. terus lagi bertolak balik sehingga berpecah dengan abg Syam pada jam 6.00 petang kerana haluan balik berlainan. Jam 3.00 pagi (5 Ogos) tibalah di kelate dan tidur.

Pergi Ke Selangor lagi (5 Ogos)

Celik je mata pagi yang letih semalam, kena bersiap-siap lagi untuk pergi ke KL buat kali kedua. Tetapi Mek dan Ayah dan tak larat. Lekat Ja dan Jo yang larat lagi kerana kena melaksanakan kerja yang penting. Pada jam 9.00 mlm plak, Ja dan Jo pergi ke Selangor dan tiba di sana pada jam 1 pagi (6Ogos). Pada 7 Ogos pergi Kuala Lumpur untuk cari barang dan 8 Ogos menyelesaikan semua kerja dan terus bertolak balik pada Jam 3 petang. Maka Ja dan Jo tiba kat kampung jam 11 malam. Untuk cerita di Kuala Lumpur ini akan dimaklumkan dibawah secara ringkas.

Inilah benda yang nak diceritakan. Cerita pun penat, lagi la nak melaluinya…ish3x. nak cerita sedikit pun jadi panjang jugak Cuma gambar tak berapa ada kerana jurugambarlah yang kena jadi driver..:-).

PENDAFTARAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pada 8 Ogos, Faizul telah selesai mendaftar untuk melanjutkan Pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda setelah menamatkan pengajian di peringkat diploma. Pengajian ini berbentuk Pengajian Berterusan Jarak Jauh setelah faizul menerima surat tawaran sebelum ini. Jurusan yang dipilih ialah dalam Fakulti Pengajian Islam Ijazah Sarjanamuda Dengan Kepujian Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah. Kelas yang bermula pada akhir bulan ini diharap dapat mencapai kejayaan yang lebih baik dari sebelum ini.

SANA SINI…

Abg nik yang sedang menikmati durian kunyit yang besar.

Kenapa seekor anak kucing besar.. sebenarnya anak ni dari dua ekor ibu. Satu ibu hanya melahirkan seekor anak, satu ibu lagi 4 ekor anak yang baru lahir tetapi sebab duduk di tempat yang sama, jadilah serasi macam satu keluarga..:-) jadila abang jaga adik..hehehe

Macam-macam la berlaku kat kolam ikan keli ayah ni. Kecik besar tak kira..:-) inilah gambar yang sempat dirakam..hehehe
Disediakan Oleh: Faizal & Faizul

1 Response to Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 7)

  1. Wow...seronoknya..macam2 citer dari kampung rupanya.. Banyak benda abe kas ketinggalan di sini...

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN