Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

LAWATAN RASMI JAB. ICT PAS PAHANG KE PAS PUSAT

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, July 25, 2011 1 Pendapat

 Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana kita semua masih menjadi hamba yang sejati.
Oleh kerana dah lama kita semua tak update laman blog keluarga. Maka, sebagai pengasas bersama2 Abg Kas memohon maaf kerana terabai untuk update selalu.

Untuk makluman semua, ko ambo telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) PAS Negeri Pahang.

Ini menyebabkan ambo semakin sibuk disamping memegang eberapa jawatan lain di cawangan & kawasan.

 Dalam kesibukan tersebut, ambo telah membuat satu lawatan kerja rasmi JiCT PAS Pahang ke pej Agong PAS yang disambut oleh Jabatan ICT Pusat di  Jalan Raja Laut. ketibaan kami disambut baik oleh JiTP. (23 Jul 2011 Sabtu)

Semasa lawatan, JICT membentangkan perancangan gerak kerja PRU13 & JiTP membentangkan perancangan untuk 5 tahun akan datang.
Atas sebab kepercayaan pihan Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang, ambo dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif - Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang dan berkerja sepenuh masa dengan PAS Pahang. Pejabat dah ada, tugas dah menunggu.

Nampak gayanya dah tak boleh berjalan2 mcm dulu lagi. terikat dengan waktu pejabat.

Semua ni merupakan gerak kerja agresif PAS untuk menang dalam PRU13.

Semoga kita semua tergolong daripada Pejuang2 Allah...

Shamsueri Sekeluarga

DOA UNTUK AYAHANDA TERSAYANG...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, May 4, 2011 1 Pendapat

 Ayahanda Tersayang...
Kami doakan Ayahanda disembuhkan segera dari segala penyakit... teguhkan dengan Iman dan ketaqwaan... limpahkan rezeki dan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

KERETA BARUKU...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, May 1, 2011 5 Pendapat

TOYOTA ALPHARD 2.4 litre, 2400cc and 3000cc ’05-‘07 unregister, choose your number, AS, MS, MZG, p/boot, twin sun roof, not every car have it twin p/door, leather Seat, luxury, high end front & back camera

PERKEMBANGAN PERJALANAN ROMBONGAN KE ACEH (update 2 mac)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, February 28, 2011 4 Pendapat

Tengah Check in di lapangan terbang
bergambar sebelum bertolak
tiba di hotel dan berehat untuk solat magrib
Aktiviti pertama, pergi makan malam di Restoren Malaysia di Aceh
Pemandangan dari atas kapal terbang

Waktu menaiki kapal terbang.. terpaksa berjalan jauh sebab parking kapal terbang penuh kot...
Abang nik tengah promosi makanan masa atas kapal terbang kat ayah n Mek.. Mana tahu Ayah nak try makan atas kapal terbang


Ni pulak, setibanya dia lapangan terbang banda aceh


Mek n Ayah yang duk bersama dalam kapal terbang sentiasa ceria dan stedy walau kali pertama menaiki kapal terbang



SARAPAN PAGI PERTAMA : NASI GURIH DAN KOPI ACEH
Ayah yang lipat lengan baju untuk sarapan dengan Nasi Guris

Ni pulak kopi aceh yang menjadi minuman pilihan

Nila dia nasi Gurih

Makan Malam di Restoren Malaysia di Aceh ( Tomyam, Telur Goreng, Daging kicap, sayur goreng dan lain-lain)

MELAWAT KAPAL DI ATAS BUMBUNG RUMAH

Beginilah keadaan kapal yang hanyut dan berlabuh di atas bumbung. Kapal ini telah menyelamat hampir 50 orang masa thunami berlaku. antara satu-satunya kapal yang selamat

Suasana atas kapal. Sewaktu kejadian, semasa orang ramai lari diatas bumbung tapi air dah mula ke paras leher, tiba-tiba datang sebuah kapal meluru ke rumah tersebut seperti dipandu untuk menyelamatkan mangsa yang berada diatas bumbung. bila kapal ini berhenti dan berpusing untuk memberi ruang untuk dinaik semua yang ada disitu terus diangkat naik temasuk bayi yang  berumur 3 bulan. bila di lihat tidak ada yang memandunya. sambil menyelamatkan orang yang hanyut, azan dilaungkan kerana lebih 10x gelombang ombak yang membadai..

ini lah gambar asal sebelum dibersihkan sempat diambil. mayat yang bergelimpangan di kawasan rumah terbabit dan rumah tuan rumah tersebut masih selamat walaupun sekitarnya musnah teruk

Jo yang menjadi wakil untuk menanda tangani buku pelawat di rumah tuan rumah. penghuni rumah ini menjadi saksi kekuatan thunami tersebut malah turut terselamat berada diatas kapal tersebut yang terletak diatas rumah jirannya.

Semua peralatan rumah masih selamat dan dikekalkan didalam rumah ini untuk dipamerkan. termasuk juga pinggang mangkuk dan lain-lain

inilah rumah yang bersebelahan dengan kapal tersebut. kesemua terselamat dari bencana itu.

Sempat bergambar sebelah kapal yang buat tempat khas untuk melihat lebih dekat

Mujib sedang menggambarkan suasana semasa dia dan mangsa lain menghadapi cabaran dan terselamat diatas kapal ketika dirempuh ombak yang besar. sehingga hanya mampu melaungkan azan diatas kapal yang menyebabkan ombak tenang setiap kali azan dilaungkan.

Inilah rumahnya dan kapal diatasnya beberapa hari selepas thunami berlaku.

Tepat jam 8.45 pagi adalah waktu air mula naik dan menengelamkan rumahnya menyebabkan jam di dinding rumahnya terus mati pada detik ini. Jam ini dikekalkan termasuk waktunya yang menunjukkan air naik sehingga menyebabkan dia terhenti.


Bergambar dari bawah kapal... Saksi Pertolongan dari Allah swt yang menyelamat hampir 50 orang penduduk. walaupun kedudukan kapal ini hampir 2 km dari laut sedang dibaiki kerana bocor sedangkan kapal yang lebih elok  dan besar hancur dibadai thunami..

MELAWAT RUMAH TRADISI ACEH DAN MUZIUM ACEH

Antara rumah tradisi aceh yang dipamerkan

Keunikan Senibina aceh sangat memukaukan

Mek dan rombongan sedang melihat pameran-pameran pelbagai jenis peralatan yang dipamerkan

Anak Kerbau yang berkepala dua telah diawetkan untuk dipamerkan telah menarik perhatian kami. Anak kerbau ini hanya sempat hidup 2 bulan sahaja.

Harimau

Ni pulak tengkorak yang ditemui dari manusia yang hidup pada zaman dahulu

Rumah Aceh Tamiang punyai ciri tersendiri

Al-Quran tulisan tangan yang besar turut dipamerkan




PLTD Apung adalah sebuah kapal terbesar yang hanyut ke darat dan tidak mampu dialihkan kembali ke Laut sejauh 5 km dari laut

 
Kami cuba naik ke tingkat atas sekali yang tingginya lebih 3 tingkat bangunan. Kapal ini adalah kapal penjana eletrik yang diberikan oleh kerajaan kalimantan untuk rakyat aceh yang baru lepas pergolakan.

Sauh yang begitu besar yang mustahil untuk diangkat masih kekal berada diatas PLTD Apung

Kami yang berada di tingkat atas sekali Kapal diterangkan dengan panjang lebar oleh penduduk kampung di situ. Kapal ini mempunyai 6 orang pekerja dari Kalimantan tetapi hanya seorang yang terselamat kerana yang lain terjun dari kapal ditakuti terbalik semasa dipukul ombak

Kapal ini dikatakan berhenti betul-betul tepat diatas rumah orang paling kaya di kawasan tersebut. Ayah sedang melihat kesan tapak rumah dibawah kapal tersebut. Orang kaya tersebut terselamat dari thunami kerana berada di Medan semasa kejadian berlaku.

Beginilah keadaan ketinggian di atas kapal dan dibelakang jauh itu lah laut yang dilanda thunami dalam 3 penjuru dan bertemu penjuru tepat dikapal ini.

Pandangan dari bawah di hapan kapal PLTD Apung

Kami sempat melihat gambar-gambar thunami yang ditayangkan di muzium mini sambil diterangkan oleh penduduk kampung tentang suasan masa itu

Gambar-gambar thunami yang memilukan

Suasana orang dari pelbagai negara untuk melihat sendiri keadaan dan kesan thunami

Tangga yang tinggi menyulitkan unuk turun dari PLTD Apung

Pandangan dari jauh PLTD Apung yang berada di betul2 ditengah kawasan penduduk kampung.

 SELEPAS INI, KAMI TERUS UNTUK PERGI KE RUMAH KELUARGA ANGKAT JA....

Bersambung..........


Banyak lagi berita bergambar akan dimuatkan..

Sidang Skripsi, Yudisium dan Laporan Lawatan ke Aceh

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, February 14, 2011 3 Pendapat

        Assalamulaikum wrt. wbr. kepada semua keluarga dan pembaca blog keluarga. Mungkin sudah telalu lama blog keluarga tak diupdate. Malah berita dari ja pun dah tertunda-tunda untuk dimasukkan kerana terpaksa menumpukan kepada skripsi dan balik kampung lebih sebulan. Untuk pengetahuan keluarga semua Alhamdullah sekarang ja berjaya menamatkan pengajain peringkat Ijazah. Kali ni nak cerita sikit sebanyak perjalan akhir sebelum menamatkan pengajian..

Sidang Skripsi
        Selepas beberap bulan menyiapkan skripsi akhirnya sampai masa untuk diuji. Di Aceh agak sikit berbeza dari segi penulisan skripsi, kebanyakan pensyarah suruh membuat skripsi ala tesis (untuk master). Walaupun merumitkan, tetapi terlalu banyak yang dapat belajar dari penulisan tu. Maka bermulalah ujian skripsi....
 Ja yang sedang memerah otak untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan orang 4 orang pensyarah penilai skripsi . (Penguji: Dr. Fauzi Saleh Lc. MA., Drs. Damanhusi Basir M.Ag., Samsul Bahri, M.Ag, dan Muhammad Zaini M.Ag)

Berdiri untuk menunggu keputusan samaada skripsi diterima atau ditolak, Allhamdullah skripsi yang Ja bawa diterima sebulat suara dan boleh diangkat untuk kajian lebih mendalam pada peringkat Master.

Bergambar kenangan selepas selesai sidang skripsi.

Yudisium
     Mungkin ramai tak tahu apa maksud Yudisium. Ja pun tak tahu yudisium tu singkatan atau memang satu kata. Di sini(aceh) sebelum Majlis Konvokesyen akan ada Majlis penyerahan Ijazah peringkat fakulti masing-masing. Manakala konvokesyen majlis gabungan semua fakulti. Nak senang faham, Yudisium tu seperti akad Nikah dan wajib dihadiri oleh Mahasiswa yang akan konvokesyen akan datang. Manakala Konvokesyen tu seperti Majlis Jamuan/Pesta sahaja..jadi Yudisium lebih penting dari Konvokesyen...

 Majlis Yudisium (penganugerahan Ijazah dan Gelaran Sarjana Muda dari Dekan Usuluddin) kalu di Aceh menulis nama pun dah ada tambahan di belakang, S. Th.(Mohd Faizal bin Hussin S. Th)

Mendengar pengumuman pencapaian keseluruhan

 
 Ketua Dekan dan ketua-ketua Jabatan semasam Acara Yudisium
 
 Amanat terakhir dari Rektor IAIN Ar-Raniri kepada Lepasan Mahasiswa dari Usuluddin.

  
Bergambar dengan Ketua Jabatan (Dr. Abdul Wahid) yang banyak membantu pelajar-pelajar Malaysia yang berada  di Aceh.
 
 
 Makan-makan sebelum perpisahan....

 Lawatan Ke Aceh
         Untuk makluman semua, lawatan ke Aceh sempena Majlis konvokesyen ja setakat ni berjalan lancar lagi dari segi urusan dan lain-lain. Akan pergi seramai 7 orang (Mek Ayah, Kak Mah, A.Nik, Joe, Fatehah, Asma' dan Moksoh) semua urusan pasport dan tiket sudah dibeli. Sepatutnya 5 hari sahaja berada di sini, tetapi terpaksa menjadi 7 hari apabila tarikh konvokesyen yang diumumkan terpaksa di tunda tiba-tiba kerana dewan perlu digunakan untuk majlis lain. Kampus tempat belajar tu dah ditutup hampir 100% untuk membina semula keseluruhan Kampus selepas Thunami dahulu. Jadi terpaksa menyewa dewan lain sebab tu terpaksa tunda tarikh bila dewan yang ingin disewa digunakan oleh tuan rumah.

       Tarikh bertolak pada 28 feb 2011 dan pulang pada 6 Mac 2011, tentatif cadangan juga sedikit berubah termasuk bajek. Apa-apa pun ja cuba susun supaya bajek diminimunkan dan selesa. Tentatif ni ja dah cuba rincikan dan beberapa penambahan yang ja buat selepas seminggu ja servey tempat dan berbincang dengan Wakil Wisata (Pelancongan) di Pejabat Pelancongan Aceh. 

Tentatif:
CADANGAN TENTATIF LAWATAN KE ACEH

HARI PERTAMA (28 Feb 2011/Isnin):
3.00 petang             Chek in di Lapangan Terbang LCCT untuk ke Aceh
4.50 – 5.30ptng      Menaiki Pesawat di LCCT
5.30 – 8.00              Rehat di Rumah Anak Malaysia
8.00 – 10.30            Rehat dan Makan Malam Restoran Malaysia
                                (Penginapan: Rumah Anak Malaysia di Aceh)

HARI KEDUA (1 Mac 2010/Selasa)
6.30 – 8.00              Makan Pagi
8.00 – 12.00            Jalan-jalan kawasan kesan Thunami
- Rumah-rumah kebudayaan Aceh
- Kapal Atas Atap
- Rumoh Aceh
- Muzium Thunami
- PLTD Apung (Yang dihanyutkan Thunami)
- Kuburan Massal
- Masjid Ulee Lhea (Antara Masjid Selamat waktu Thunami)
- Solat Zohor dan Rehat di Masjid Baiturrahman (Masjid Agung Yang Selamat Waktu Thunami
- Makan Makanan Aceh
12.00 – 4.00            Bertolak ke Rumah Keluaga Angkat
4.00 – 5.30              Beli barang untuk berada di rumah keluarga angkat (Pekan Beurnouen)
5.30 – mlm              Rehat dan Makan bersama
                                (Penginapan: Rumah Keluarga Angkat)

HAIR KETIGA (2 Mac 2011/Rabu)
6.00 – 7.00              Bersiap untuk sarapan di Pantai Manoharan
7.00 – 10.00            Bersiar-siar dan Bakar Ayam di Pantai Manoharan
10.00 – 12.00          Bersiap-siap dan Makan
12.00 – 5.00            Bertolak pulang ke Banda Aceh
5.00 – 8.00              Chek in Hotel dan Rehat
8.00 – 10.00            Makan Malam(Ayam Bamboo/Penyet restoren Wong Solo)
                                (Penginapan: Hotel Nuri)

HARI KEEMPAT (3 Mac 2011/Khamis)
7.00 – .8.30             Makan Pagi
8.30 – 9.00              Bertolak ke Terminal Feri Ulee Lheue untuk ke Pulau sabang
9.00 – 10.00            Berada Di Terminal Feri
10.00 – 11.00          Naik Feri ke Pulang Sabang
11.00 – 3.00            Melihat Gunung Berapi
                                Tugu Kilometer 0
3.00 – 6.30              Ke Pulau Iboih dan bersiar-siar dengan menaiki bot
6.00 – 10.00            Pulang ke Penginapan, Makan dan  bersiar-siar
                                (Penginapan: Hotel Pulau Iboih)

HAIR KELIMA (4 Mac 2011/Jumaat)
7.00 – 8.00              Makan Pagi
8.00 – 12.00            Pulau Rubiah
Snokeling
Dan lain-lain (berdasarkan kesesuian tempat dan masa)
12.00 – 1.30            Makan dan Rehat
1.30 – 2.00              Menuju ke Terminal Feri Pulau Sabang
2.30 – 3.30              Perjalanan dengan Feri
3.30 – 8.30              Rehat, dan bersiap-siap di penginapan
8.00 – 10.00            Makan di Restoren Mamat (Canai Mamat Aceh) bersama beberapa keluarga 
                                Mahasiswa Malaysia yang datang
                                (Penginapan: Hotel Nuri)

HARI KENAM (5 Mac 2011/Sabtu)
6.30 – 7.30pg          Bertolak ke tempat wisuda (Konvokesyen) dan makan pagi
7.30 – 2.00              Wisuda (konvokesyen)
2.00 – 4.30              Rehat dan Makan tepi pantai Lampuuk
                                Melihat Masjid Lampuuk antara selamat dari Thunami.
4.30 – 8.00              Rehat dan persiapan
8.00 – 10.30            Makan Ikan Bakar Aceh
                                (Penginapan: Hotel Nuri)

HARI KETUJUH (6 Mac 2011/Ahad)
7.00 – 8.30              Makan Pagi
9.30 – 1.00              Membeli belah kawasan Banda Aceh
1.00 – 3.30              Persiapan untuk pulang ke Malaysia
4.00 – 5.00              Bertolak Ke Bandara Sultan Iskandar Muda (Banda Aceh)
5.30 – 7.00 mlm      Bertolak dari Aceh – Malaysia. (Sampai sekitar jam 8.15 waktu
Malaysia)

        Ada beberapa aktiviti mungkin yang menjadi persoalan, contoh melihat Gunung Berapi. Sebenarnya gunung berapi ini kecil sahaja dan tidak begitu aktif, akan tetapi boleh lihat ciri-cirinya, antaranya Keluar Asap di lubang-lubang yang ada di gunung itu, setiap lopak-lopak air yang ada bergelegak seperti mendidih, bau yang hangit seperti ada kebakaran dan lain-lain. Gunung tu berada Pulau Sabang dan tidak merbahaya kepada pengunjung. Cuma kena jalan kaki je sikit nak sampai ke sana. Insyllah akan dibawa oleh pemandu pelancong.
        Menginap di rumah Anak Malaysia di Aceh tu disebabkan dijemput oleh anak-anak Malaysia, ja hanya terima satu malam sahaja dan lain tidur di Hotel dan Rumah Kelarga Angkat ja. Hanya waktu di Pulau Sabang sahaja dibawa oleh pemandu pelancong, 4 hari lain kereta dibawa sendiri oleh Ja/Joe supaya mudah untuk kemana-mana.

       Boleh sesiapa nak cadang, kos secara rinci tu masih tidak dapat dibuat selepas masalah kena tunda tiket. Kalu yang lain nak pergi lain kali (keluarga sahaja), insyallah kos lingkungan rm200 untuk tiket dan Kos di Aceh lingkungan Rm150-200 dah cukup untuk dewasa termasuk Pengangkutan, Hotel, dan lain-lain untuk selama 4hari.

Sekian....


Disediakan Oleh :
Faizal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN