Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

GST Talk oleh Kas

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, March 31, 2010 0 Pendapat

Pada 10/3/2010 dan 30/3/2010, kas telah ditugaskan untuk memberi talk GST kepada staf kastam bagi kategori professional dan pengurusan. Pada 10/3/10, kas ditugaskan untuk memberi talk tajuk GST Ruling, Tribunal & Miscellaneous. Manakala pada 30/3/10, kas ditugaskan untuk memberi talk tajuk "Registration".

Ini merupakan kali pertama kas kena buat talk di depan orang ramai dan talk kas adalah dalam bahasa melayu. Jadi sebelum kena buat talk tu, kas kena buat persediaan dengan membuat slide power point. Dalam slide power point tu kas selitkan gambar-gambar kartun dan gambar-gambar pemandangan.

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kas sampaikan talk tu walaupun peringkat permulaan rasa terkedu-kedu jugak. Oh ya, kas kena bagi talk sebab kas adalah salah seorang ahli pasukan gerakerja GST WPKL. Pasukan ni ditugaskan untuk menjelaskan GST kepada seluruh warga kastam WPKL.

Disediakan oleh:

Kas (31/3/2010)

KURSUS GST (TOT) DI AKMAL MELAKA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, March 27, 2010 0 Pendapat

Pada 14 - 19/3/2010, Kas sekali lagi pergi ke Akademi Kastam Dirajaya Malaysia (AKMAL) yang terletak di Melaka untuk mengikuti kursus GST (TOT). Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan tenaga pengajar, fasilitator dan pengawai rujuk GST di peringkat negeri dan melaksanakan program KSA dan e-KSA GST. 
Sepanjang berkursus selama seminggu, kas dapat belajar banyak perkara berhubung konsep, prosedur dan perundangan GST. Apa itu GST? GST merupakan Good and Services Tax iaitu satu sistem cukai baru yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan. 

Di Akmal, Kas menginap di ABID 7 iaitu sebuah aparment. Gambar-gambar ABID 7 boleh dilihat di bawah.

Banyak ilmu GST yang diperolehi sepanjang berkursus.

Disediakan oleh:

Kas (27/3/2010)

MAJLIS PERKAHWINAN AZI & MAT (13/3/2010)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, March 21, 2010 1 Pendapat

Alhamdulillah pada 13/3/2010, Majlis Perkahwinan Azi dengan Mat telah berlangsung dengan jayaya. Majlis akad nikah telah dilakukan pada malam 12/3/2010. Majlis sambutan Perkahwinan Azi & Mat dibuat serentak dengan Majlis Menyambut Menantu Hafsan & Ashiah. Sambutan majlis tersebut amat meriah kerana rombongan kedua-dua belah pihak yang agak ramai serta kehadiran saudara mara, penduduk kampung dan kawan-kawan pengantin telah menceriakan lagi majlis tersebut.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Mat & Azi. Semoga rumatangga mereka berdua akan dihiasi dengan kebahagian, diberkati dan dimurahkan rezeki.

Sekian.

Disediakan oleh:
Kas & iza (20/3/2010)

PERTANDINGAN BOWLING CAS 2010

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, March 20, 2010 0 Pendapat

Pada 6/2/2010 tempat kas kije telah anjurkan perlawanan Bowling bagi memilih wakil cawangan untuk ke perlawanan peringkat Bahagian. Pengarah projek perlawanan Bowling ialah Syukri (Dato S) iaitu jiran sebelah rumah kas merangkap kawan baik. Perlawanan ini disertai oleh 28 orang dan diadakan di IOI Mall Puchong.

28 orang yang terdiri daripada staff Cawangan Auditan Syarikat dan ahli-ahli keluarga telah dipecahkan kepada 7 kumpulan.

Pertandingan Bowling ini dimenangi oleh Kumpulan yang terdiri daripada orang-orang hebat iaitu kumpulan Syukri dan Kumpulan Datin Shamsiah. Juara keseluruhan pula di menangi oleh Syukri. Manakala, kas plak tidak mendapat hadiah sebab tak hebat adn tak berjaya jatuhkan pin tu dengan banyak.

Perlawanan Bowling ini telah berjaya berlangsung dengan jayanya.

Disediakan oleh:
Kas  (20/3/2010)

2HARI 1MALAM DI KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG PERAK

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, March 19, 2010 1 Pendapat


Pada 13/3/2010 selepas majlis perkahwinan Hafsan di Perlis. Rombongan ahli keluarga dan saudara mara telah bercadang untuk berkhelah dan beristirehat di Kolam Air Panas Ulu Legong, Perak. Dari Perlis, ahli keluarga berhenti rehat di R&R Gurun, sebaik tiba di perhentian gurun, kereta Abg Kamir telah mengalami masalah yang akhirnya terpaksa di tarik oleh penarik kereta untuk dibaiki. Kemudian, ahli rombongan keluarga terus bergerak ke tempat yang dituju. Alhamdulillah semua selamat tiba di tempat rekreasi kolam air panas. Disitulah ahli rombongan mengambil pakej homestay 2hari 1malam.Pengarah Projek bagi program ini ialah Abg Saipu & Kak Ma.

Suasana Homestay yang didiami oleh ahli-ahli rombongan keluarga. Selepas solat berjemaah dan makan malam, maka bermulalah aktiviti mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Tiket masuk ialah RM4 untuk sehari.

Pendek kata ramai betul orang yang mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Kolam air panas terdiri daripada beberapa kategori iaitu kategori kanak-kanak, kategori suam-suam, kategori panas sederhana dan panas meletup.

Selepas penat mandi untuk kali pertama, maka ahli rombongan keluarga balik berehat untuk tidur. Kemudian pada pukul 5 pagi, aktiviti mandi di kolam air panas kembali berlangsung. Ramai ahli rombongan bangun awal untuk mandi manda di kolam panas di waktu pagi dan ada juga ahli rombongan yang tidur dengan nyenyaknya.

Pada pagi 14/3/2010, aktiviti memasak nasi goreng yang diketuai oleh MokLong telah berlangsung. Ahli keluarga dan saudara-mara menikmati juadah makanan pagi. Kemudian dalam masa yang sama, aktiviti memotong kek kahwin Hafsan telah dilakukan. Kek tersebut dipotong dan dirasmikan oleh Abdullah Harith (Anak Shamsuri).

Selepas selesai makan dan minum pagi, ahli keluarga dibawa oleh tuan rumah untuk mandi manda di sungai sejuk yang berhampiran dengan rumah mereka.
Tak sangka, rupa-rupanya di Ulu Legong ni terdapat kolam air panas dan sungai air sejuk. Maka pada pagi tersebut, ahli keluarga pakat mandi manda di sungai air sejuk tersebut. Kemeriahan dan kecerian terpancar di wajah setiap ahli keluarga apabila dapat mandai beramai-ramai. Suasana romantik juga telah menghiasi pasangan-pasangan suami isteri.

Selepas penat mandi manda dan beristirehat di Ulu Legong. Maka aktiviti pulang ke kampung bermula, namun ditengah jalan, pihak rombongan telah singgah di rumah Wan (Suami Hamidah) yang terletak berhampiran dengan ulu legong.

Selepas minum dan makan kuih muih di rumah wan (Hamidah), maka ahli keluarga mula bertolak untuk balik ke Kelantan. Kemudian, ahli keluarga singgah di perhentian Perah - Jalan Gerik untuk menikmati makan tengahari dan menunaikan solat. Alhamduillah best-best makanan yang disediakan di gerai-gerai yang ada di situ.
Selepas selesai makan dan solat, maka ahli keluarga bertolak balik ke Kelantan. Pemandangan indah dapat di lihat sepanjang l

Alhamduillah, semua ahli rombongan telah selamat sampai di kampung.

Disediakan oleh:

Kas & Iza (19/3/2010)

MAJLIS PERKAHWINAN HAFSAN & ASHIAH

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, March 16, 2010 1 Pendapat


Alhamdulillah pada 13/2/2010, Mohd Hafsan telah sah bergelar suami kepada Ashiah. Majlis Perkahwinan mereka berlangsung di Perlis Indra Kayangan. Kegembiraan dan keceriaan terpancar di wajah pasangan pengantin tersebut. Semoga dan didoakan agar Hafsan & Ashiah akan dapat hidup dengan bahagia dan akan dimurahkan rezeki. Di sini kas & iza mintak maaf sebab lewat meng'upload'kan cerita-cerita ini pada masa yang sepatutnya. Kelewatan ini amatlah dikesali. Semoga gambar-gambar yang diletakkan ini berjaya mengambarkan kemeriahan suasana majlis yang berlangsung.

Gambar di atas merupakan hantaran yang diberikan oleh Ashiah kepada Hafsan.





Malam 12/2/2010, semua ahli keluarga dan rombongan berkumpul di rumah Kak Ma di Pulau Pinang. Pada pagi 13/2/2010, ahli keluarga bertolak dari penang ke perlis dengan 9 buah kereta. Sampai di Perhentian Gurun, ahli rombongan berehat seketika untuk menikmati juadah makan pagi yang dibekalkan. Dek kerana sesat di bandar Perlis, maka rombongan sampai ke masjid yang dituju agak lewat dari masa sepatutnya.







Rombongan berhenti seketika di Masjid yang berhampiran dengan rumah ashiah untuk membuat persiapan bagi pengantin lelaki.






Setelah melalui liku-liku perjalanan, maka rombongan pengantin lelaki selamat sampai ke rumah pengantin perempuan.








Akhirnya akad nikah dilakukan di dalam rumah Ashiah yang dilihat, ditonton dan diperhatikan oleh ramai orang, Alhamdulillah dengan hanya satu lafaz, Hafsan telah menjadi suami kepada Ashiah dengan sahnya.






Selepas sesi akad nikah, maka berlangsung pula sesi penyerahan duit hantaran dan mas kahwin dan juga sesi menyarung cincin di tangan. Kesemua penonton gelak ketawa melihat gelagat hafsan yang segan silu untuk menyarungkan cincin perkahwinan ke tangan ashiah. Namun, dek sokongan dan dorongan yang diberikan oleh orang-orang ramai disekelilingnya, maka cincin tersebut berjaya menghiasi tangan ashiah.

Gambar dibawah merupakan menu-menu yang dihidangkan semasa kenduri kahwin Hafsan & Ashiah.



***************************************************************************





Selepas sesi bergambar dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, maka pengantin telah dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk. Hafsan kelihatan lalu menjamuh makanan yang dihidangkan. Mungkin kerana beliau terlalu lapar dan kepenatan atau mungkin juga kerana belia sedang diselubungi dengan kegembiraan dan keceriaan.

Berikut gambar-gambar suasana maljis perkahwinan Hafsan & Ashiah.








Majlis Perkahwinan Hafsan & Ashiah telah berlangsung dengan jayanya dan penuh kemeriahan. Semoga pasangan pengantin ini akan mendapat keberkatan Ilahi dan dikurniakan kebahagian selama-lamanya dan dimurahkan rezeki dengan dikurniakan cahaya mata dengan cepatnya.

Buat Hafsan & Ashiah, Selamat Pengantin Baru diucapkan. Selamat menempuhi alam berumahtangga.

Disediakan oleh:

Kas & Iza (18/3/2010)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN