Showing posts with label 04-Sarimah n Nik. Show all posts
Showing posts with label 04-Sarimah n Nik. Show all posts
Pada 13/3/2010 selepas majlis perkahwinan Hafsan di Perlis. Rombongan ahli keluarga dan saudara mara telah bercadang untuk berkhelah dan beristirehat di Kolam Air Panas Ulu Legong, Perak. Dari Perlis, ahli keluarga berhenti rehat di R&R Gurun, sebaik tiba di perhentian gurun, kereta Abg Kamir telah mengalami masalah yang akhirnya terpaksa di tarik oleh penarik kereta untuk dibaiki. Kemudian, ahli rombongan keluarga terus bergerak ke tempat yang dituju. Alhamdulillah semua selamat tiba di tempat rekreasi kolam air panas. Disitulah ahli rombongan mengambil pakej homestay 2hari 1malam.Pengarah Projek bagi program ini ialah Abg Saipu & Kak Ma.
Suasana Homestay yang didiami oleh ahli-ahli rombongan keluarga. Selepas solat berjemaah dan makan malam, maka bermulalah aktiviti mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Tiket masuk ialah RM4 untuk sehari.
Pendek kata ramai betul orang yang mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Kolam air panas terdiri daripada beberapa kategori iaitu kategori kanak-kanak, kategori suam-suam, kategori panas sederhana dan panas meletup.
Selepas penat mandi untuk kali pertama, maka ahli rombongan keluarga balik berehat untuk tidur. Kemudian pada pukul 5 pagi, aktiviti mandi di kolam air panas kembali berlangsung. Ramai ahli rombongan bangun awal untuk mandi manda di kolam panas di waktu pagi dan ada juga ahli rombongan yang tidur dengan nyenyaknya.
Pada pagi 14/3/2010, aktiviti memasak nasi goreng yang diketuai oleh MokLong telah berlangsung. Ahli keluarga dan saudara-mara menikmati juadah makanan pagi. Kemudian dalam masa yang sama, aktiviti memotong kek kahwin Hafsan telah dilakukan. Kek tersebut dipotong dan dirasmikan oleh Abdullah Harith (Anak Shamsuri).
Selepas selesai makan dan minum pagi, ahli keluarga dibawa oleh tuan rumah untuk mandi manda di sungai sejuk yang berhampiran dengan rumah mereka.
Tak sangka, rupa-rupanya di Ulu Legong ni terdapat kolam air panas dan sungai air sejuk. Maka pada pagi tersebut, ahli keluarga pakat mandi manda di sungai air sejuk tersebut. Kemeriahan dan kecerian terpancar di wajah setiap ahli keluarga apabila dapat mandai beramai-ramai. Suasana romantik juga telah menghiasi pasangan-pasangan suami isteri.
Selepas penat mandi manda dan beristirehat di Ulu Legong. Maka aktiviti pulang ke kampung bermula, namun ditengah jalan, pihak rombongan telah singgah di rumah Wan (Suami Hamidah) yang terletak berhampiran dengan ulu legong.
Selepas minum dan makan kuih muih di rumah wan (Hamidah), maka ahli keluarga mula bertolak untuk balik ke Kelantan. Kemudian, ahli keluarga singgah di perhentian Perah - Jalan Gerik untuk menikmati makan tengahari dan menunaikan solat. Alhamduillah best-best makanan yang disediakan di gerai-gerai yang ada di situ.
Selepas selesai makan dan solat, maka ahli keluarga bertolak balik ke Kelantan. Pemandangan indah dapat di lihat sepanjang l
Alhamduillah, semua ahli rombongan telah selamat sampai di kampung.
Disediakan oleh:
Kas & Iza (19/3/2010)
Semasa dalam perjalanan pulang dari rumah Abg Nik, kami menuju ke Pantai Teluk Bidara. Oleh kerana tempatnya yang kurang menarik dan tidak ada gerai yang menjual makanan dan minuman, maka kami menuju ke Pantai Batu Buruk.
Dalam perjalanan ke Pantai Batu Buruk, kami membeli pakaian mandi di kedai bundle kerana niat kami untuk mandi di Pantai Batu Buruk. Sampai disana, terdapat papan tanda yang mengatakan bahawa dilarang mandi. So, sedih jugak la coz baju telah dibeli.
Kemudian, kami menjamu selera di tepi Pantai dengan makanan yang dibeli oleh mek. Alhamdulillah dapat alas perut sebelum bertolak ke Masjid Kristal Kuala Terengganu.
Kami solat Maghrib kat masjid Kristal sambil menghirup udara segar.
Selepas selesai semuanya, kami singgah makan di Kg.Permaisuri untuk makan malam.
Alhamdulillah kul 12.45mlm kitaorang selamat sampai umah.
Abissss.....
SEMOGA BERBAHAGIA SELAMANYA...
Alhamdulillah, 6hb Jun 2009 (Sabtu), kak mah telah selamat dikahwinkan dengan abg nik. Majlis akad ikah berlangsung di Surau kampung Batang Bergedik yang di nikahkan oleh Tuan Imam Kuala Tiga.
Selepas majlis akad nikah iaitu pukul 12.30, rombongan pengantin bergerak ke rumah pengantin perempuan. Bacaan doa selamat dimulakan oleh Tuan Imam dan hadirin menjamah makanan yang disediakan. 

Majlis perkahwinan ini disambut dengan sederhana dan penuh kemeriahan. 10 orang anak2 Hussin dan Halimah telah memberi sokongan yang padu.

Doa dan harapan daripada keluarga agar kak mah dan abg nik berbahagia selamanya. Moga keluarga yang dibina adalah atas dasar Islam dan akan melahirkan generasi pejuang2 Islam yang sejati.
disediakan oleh: MOHD SHAMSUR

Lakaran sejarah dicipta apabila buat pertama kalinya Hari Keluarga Hussin & Halimah berjaya dianjurkan pada 25 - 26 Januari 2009.
Hari Keluarga ini telah lama dirancang oleh ahli keluarga. Akhirnya beberapa ahli keluarga telah mengambil inisetif dengan merancang dan mengatur segala aktiviti agar program Hari Keluarga dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Akhirnya tarikh 25 - 26 Januari 2009 dipilih kerana pada masa tersebut ramai ahli keluarga akan pulang ke kampung sempena Cuti Perayaan Hari Raya Cina dan bersempena UlangTahun Kelahiran Mek.
Dengan berkat kesabaran dan kesungguhan..maka Hari Keluarga dapat dijayakan dengan pelbagai aktivit yang dirancang dapat dilaksanakan. Dua hari satu malam di Chalet Pantai Sri Telung, Melawi, Bachok, Kelantan. Pada program hari keluarga sebanyak 7 chalet telah disewa bagi penginapan dan 3 khemah dipasang.
Hari Pertama : 25 Januari 2009
- Bersiap-siap/berkemas-kemas untuk bertolak ke tempat lokasi perkehlahan Hari Keluarga iaitu di Chalet Pantai Sri Telung, Melawi, Bachok, Kelantan.
- Sampai di tempat lokasi, gotong royong memasak makanan tengahari.
- Aktiviti sukaneka:
* mencari ketam paling banyak kategori kanak-kanak.
* membina Istana Pasir kategori wanita
* pertandingan bola kategori lelaki
- Aktivit malam:
*BBQ
*Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Lahir Ibu
*Majlis Penyerahan Bunga Mek & Ayah
*Majlis Memotong Kek
*Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang sukaneka
- Bersiap-siap/berkemas-kemas untuk bertolak ke tempat lokasi perkehlahan Hari Keluarga iaitu di Chalet Pantai Sri Telung, Melawi, Bachok, Kelantan.
- Sampai di tempat lokasi, gotong royong memasak makanan tengahari.
- Aktiviti sukaneka:
* mencari ketam paling banyak kategori kanak-kanak.
* membina Istana Pasir kategori wanita
* pertandingan bola kategori lelaki
- Aktivit malam:
*BBQ
*Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Lahir Ibu
*Majlis Penyerahan Bunga Mek & Ayah
*Majlis Memotong Kek
*Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang sukaneka
Hari Kedua: 26 Januari 2009
- Aktiviti sukaneka:
* Kail botol kategori wanita, lelaki dan kanak-kanak.
* Tiup belon kategori wanita dan kanak-kanak
* Bowling buah kelapa kategori wanita dan lelaki
* Tarik tali kategori wanita dan lelaki
* Mencari harta karun
* Majlis Penyampaian Hadiah
InsyaAllah Hari Keluarga Hussin & Halimah kali ke-2 akan dianjurkan pada tahun 2010. Tunggu....
Disediakan oleh:
Mohd Kasturi
- Aktiviti sukaneka:
* Kail botol kategori wanita, lelaki dan kanak-kanak.
* Tiup belon kategori wanita dan kanak-kanak
* Bowling buah kelapa kategori wanita dan lelaki
* Tarik tali kategori wanita dan lelaki
* Mencari harta karun
* Majlis Penyampaian Hadiah
InsyaAllah Hari Keluarga Hussin & Halimah kali ke-2 akan dianjurkan pada tahun 2010. Tunggu....
Disediakan oleh:
Mohd Kasturi









