Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 9) Ramadhan

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, August 27, 2009
Sebelum slot ini bermula, Keluarga Hussin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua palayar blog ini dan kepada semua keluarga walaupun di mana berada. begitu juga kepada Faizal tengah belajar di Acheh, moga-moga puasa kita pada kali ini akan lebih baik dan diterima oleh Allah. Marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita serta dapat sama-sama menemui malam lailatul Qadr, yang penting terawih tu jangan tinggal ye..:-).


Slot pada siri ini lebih berkisar kepada aktiviti yang dilakukan pada bulan Ramdadan. untuk keluaran pertama bulan Ramadan ini cerita lebih pendek dan ringkas kerana pada keluaran akan datanga ada beberapa cerita lagi yang nak dikongsi. Oleh itu, mari kita pergi lihat aktiviti yang jarang dibuat pada bulan lain oleh keluarga kita terutamanya Kakmah. kali ini dia bersama suaminya telah merangka untuk menjual air tebu segar di tepi jalan. Air tebu memang menjadi pilihan utama orang berpuasa kerana rasanya yang manis dan segar. Jadi, aktiviti pun bermula...

nak sisik kulit tebu ni la yang penat sikit, lama pulak tu tapi kena soba la. bukan mudah nak minum air dia ni. tak kira kecik besar, suma pakat buat.


lepas je kisik tebu, acara memesin pun bermula la..



nampak memang mudah la. tapi bila faizul try gak.. rupa-rupanya payah jugak kalu tak kena cara..senget mulut-mulut...ish3x




begitulah ceritanya hal air tebu ni. air tebu ni akan dijual dkt dengan kedai abg kamil dan kat rumah memang tiap-tiap hari air tebu dijadikan minuman utama masa berbuka. di samping itu gak ada la sikit-sikit kuih muih dan lauk dijual untuk berbuka puasa samaada ada yang mari hantar atau buat sendiri.





Bila magrib dah nak tiba, maka pakat-pakat bersiap untuk berbuka..



itulah juadah yang lebih kurangnya untuk berbuka puasa. walau orang tak ramai air tebu tu satu bekas nah.. biasa la, kerja kuat kena panas. kalu abang kamil dan anak2x turun gak, kena buat dua hidangan la. nanti balik semua tak tahu la panjang mana nak susun..cam biasa la..hehe
SANA SINI




si kecil ni sedang bercuti sekolah tetapi sebab suka berjalan-jalan, semuanya lengkap dengan pakaian seragam untuk turut sama pergi ke kebun getah. ikut orang pergi menoreh la ni...hehehe



tengok amin yang pakai seluar merah tu, mula-mula ingat nak tolong, rupa2nya ada sebab.. ish3x aksi yaang tak boleh tiru ni petang-petang puasa minum air..hehe. biasa la kecik lagi, nampak air ni terliur la..;-). orang letih mesin dia jugak yang dapat rasa dulu..huhuhu


Disediakan Oleh:
Faizul

2 Responses to Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 9) Ramadhan

  1. Alhamdulillah,
    Ramadhan yang dinanti2kan telah tiba...
    Abg mohon ampun dan maaf kerana tak dapat balik berpuasa tahun ni kat umah...
    sedih gak... tapi ada urusan yg menyukarkan untuk balik.
    wbmpn, Alhamdulillah krn keluarga di kg chat dan kegiatan harian berjalan seperti biasa...
    SELAMAT BERPUASA SEMUA...

     
  2. InsyaAllah jumpa di kampung weekend ni.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN