Jumpa lagi dalam siri ke 3 Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung. Untuk kali ini, satu cerita yang istimewa akan disiarkan yang memang buat keluarga yang membacanya tidak senang duduk kalau tidak sempat untuk pulang ke kampung pada masa ini. Ia tidak lain dan tidak bukan, satu musim yang dinantikan telah tiba. Banyak kisah suka duka untuk dikongsi bersama. Jadi, bermulalah cerita…
KEHANGATAN MUSIM DURIAN KIAN TERASA
Sebelum meneruskan cerita, beberapa minggu lepas lagi satu operasi telah dibuat pada peringkat awal bagi menyambut musim durian. Mek, Ja dan Jo yang cukup lengkap dengan parang, golok, gergaji, tukul dan paku bersiap sedia ke kebun durian untuk membuat jambatan sebagai laluan utama ke kebun melalui jalan kaki. Tiga batang pokok pinang telah ditebang dan telah siap dua jambatan iaitu jambatan panjang dan pendek.
DANGA DUA TINGKAT TELAH DIBINA
Pada peringkat awal, durian mula luruh beberapa biji sehari Mek mula merancang untuk menyegerakan membina danga untuk menjadikan tempat berkumpul dan makan durian di kebun. Apa yang menarik pada danga ini, Mek telah merancang untuk membina danga dua tingkat dan dibuat lereng bukit, jangan ingat rumah je tau boleh buat dua tingkat hehehe. Hal ini dibuat kerana mungkin pada malam boleh jika sesiapa yang hendak merasai tidur semalam di dalam kebun sambil menunggu durian luruh. Jika dikenang kembali sejarah keluarga kita, lebih 10 tahun dulu Danga dua tingkat pernah dibina di tengah-tengah dusun durian.
Setelah penebangan kayu selesai, maka kayu pun diangkut dengan land rover dan dengan laluan yang mencabar apabil terpaksa memanjat bukit yang tinggi, kami pun Berjaya mengangkat kayu ke tebing bukit. Ikuti cabaran dan kesukaran untuk memastikan kayu sampai ditapak pembinaan iaitu di lereng bukit. Satu jambatan telah dibuat diantara tebing bukit dengan land rover untuk mangangkut kayu.
Agenda seterusnya, dengan bantuan Abang Nik (suami Kak mah), seorang pekerja dan keluarga pembinanaan pun bermula ditapak yang dipersetujui..
terus membina lagi..
Jadi, terbinalah sebuah banglo dua tingkat yang boleh diduduki untuk menunggu durian luruh dan semestinya menjadi tempat untuk makan durian yang baru luruh dan masih segar lagi. Lepas itu pulak nak cerita pula hal si durian pula.
Peringkat awal durian luruh dia akan melalui proses membuang buruk iaitu kebanyak durian yang luruh pada peringkat ini tidak sempurna. Antara yang luruh peringkat awal seperti durian yang telah dimakan tupai, durian dimakan ulat dan lain-lain. Selepas beberapa hari baru lah durian yang baik akan luruh. Masa duk khusyuk buat danga ada juga durian yang luruh. Tengok la muka-muka orang yang seronok duk bermain dengan durian.Tetapi dalam banyak-banyak pokok ada la juga yang patah dahan kerana angin ribut dan dahan tidak mampu manampung buah yang banyak. Kes yang paling berat berlaku adalah dimana lebih 80 biji buah durian bertaburan kerana dahannya patah. Jadi, sape-sape yang suka makan buah tidak masak boleh la ambil makan buat pengat pun jadi…
Buat masa ini, lebih 20 biji sehari telah luruh. Itupun baru 4 pohon yang baru mula luruh. Mungkin banyak lagi gambar-gambar yang akan disiarkan dari masa ke semasa. Wasalam..
banyoknyo duyan duyan..bagila sikik, sikiiik jah, xbanyok takpo, asa banyok sikik jah,hehehe
haa. dah timbul pun budak kecil ni... dapat makan duyan tu jangan sampai berasap sudah la tau..hehehe