Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

SELSEMA BABI (H1N1) MEREBAK DI APIUM NILAM PURI

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, July 29, 2009 2 Pendapat

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) kampus di Nilam Puri dimaklumkan telah merebaknya kes H1N1(Selsema Babi) pada hari ini (29 Julai). Kampus tersebut hanya dipisahkan dengan sebatang jalan sahaja dengan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah dimaklumkan melalui surat di setiap bahagian pentadbiran dan pelajar KIAS supaya mengambil langkah berjaga-jaga. Saya (Faizul) pada jam 1 tengah hari tadi masih berlegar-legar di kawasan kedai makan masa itu melihat, ramai pelajar UM yang berkeliaran lagi di kawasan itu sebelum arahan itu mungkin dikeluarkan selepas pada waktu rehat.. Semoga KIAS terhindar daripada penyakit ini.. wasalam..

Pemandangan KIAS dari Universiti Melaya yang hanya seberang jalan.

Disediakan Oleh:
Faizul

Rehlah d'Balok Kuantan - Pasti As-Syekireen

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, July 27, 2009 1 Pendapat

Kuantan (26-07-09): Alhamdulillah, pada hari sabtu (semalam), Abang sekeluarga pergi ke Pantai Balok, Kuantan krn Sekolah Pasti (tempat Harith & Fahmy belajar) anjurkan Rehlah. Pelajar kat pasti tu seramai 39 orang. Hampir semua terlibat bersama ahli keluarga masing2.
Kami mula berkumpul di pasti pukul 7.00pg. Bertolak ke Kuantan pukul 8.05pg. Alhamdulillah sampaik kat pantai jam 10.00pg. Lama gak ambil masa perjalanan kerana melibatkan 11 buah kereta. Manakala sebuah ven yang membawa pelajar rosak dalam perjalanan. Alhamdulillah masalah lain tak ada.
Pelbagai program ada kat pantai tersebut seperti pertandingan mewarna, lumba lagi, bola pantai dll. Alhamdulillah seronok. Kami bertilak balik jam 2.30ptg.

Sambutan Hari Lahir Ainaa

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 3 Pendapat


25hb. Julai 2009, kami mengadakan majlis sambutan hari lahir Ainaa secara kecil-kecilan je. Tapi bila jiran-jiran pakat bagi kuih muih jadi meriah pulak. Dari 5kg mee jadi 13kg, ramai juga yang datang.

Majlis dihadiri anak-anak jiran dan kawan-kawan Ainaa. Kak Ma tumpang sekaki, dia ajak ustazah serta serta kawan-kawan ngaji dia.

Gambar semasa majlis tak dapat diambil sebab Abang Saipu kerja sehingga jam 5:30. Sampai rumah majlis dah habis ~6:30petang.

Terima kasih pada jiran-jiran yang menyumbangkan kuih-muih, buah-buahan dan penat lelah mereka menjayakan majlis tersebut.

Setinggi terima kasih juga kepada yang bagi sumbangan hadiah.

Inilah hadiah yang Ainaa perolehi. Buat Ainaa semoga panjang umur dan murah rezeki. Jangan lupa pada semua kawan-kawan yang datang. Ada ubi ada batas…..

post by Abang Saipu

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ HALIM DAN ILYAS

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, July 26, 2009 2 Pendapat

Keluarga Hussin mengucapkan ucapan takziah kepada Keluarga Allahyarham Ustaz Abdul Halim bin Ramli, 41 dan Keluarga Mohd Ilyas bin Zakaria,24 (anak Pok Ya) yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Julai 2009. Ustaz Abdul Halim yang meninggal dunia pada jam 8.00pg di Hospital Besar Tanah Merah akibat penyakit jantung dan serangan paru-paru berair selepas dua hari dimasukkan ke hospital berkenaan. Allahyarham merupakan seorang yang aktif dalam perjuangan Islam dan program masyarakat malah memegang jawatan Ketua Penerangan PAS kawasan Tanah Merah. Kehilangan Ustaz Halim begitu dirasai oleh seluruh penduduk kawasan Tanah Merah terutamanya yang pernah mendengar tazkirahnya yang lantang di masjid-masjid seluruh Tanah Merah termasuk Masjid Peralla.

Allahyarham juga sebelum ini merupakan anggota jawatankuasa Pemuda PAS Kelantan dan pernah mengetuai Dewan Pemuda PAS Jeli sebelum berlaku persempadanan baru pilihan raya malah seorang yang berjaya dalam perniagaan. Sempat juga bertugas di Manek Urai untuk menjayakan PAS pada pilihan raya yang lepas. Ayah, Mek sekeluarga sempat melawat pada hari tersebut yang turut dihadiri oleh exco-exco dan ADUN Kerajaan Negeri Kelantan.

Manakala, Allahyaryam Mohd Ilyas juga meninggal pada hari yang sama pada pagi tersebut dirumahnya Kampung Batang Bergedik selepas mengalami penyakit misteri yang lama. Allahyarham meninggal dunia selepas penyakitnya itu telah sembuh sepenuhnya mengikut kata ayahnya kepada Ayah dan Mek semasa pergi melawatnya. Allahyarham Ilyas telah dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Pauh manakala Allahyarham Ustaz Halim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Batang Merbau Tanah Merah pada masa yang sama. Al-Fatihah.

Disediakan Oleh:
Ja&Joe

UJIAN KAWAD

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, July 25, 2009 0 Pendapat

Pada 14hb Julai 2009 yang lalu, peserta kursus dikehendaki menduduki ujian kawad. Terdapat dua bahagian bagi ujian kawad ini... Pertama: Ujian Bertulis. Kedua: Ujian Kawad secara individu. Ujian bertulis ni berkisar tentang hukuman/arahan kawad, tujuan kawad, lagu kawad dan sebagainya. Manakala ujian kawad secara individu ni, peserta kena buat tindakan sebagaimana yang diarahkan seperti pusing kanan, kira, belakang, kebelakang pusing, tukar langkah, hormat ke hadapan hormat, selaku terima sijil dan sebagainya.

Dalam ujian kawad ni, alhamduillah kas dapat jawab dengan elok bagi ujian bertulis.. maklumlah jawapan-jawapan telah bocor pada malam sebelum ujian dibuat. Manakala ujian kawad secara individu, kas dapat lakukan dengan baik walaupun ada yang silap.

Selepas ujian kawad, semua peserta membuat latihtan kawad persembahan dan kawad hormat. Kat bawah tu kas letakkan clips ujian kawad secara individu yang kas buat.


Disediakan oleh: Mohd Kasturi

CERITA DARI MELAKA - KAWAD OH KAWAD

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, July 24, 2009 0 Pendapat

Cerita dari Melaka kembali semula selepas sekian lama menyepi kerana kesibukkan aktiviti yang terpaksa dilalui sepanjang berkursus di Melaka. Kali ini kas nak melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah kas lalui sepanjang berkursus PPIP di Akmal, Melaka.

A)UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN


Minggu pertama, kesemua peserta kena melalui ujian kecergasan jasmani. Ujian ini akan mengukur kekuatan dan ketahanan fizikal para peserta sebelum berhadapan dengan latihan kawad selama dua minggu. Pelbagai skop ujian kecergasan yang dilaksanakan salah satunya ialah berlari. Memenatkan tapi menyihatkan.

B) BAJU KAWAD & KILAT KASUT


Oleh kerana peserta kursus harus melalui latihan kawad selama dua minggu. Maka sebelum latihan tersebut, kas dan kawan-kawan pergi memohon peralatan kawad seperti baju, kasut, tongkat, bering dan sebagainya. Manakala pada sebelah malamnya, kas dan kawan-kawan berkumpul untuk mengilatkan kasut kawad yang harus dikilat sehingga boleh dibuat cermin. Namun malangnya, kasut kas tak pernah kilat coz kas tak beberapa pandai sangat mengilat kasut. Peserta yang kasutnya tidak kilat akan didenda oleh jurulatih samada hentak kaki 10kali atau 1 papan (lari satu round).

C) KAWAD OH KAWAD

Bermua 7.07.09 sehingga 17.07.09 latihan kawad bermula. Maka kas dan kawan-kawan kena menjalani latihan kawad bermula pada pukul 7.30pagi sehingga 2.30petang dan bersambung semula pada pukul 5.00petang sehingga 6.30petang. Memang menenatkan aktiviti kawad ni, sehinggakan kulit gelap kerana terbakar di bawah cahaya matahari yang panas dan terik. Kalu tengok di dalam gambar di atas, ramai yang kepenatan. Dalam kawad ni kena belajar kawad asas, kena belajar hukuman/arahan kawad, ada ujian dan ada persembahan kawad. Ujian & Persembahan kawad akan kas cerita di bawah tajuk yang spesifik nanti.

Sekian dulu cerita kas dari Melaka. Banyak lagi cerita yang kas nak tulis. Tunggu.....

Daripada: Mohd Kasturi

Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 5)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, July 23, 2009 2 Pendapat

Salam sejahtera kat semua, baru je jumpa dalam slot ini beberapa hari lepas dalam siri ke 4. So, sebab dah lama dah bertangguh pada siri lepas jadi siri ke5 pun mengekori rapat tidak sabar nak disiarkan. Pada kali ini hal musim durian tetap menjadi topik utama dalam keluaran ini. Dengan durian semua boleh jadi dan mencorak ceria suka duka. Sebut hal durian, buat masa ni musim durian dan mencapai tahap kemuncaknya apabila jumlah durian yang luruh terlalu banyak sampai tidak habis untuk dimakan, dijual dan dibahagikan kepada orang lain dan program-program kat kampong.

LEPUK DURIAN

Jadi, bila situasi ini berlaku maka beberapa benda mula boleh dibuat terutamanya untuk menikmati durian pada masa yang lama. Selain durian boleh dijadikan jemput, durian juga boleh dibuat sebagai tempoyak dan 'lepok' (seakan dodol durian) dan boleh disimpan dalam masa yang lama. Jom kita pergi jenguk kat rumah proses-proses membuat Lepok Durian yang memang perlu banyak guna tenaga dan masa untuk disiapkan. Maka, bermulah mek, ayah, Dah, Kak Yatie, Abe Kamil, Ja dan Joe pun memulakan operasi ini dengan membuka dan mangasingkan durian dari bijinya..Selepas beberapa jam, acara memasak pun bermula…

Sebenarnya, masa nak kacau la paling letih. Dah la berat, masa nak boleh masak pun kena kacau sehingga 6-8jam baru jadi lepok. Sebelum ni masak dah sekali kat luar rumah menggunakan kawah. Yang ni pulak kat atas rumah sampai ke malam baru boleh makan. Jadi, boleh la sape-sape nak rasa lepok durian yang dibuat sendiri..:-)


KUNJUNGAN KAWAN AZI KE RUMAH

Seterusnya, nak diceritakan tentang kehadiran kawan-kawan azi kat rumah. Kehadiran mereka tidak lain dan tidak bukan adalah nak merasai sendiri musim buah di kampung kita. Seramai 4 orang telah datang dan semuanya bukan dikalangan yang tinggal di kampung. Jadi, oleh kerana tidak biasa di kampung, pengalaman mereka sangat bermakna di kampung ini.

Bila tibanya diorang dirumah, banyak lah aktiviti yang dirancang. Antaranya seperti pergi ke kebun cari durian, makan durian yang kat danga (pondok durian), panjat rambutan, manggis, duku dan lain-lain. Mereka juga sempat berjalan-jalan di kolam ikan keluarga dan memberikan makanan ikan. Kadang-kadang berjalan kaki, kadang-kandang naik land rover. Barula diorang dapat rasa panjat bukit tinggi sampai kadang-kadang hampir nak merangkak sebab nak tumbang..:-).
Itulah pengalaman azi dan kawan-kawannya semasa datang kerumah sampai duk tringin untuk datang lagi, ditambah pulak anak-anak sedara turut sertai. Tetapi ada jugak permintaan tak tercapai seperti pergi melihat sendiri reban ayam JaJoe dan mandi kat sungai kerana dua hari dua malam dirumah memang pendek untuk pergi semua tempat. Lihatlah gambar-gambar yang sempat dirakam…


KOLAM IKAN KELI SIAP DIBINA

Sebelum siri ke5 tamat, mari kita lihat perkembangan kolam ikan keli ayah yang ke2 dulu. Selepas pembinaan memakan masa sebulan, kolam kedua telah pun siap dibina dan macam biasa la, benda yang pertama akan dibuat oleh cucu-cucu ayah ialah dijadikan sebagai kolam mandi… maka, lengkap dengan seragam pun terus terjun ke 'kolam renang' yang baru dibina… ayah pun duk termenung la nak bagi ada juga kolam mandi keluarga yang dibina khas.:-)
Justify Full Gambar diatas yang bahagian bawah itu kolam ikan keli pertama. Sekarang 2000 lebih anak ikan keli dilepaskan yang dijangka mula boleh dimakan dan dipasarkan pada bulan ramadhan nanti.. penjagaannya juga telah dibantu oleh kak mah dan suaminya telah meringankan kerja-kerja ayah dirumah.

Disediakan Oleh:

Ja & Joe

MENJENGUK AKTIVITI DI KAMPUNG (siri 4)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, July 21, 2009 2 Pendapat

Selamat bersua kembali kepada semua pelayar laman blog keluarga hussinhalimah. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa slot "Menjenguk Aktiviti Di Kampung" sunyi sepi tanpa berita hampir dua minggu. Sebenarnya, penerbit (JaJo) semenjak dua menjak ini diselubungi kesibukan tugas masing-masing. Jo sekarang sibuk dengan kerjanya sebagai PA di Kolej KIAS, tempat yang jo belajar dulu. Manakala Ja pula sibuk dengan tugas-tugas menjaga ayam daging yang diternak, menolong mek ayah di kampung dan menguruskan hal-hal untuk meneruskan pengajian di Indonesia. Pendek kata, si kembar sekarang sibuk dengan tugas yang mereka perlu uruskan yang akhirnya maklumat dari kampung tidak dapat dihebahkan di dalam blog dengan cepat dan terkini.

Di dalam Siri 3 ini, penerbit akan menceritakan dua peristiwa yang penting yang terjadi di kampung iaitu Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai dan Kisah Lori Pok Su.

PILIHANRAYA KECIL DUN MANEK URAI

Disebabkan semangat Mek dan Ayah memang tidak boleh disekat lagi, Mek bersama Ayah yang masih tidak berapa gagah lagi telah merancang untuk pergi ke proses penamaan calon dengan ditemani oleh Ja sebagai driver. Maka, pagi-pagi lagi Mek dan Ayah pun bersiap sedia dengan satu beg bendera bulan terus bertolak ke Kuala Krai. Walaupun terperangkap dalam jem yang lebih 5km, perjalanan tetap diteruskan untuk sampai di tempat penamaan calon sehingga berjaya tiba di tempat yang dituju. Lihatlah gambar yang sempat dirakam….

Semangat Ayah dan Mek tidak terhenti begitu sahaja walaupun Mek dan Ayah baru sahaja balik dari Klinik kerana kurang sihat, Mek & Ayah terus merancang untuk pergi sekali lagi ke Manek Urai semasa pembuangan undi. Mek & Ayah ditemani oleh Ja telah berada di Manek Urai sehingga pengumuman keputusan pilihanraya Dun Manek Urai dibuat.

Tengok la betapa semangatnya Mek & Ayah di dalam pilihanraya kecil di Dun Manek Urai, ni tak termasuk bendera yang dikeluarkan di kiri dan kanan kereta lagi..hehehe..siap sampai kat rumah lagi bendera tidak dibuang pada malam tersebut. Ni la kereta yang mendapat perhatian ramai, tapi yang sedihnya hon pulak tak berbunyi untuk balas serangan hon yang bertubi-tubi kepada kereta tersebut tanda tarikan.:-). Walaupun kemenangan tipis di sana, tetapi dengan kekuatan yang terlalu besar yang digunakan oleh pihak lawan, namun pertahanan para petugas tetap utuh hingga kesaat akhir.


LORI POKSU TIE NYARIS TERBALIK DAN JATUH CURANG!!!!

Yang ni memang berita yang mencemaskan yang terjadi di kawasan kebun durian. Ia terjadi semasa Pok Su Tie yang membawa lori ke kebun untuk mencari dan mengangkut durian bersama Mek dan Abang Nik. Lori diletakkan dilereng bukit cuba dipusingkan untuk menuruni bukit tetapi keadaan bukit tinggi dan jalan yang licin menyebabkan tayar tidak dapat mencengkam dan menggelongsor ke lereng bukit. Mek dan A.Nik bergegas ke tempat lori terus menelifon tie serta memanggil Ja dan Joe yang pada masa itu direban ayam untuk mengambil land rover bagi menarik lori tersebut. Ja terus balik ambil landrover dan bergegas ke kebun dengan segera yang hadir seperti hero Hindustan. Jadi, disebabkan keadaan tidak sesuai untuk ditarik, beberapa bentuk percubaan dibuat tetapi gagal….

Oleh kerana land rover terhalang untuk naik, tarikan berbentuk U terpaksa dibuat tetapi gagal kerana kayu yang menahan tidak mampu menampung berat lori. Akhirnya, Poksu mengambil keputusan untuk menyusun kayu sebagai titi dan bergerak dengan bantuan land rover menarik sebelah sisi sebagai berjaga-jaga daripada terbalik ke curang. Akhirnya, cara tersebut telah berjaya. Aksi-aksi itu tadi tidak dapat dirakam kerana jurugambar pun kalut ribut pada masa itu. Maklumlah, kena jadi hiro sampai kain pelekat pun tak sempat tukar…hehehe

Disediakan oleh: Ja & Jo

Oh Kantin... Tempatku Mencari Rezeki...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, July 16, 2009 1 Pendapat

Kantin Sek. Keb. (RKTP) Kampung Awah


Assalamualaikum semua...

Lamo bena blog keluarga kito x di-update, mungkin semua dalam keade'e sibok. oleh itu, abe masukke sedikit gambare berkene'e tepok abe dok nego di pehe.

Meniago di keten ni x susoh sangat, cumo bilo setoh bab make ni, cerewek bendo nombo satu lah. Al-maklumlah, silap cikit, kesenyo banyo... pulok kalu ado keracunan makene. oleh itu, beringat2lah sokmo daripada terkeno secaro mengejut.

Cerito pasa nego makene, bule romaddhe ni abe ado tempoh gerai romadhe. Dekat peke kg awah. tok jauh dr umoh tpt abe dok. Tujue x lain x buke, nok cari dana keguno'e rayo nanti. Kalu dpt lebih, dpt sambok lebih cikit... pepn, berserah kepada Allah, kito hanya usoho.

Bazar romadhe tu abe cade nok jual Nasi Ayam Apollo, Sup tule, bihun/mee sup, sup daging/ayam. Yang lain2 mungkin kelapa jelly dan air gau.

Berbalik pasa blok keluargo kito ni, abe raso cemuo tengoh cibok do'oh. Tapi takpo, kure2 lame sembe update jugok...

Pepon, insyaAllah jopo rayo ni dumoh...

Lupo nok oyak, rayo ni keno gilir umoh kak sue. mungkin rayo ke duo abe kelik umoh. Pasal majlis Jo & kas tu, kito cubo buat persiape awal. Hok moleh kalau ado meeting, bentok AJK. Klu ado Kertas kijo lagi baik. Napok halo tuju.
Oklah, Abe kat jabat Kawase ni. Ado kijo lajnah ict. Cade no laca Laman Web 15/08/09 ni. tu yg semnggu duo ni brule ko pejabat kawase.

Pepun, mugo Allah Rahmati keluarga kito...

Allahuakhbar 3x

BOTAK KALI KE-3 - KURSUS PPIP

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, July 10, 2009 0 Pendapat


Kas sekarang berada di Akademik Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) yang terletak di Bukit Baru, Melaka Bandar Bersejarah. Kehadiran kas di sini adalah untuk mengikuti Program Pengajian Iktisas Perkastaman (PPIP) selama berbulan-bulan iaitu bermula pada 6 Julai 2009 sehingga 11 September 2009.

Hari pertama sampai.....peserta lelaki dikehendaki menguntingkan rambut paras satu. Maka buat kali ke-3 kepala kas botak. Semuanya botak gara-gara untuk berkursus di AKMAL Melaka. Sebelum ni tak pernah kas kepala botak.


Banyak aktiviti yang perlu kas ikuti dalam PPIP ni... macam-macam aktiviti. Yang paling terdekat ialah....aktiviti kawad selama dua minggu. Jawabnya...hitam la kulit kas nanti kerana akan berkawad bermula pukul 7.30pagi sehingga 2.30petang setiap hari selama dua minggu.

Kas akan cerita pasal kawad apabila abis aktivit kawad nanti...dah seminggu berkawad. Memang memenatkan dan kulit pun dah gelap.

Kat bawah ni kas letakkan clips video yang kas rakam menggunakan telefon bimbit kas... video clips tersebut ialah untuk lagu kastam, lagu akmal dan model gunting rambut.

Sekian sahaja dari kas di AKMAL Melaka.

Disediakan oleh: Mohd Kasturi

AKMAL MEMANGGIL NAMA KU PD 5 JULAI - 11 SEPT 2009

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, July 4, 2009 0 Pendapat


Baru seminggu pulang dari berkursus Iduksi Umum (PPOP) di AKMAL Melaka Selama Tiga Minggu. Kini AKMAL memanggil namaku semula untuk menjalani kursus Induski Asas (PPIP). Namun kursus kali ini agak panjang dan lama iaitu bermula 5 Julai 2009 sehingga 11 September 2009. Satu tempoh yang agak lama yang sudah pasti pelbagai aktivit dan program yang perlu dilalui/diikuti.

Untuk mengikuti kursus PPIP ni, maka buat kali ke-3, kas terpaksa potong rambut (nombor 1). Maksudnya, kepala kas botak lagi laa......kesian..rambut yang hari tu tak sempat nak panjang. Namun dalam kursus ni yang bestnya...makan minum disediakan. Pendek kata..boleh jadi gemuk kali tak kawal diri. Tapi yang tak bestnya, bila kursus ni kena buat assignment, ada ujian, ada kawad, dan ada kelas. Memang memboringkan, tapi terpaksa la kena lalui dan kena buat.

So welcome to AKMAL agains.

Sekian.

Disedikan oleh: Mohd Kasturi

BEST BALIK KAMPUNG... NOW AT KL.

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 1 Pendapat

Alhamdulillah kas selamat sampai ke KL pada pukul 3pagi 4/7/09 selepas bertungkus lumus drive sorang-sorang dari Kelate ke KL. Seronok dapat balik ke kampung. Sepanjang 3hari di kampung, macam-macam aktiviti yang boleh dibuat. Fikiran pun tenang sikit coz tak perlu fikir kerja dan kursus.


A) GOTONG ROYONG KERAT DAGING LEMBU


Pada malam 2/7/09, Majlis Gotong Royong Kerat Daging Lembu di adakan di kampung. Ia adalah sempena Majlis Perkahwinan Anak Sidi Hamat dengan Anak Abe Jin. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan satu kampung. Jadi majlis perkahwinan menjadi meriah sebab rumah pengantin lelaki dengan perempuan dekat sahaja. Jalan kaki pun sampai. Gambar masa diaorg berkahwin/bersanding tak ada coz kas tak pergi masa majlis tu. Kas hanya pergi tolong kerat daging lembu dan juga pergi makan nasi.

B) KOLAM IKAN KELI DIBESARKAN

Akhirnya kolam mandi hari tu telah dimasukkan ikan keli. So, tak dapat la kas nak mandi manda lagi. Namun berita baiknya, apabila ayah telah membesarkan kolam yang sedia ada...dengan membuat satu lagi kolam yang lebih besar di sebelah kolam yang ada. Pendek kata...nanti kolam tu dah siap, gerenti kas boleh mandi lagi. :)

C) JENGUK-JENGUK HAIWAN PELIHARAAN


Masa balik kampung la waktu yang sesuai untuk jenguk-jenguk haiwan peliharaan Ibu dan Ayah. Ibu (mek) kas memelihara lembu yang akan dilepaskan di dalam kebun getah belakang rumah. Kebun tersebut dikelilingi oleh pagar-pagar agar lembu tersebut tidak keluar merosakkan tanaman orang. Hasil usaha ibu (mek), sekarang lembu yang dipelihara melebihi 12ekor. Manakala, ayah kas plak sekarang pelihara burung puyuh. Alhamdulillah puyuh tersebut telahpun mengeluarkan telurkan. Best jugak dapat makan telurnya.

D) DURIAN OH DURIAN



Bab makan durianlah yang paling best. Seronok betul bila sekarang dah musim buah-buahan. Kat kebun tu ada durian, rambutan, dokon, seto(maggis). Peluang yang ada ni, kas tak lepaskan...coz setiap pagi dan petang kas akan ke kebun utk makan buah durian. Dengan kemudahan danga dua tingkat yang dibuat memberi keselesaan untuk kas makan durian sepuas-puaskan. Sedap sehingga menjilat jari jemari.

Sekian.

Daripada: Mohd Kasturi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN