Showing posts with label Berita Kampung. Show all posts
Showing posts with label Berita Kampung. Show all posts
23 Febuari 2010, Setelah mengalami kecederaan serius dikepala dalam kemalangan tahun lepas, Penghulu bagi kawasan bukit pauh (bukit pauh & Kampung Batang bergedik) telah telantar sakit hampir satu tahun dan diganti oleh Zahari sebagai penghulu tetap kawasan ini. Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ngulu Hussin ini mengalami pendarahan di kepala yang serius. Allaharharham telah kembali kerahmatullah pagi tadi di rumahnya, Kampung Bukit Pauh.
Semoga Allah merahmati rohnya dan semoga segala jasa yang ditaburkan oleh Allaharham akan mendapat balasan yang sebaiknya. Keluarga Hussin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allaharham dan semoga tabah mengharungi kehidupan walaupun tanpa Allaharham disisi.- Al-Fatihah
Disediakan oleh:
Faizul&faizal
Semoga Allah merahmati rohnya dan semoga segala jasa yang ditaburkan oleh Allaharham akan mendapat balasan yang sebaiknya. Keluarga Hussin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allaharham dan semoga tabah mengharungi kehidupan walaupun tanpa Allaharham disisi.- Al-Fatihah
Disediakan oleh:
Faizul&faizal
20 Febuari 2010, Penduduk kampung yang Batang Gedik dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri di Kampung Ipoh berhampiran selekoh tajam Ipoh dekat asar tadi. Man Soh yang pada ketika itu memandu keseorangan dengan pajeronya dikatakan telah melalui jalan tersebut sebelum kejadian tetapi berpatah balik untuk mengambil barang tertinggal. Semasa melalui selekoh tersebut, Man terbabas dan terus ke dalam sungai. Tetapi semasa kejadian, beliau telah terpelanting sehingga terkeluar daripada pajeronya melalui cermin hadapan sebelum dihimpit oleh pajero di tebing sungai. Man disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Sehingga berita ini ditulis, Allaharaham sedang dimandikan di rumah Moksu bersebelahan dengan rumahnya dan dijangka akan dikebumikan pada jam 11 malam ini.
Allaharham meniggalkan seorang Isteri dan 3 orang anak yang masih kecil di Kampung Batang Gedik (bersebelahan rumah fauzi pembeli getah). Allaharham juga terkenal dengan sikapnya yang baik dan peramah dipenduduk kampung. Walaupun dalam kejadian ini juga kedengaran beberapa maklumat lain sebelum kejadian berlaku tetapi masih tidak dapat disahkan setakat ini Saya akan cuba memaparkan gambar berkaitan pengebumian Allaharham dari kampung sedikit masa lagi... semoga Allaharham diletakkan bersama orang-orang y soleh.. AL-FATIHAH..

Allaharham meniggalkan seorang Isteri dan 3 orang anak yang masih kecil di Kampung Batang Gedik (bersebelahan rumah fauzi pembeli getah). Allaharham juga terkenal dengan sikapnya yang baik dan peramah dipenduduk kampung. Walaupun dalam kejadian ini juga kedengaran beberapa maklumat lain sebelum kejadian berlaku tetapi masih tidak dapat disahkan setakat ini Saya akan cuba memaparkan gambar berkaitan pengebumian Allaharham dari kampung sedikit masa lagi... semoga Allaharham diletakkan bersama orang-orang y soleh.. AL-FATIHAH..

gambar menunjukkan kubur sedang digali oleh penggali kubur setelah dimaklumkan akan dikebumikan pada malam ini juga.
Disebabkan masa sudah larut malam, jezanah ini telah di bawa ke tanah perkuburan dengan bantuan Land Rover bagi mempercepatkan penghantaran kesana.
Allaharham selamat dikebumikan pada tengah malam ni dan semoga dicucuri rahmat..Al-Fatihah
Disebabkan masa sudah larut malam, jezanah ini telah di bawa ke tanah perkuburan dengan bantuan Land Rover bagi mempercepatkan penghantaran kesana.
Allaharham selamat dikebumikan pada tengah malam ni dan semoga dicucuri rahmat..Al-FatihahDisediakan oleh :
Faizul & Fatehah
Keluarga HussinHalimah mengucapkan takziah kepada keluarga Poksu Hussin (air Kerela) diatas pemergian isterinya pada 30 Oktober 2009 (Sabtu). Allahyarhamah mengidap penyakit paru-paru yang menyebabkan paru-parunya menjadi hitam dan dirawat dihospital Kota Bharu 3 hari yang lepas. Pada jam4 petang, Allahyarhamah telah menghembuskan nafas yang terakhir di sisi suaminya yang menemaninya pada masa itu. menurut Poksu Husin, Allahyarham sempat meminta untuk makan buah delima yang dari suaminya kurang setengah jam sebelum beliau disahkan meninggal dunia. Jenazah di tanam di tanah Perkuburan Kampung Batang Gedik pada hari yang sama jam 11.30malam. Semoga Allahyarhamah diletakkan bersama orang-orang yang solehah. AL-FATIHAH.
Oleh kerana pada malam 15hb September 2009 (Selasa) kas akan balik kampung. Maka kas nak ambil kesempatan nak ucapkan SELAMT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI buat keluarga, buat kawan-kawan, buat pembaca blog family Hussin & Halimah dan buat semua.
Kas juga nak mintak maaf banyak-banyak di atas segala silap dan salah yang pernah kas lakukan samada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Semoga kehadiran hari lebaran akan mampu mewarnai memori indah di dalam kehidupan.Oh ya..jangan lupa dijemput datang ke:-
1. Majlis Perkahwinan Kasturi & Asmaliza pada 22hb September 2009(Selasa) - di Ajil, Terengganu.
2. Majlis Perkahwinan Faizul & Siti Fatehah pada 23hb September 2009 (Rabu) - di Tumpat Kelantan.
3. Majlis Menyambut Menantu pada 25hb September 2009 (Jumaat) di Tanah Merah, Kelantan.
Sekian,
Daripada: Mohd Kasturi (15-09-2009)
FAIZAL MENYAMBUNG PENGAJIAN KE KOLEJ UNIVERSITI AR-RANIRI, ACHEH, INDONESIA.
Untuk makluman semua, MOHD FAIZAL akan menyambung pelajaran Ke Universiti Ar-Raniri, Acheh di peringkat Ijazah Sarjanamuda Usuludin dalam Bidang Al-Quran dan Al-Sunnah. Oleh itu, Penerbangan Ke Acheh sebagaimana berikut:
1. Penerbangan Dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota Bharu Kelantan pada 21 Ogos 2009 (Jumaat) pada Jam 8.30 pagi dan akan tiba di Lapangan terbang Kuala Lumpur (KLIA).
2. Pada Jam 11.00 pagi (21 Ogos), Faizal akan bertolak dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Acheh Indonesia .
Faizal bertolak ke sana sehari sebelum puasa dan pengajiannya selama Satu Tahun Setengah. Semoga mendapat kejayaan disana.
MAJLIS KONVOKESYEN FAIZAL DAN FAIZUL.
Majlis Konvokesyen Fazal dan Faizul akan diadakan pada 17 Ogos 2009 (Isnin) di Kompleks balai Islam Lundang. Faizal yang akan menerima Diploma Usuluddin dan Faizul telah menamatkan pengajian Diploma Dakwah dan Kepimpinan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Keluarga Hussin mengucapkan ucapan takziah kepada Keluarga Allahyarham Ustaz Abdul Halim bin Ramli, 41 dan Keluarga Mohd Ilyas bin Zakaria,24 (anak Pok Ya) yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Julai 2009. Ustaz Abdul Halim yang meninggal dunia pada jam 8.00pg di Hospital Besar Tanah Merah akibat penyakit jantung dan serangan paru-paru berair selepas dua hari dimasukkan ke hospital berkenaan. Allahyarham merupakan seorang yang aktif dalam perjuangan Islam dan program masyarakat malah memegang jawatan Ketua Penerangan PAS kawasan Tanah Merah. Kehilangan Ustaz Halim begitu dirasai oleh seluruh penduduk kawasan Tanah Merah terutamanya yang pernah mendengar tazkirahnya yang lantang di masjid-masjid seluruh Tanah Merah termasuk Masjid Peralla.
Allahyarham juga sebelum ini merupakan anggota jawatankuasa Pemuda PAS Kelantan dan pernah mengetuai Dewan Pemuda PAS Jeli sebelum berlaku persempadanan baru pilihan raya malah seorang yang berjaya dalam perniagaan. Sempat juga bertugas di Manek Urai untuk menjayakan PAS pada pilihan raya yang lepas. Ayah, Mek sekeluarga sempat melawat pada hari tersebut yang turut dihadiri oleh exco-exco dan ADUN Kerajaan Negeri Kelantan.
Manakala, Allahyaryam Mohd Ilyas juga meninggal pada hari yang sama pada pagi tersebut dirumahnya Kampung Batang Bergedik selepas mengalami penyakit misteri yang lama. Allahyarham meninggal dunia selepas penyakitnya itu telah sembuh sepenuhnya mengikut kata ayahnya kepada Ayah dan Mek semasa pergi melawatnya. Allahyarham Ilyas telah dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Pauh manakala Allahyarham Ustaz Halim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Batang Merbau Tanah Merah pada masa yang sama. Al-Fatihah.
Disediakan Oleh:
Ja&Joe
Kota Baharu (27.06.09/11.00): Alhamdulillah, Syukur kepada Allah kerana Ayahanda telah selamat dibedah. Ayahanda mula dimasukkan ke dalam bilik bedah kira2 pikul 8pg.
+
Pada peringkat awal, ayahanda mengalami masalah darah naik yang meyebabkan giliran ayah ditundah. Walau bagaimanapun, doktor memaklumkan bahawa ayahanda perlu diteruskan juga kerana bimbang memberi kesan kepada lelah ayahanda.
+
Jam 10.45pg, ayahanda dibawa keluar dari bilik bedah dan dibawa ke wad untuk berehat. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua ahli keluarga yangmendoakan ayahanda serta memberi sokongan moral dsb sehingga membawa kepada kesihatan dan sesejahteraan ayahanda.
+
Antara yang ikut sama dalam ziarah ayahanda ialah, bonda, faizal, hafsan, faizol (jaga ayah kat wad), kak mah, abg nik, mok nah, kak yah abg jat, shamsuri, k.sue, harith, fahmy dan azie.
+
Terima kasih semua.
+
Ikhlas: shamsuri
Ayah sempat menjamu selera nasi minyak yang disediakan sebelum melangkah keluar dari wad
22 JUN, hari ini merupakan hari keempat ayah di wad untuk menjalani pembedahan mata setelah semalam pembedahan ditangguhkan. Apapun yang berlaku ayah tetap sabar menanti dan sudah semakin yakin untuk menjalaninya. melihat pada gelagat ayah, ayah semakin selesa dan biasa tinggal di hospital. Pada hari tersebut seperti biasa ayah diberikan ubat mengikut jadual yang ditetapkan.
Pada jam 10.30 pagi, ayah telah dipanggil untuk memeriksa kesihatan di bilik rawatan yang terletak di wad tersebut. Pada masa itulah ayah dimaklum kan, pembedahan ayah akan dibuat pada hari sabtu kerana pada hari selasa telah penuh untuk memasukkan nama ayah. Oleh itu, ayah dibenarkan balik dahulu dan akan dimasukkan wad kembali pada hari jumaat. walaupun penangguhan ini memanjangkan lagi masa ayah menunggu, tetapi kerinduan ayah dikampung yang dirasai dapat menceriakan ayah untuk pulang ke kampung.
mengikut cerita ayah, semasa dalam pembedahan ayah telah dapat mengetahui keadaan bilik bedah dan ayah sudah yakin dan tidak lagi takut kerana sahabat sebelah katil ayah tidak menampakkan kesakitan selepas melakukan pembedahan. malah nampak ceria dengan kaca mata hitam yang dipakainya. Ayah kini dalam keadaan sihat dan harap supaya semua keluarga sabar dan tenang mananti supaya ayah lebih selesa dan semangat. maklumlah, ayah tak nak menyusahkan yang lain takut nanti bukan ayah gelisah nak malakukan pembedahan tetapi gelisah sebab takut yang anak-anak ayah jadi gelisah kat ayah. jadi, ayah sebenarnya sihat dan tidak perlu risau. Si Kembar akan maklum dari masa ke semasa.. wasalam
Faizul sedang menyimpan barang-barang ayah diwad dan ayah sedang terbaring kerana menunggu surat kebenaran keluar wad yang sedang diproses. ayah nampak sedih nak tinggal wad kerana ada lagi kawan2 lain tak keluar dan mungkin sempat jumpa dengan ayah jumaat nanti. jangan tak nak balik dah la ayaah...hehehe
Dihadapan ayah tu bukanlah artis atau hero hindustan. tetapi ini lah kawan paling rapat ayah sepanjang tinggal diwad. spek mata hitam ini dipakai selepas pembedahan kerana silau pada awal pembedahan. sepatutnya ayah pun sama bergaya seperti kawannya pada hari itu kalau pembedahan tidak ditangguhkan. tak sabar nampaknya ayah ni. tapi kalu ayah pakai macam hero apa ye.. cuba teka..hehehe21 JUN, selepas dua hari ayah dimasukkan kedalam wad, hari ini satu pembedahan yang dijadualkan sepatutnya telah selesai. Tetapi takdir telah menentukan,apabila hampir sejam ayah dimasukkan ke dewan bedah didapati darah ayah mula meningkat naik sehingga mencecah paras 217. oleh kerana itu, pihak doktor yang akan menjalankan pembedahan terpaksa menangguhkan kembali pembedahan tersebut. Hal ini berlaku saat akhir sebelum menjalankan walaupun ayah telah disapu ubat untuk pembedahan pada mata dan sekitarnya.
ikuti laporan yang disediakan:
Sabtu (hari ke2 diwad)
Diringkaska cerita, ayah pada hari ini telah diberikan ubat mengikut jadual dan pemeriksaan telah dijalankan. perkembangan positif apabila dimaklumkan darah ayah dalam keadaan baik apabila mencapai paras 145. Aktiviti ayah seperti biasa dan rehat ayah pun dijaga bagi memastikan kesihatan ayah terkawal. dibawah ini sedikit gambar yang sempat dirakam...
Sebelah kiri ja menemani ayah sesama merawat lelah tapi yang mana sakit dalam gambar tu..hehehe. dan gambar kanan menunjukkan suasana didalam wad.
lawatan dari kampung dan yang sebelah kiri ni bukan pesakit tapi testing katil jap masa ayah pergi tandas sambil bergaya dengan harakah Ahad ( hari dijadualkan pembedahan)
Malam ahad: satu sesi taklimat telah dibuat secara beramai-ramai yang berjumlah 14 orang pesakit berkaitan pembedahan. antara perkara yang disebut seperti persiapan pembedahan, semasa pembedahan dan cara-cara untuk menjaga selepas pembedahan sebelum pulih sepenuhnya. 2 orang doktor bedah akan menjalankan pembedahan dan ayah adalah orang kedua akan dipanggil. Ayah tidur awal pada malam itu bagi memastikan tidur yang cukup.
5.50 pagi : bangun dan solat subuh
6.15 pagi : sarapan pagi ayah lebih awal hari ini kerana pembedahan akan bermula seawal jam 7.30 pagi untuk panggilan pertama.
7.30 pagi : ayah telah diberikan ubat pada mata dan ubat untuk menurunkan darah kerana didapati pagi itu darah ayah meninggkat kepada 190.
gambar kiri: ayah menyedut ubat lelah untuk mengurangkannya. dan kanan doktor memasukkan jarum ditangan ayah
8.00pg : ayah diberikan baju salinan seperti baju, seluar dan topi dan dibuang semua barang-barang lain. ketibaan Mek, Dah dan Haikal
8.40pg : ayah dibawa dengan kerusi roda oleh nurse ke dewan bedah dan di buat semakan darah terakhir sebelum keluar wad. tetapi darah ayah naik sehingga 217. dengan lengkap baju untuk kedewan bedah, ayah terpaksa kembali ke katil dan diberikan ubat dan rehat sehingga ayah tertidur.
ayah dibawa oleh doktor dengan kerusi roda untuk ke bilik bedah, gambar kanan ayah diberi rehat selepas didapati darah ayah kembali naik
10.00pg : Doktor cek darah ayah dan telah turun kepada 167. ayah dibenarkan untuk menjalankan pembedahan.
10.35pg : Ayah dibawa sekali lagi ke bilik bedah dengan kerusi roda untuk menjalankan pembedahan.
11.25 pg : Faizul yang menanti pada masa itu di pintu wad ayah (yang lain tidak boleh masuk kerana bukan waktu melawat) melihat kehadiran ayah dengan keadaan mata tidak berbalut. bila di tanya, didapati ayah terpaksa menangguhkan pembedahan kerana darah ayah naik sehingga 217. ayah yang masih merah dan sedikit bengkak pada matanya kesan dari ubat sebelum pembedahan direhatkan kembali ke katil. Ayah tetap diberikan semangat oleh ahli keluarga dan rakan-rakan wad sekitar untuk menasihati ayah. kini ayah akan meneruskan untuk tinggal di wad sehingga pembedahan akan dilakukan pada hari selasa (23 JUN). Apapun ayah tetap bersemangat dan sabar menanti, kata ayah mungkin hari ini bukan lagi hari ayah untuk buat pembedahan kerana Allah telah menetapkan harinya untuk ayah.
Disediakan oleh:
Ja & joe
5.50 pagi : bangun dan solat subuh
6.15 pagi : sarapan pagi ayah lebih awal hari ini kerana pembedahan akan bermula seawal jam 7.30 pagi untuk panggilan pertama.
7.30 pagi : ayah telah diberikan ubat pada mata dan ubat untuk menurunkan darah kerana didapati pagi itu darah ayah meninggkat kepada 190.
gambar kiri: ayah menyedut ubat lelah untuk mengurangkannya. dan kanan doktor memasukkan jarum ditangan ayah8.40pg : ayah dibawa dengan kerusi roda oleh nurse ke dewan bedah dan di buat semakan darah terakhir sebelum keluar wad. tetapi darah ayah naik sehingga 217. dengan lengkap baju untuk kedewan bedah, ayah terpaksa kembali ke katil dan diberikan ubat dan rehat sehingga ayah tertidur.
ayah dibawa oleh doktor dengan kerusi roda untuk ke bilik bedah, gambar kanan ayah diberi rehat selepas didapati darah ayah kembali naik10.35pg : Ayah dibawa sekali lagi ke bilik bedah dengan kerusi roda untuk menjalankan pembedahan.
11.25 pg : Faizul yang menanti pada masa itu di pintu wad ayah (yang lain tidak boleh masuk kerana bukan waktu melawat) melihat kehadiran ayah dengan keadaan mata tidak berbalut. bila di tanya, didapati ayah terpaksa menangguhkan pembedahan kerana darah ayah naik sehingga 217. ayah yang masih merah dan sedikit bengkak pada matanya kesan dari ubat sebelum pembedahan direhatkan kembali ke katil. Ayah tetap diberikan semangat oleh ahli keluarga dan rakan-rakan wad sekitar untuk menasihati ayah. kini ayah akan meneruskan untuk tinggal di wad sehingga pembedahan akan dilakukan pada hari selasa (23 JUN). Apapun ayah tetap bersemangat dan sabar menanti, kata ayah mungkin hari ini bukan lagi hari ayah untuk buat pembedahan kerana Allah telah menetapkan harinya untuk ayah.
Disediakan oleh:
Ja & joe
19 Jun, tanpa ada apa-apa sakit yang ayah alami kini ayah telah disuruh untuk mendiami rumah baru iaitu di wad Melati tingkat lima Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Kemasukan ayah ke Wad merupakan tindakan awal sebelum Ayah menjalani pembedahan mata di hospital berkenaan pada hari Ahad (21 JUN). Hal ini bertujuan, mengawal dan memantau perkembangan tekanan darah ayah yang sebelum ini telah dua kali ditunda pembedahan mata kerana darah ayah yang tidak stabil. tarikh pertama sepatutnya pembedahan dilakukan ialah pada 14 Jun tetapi darah ayah masih tinggi. tarikh ke2 ialah pada17 Jun juga terpaksa ditunda kerana didapati darah ayah semakin naik.
.jpg)
Disebabkan sudah dua kali ayah terpaksa menangguhkan pembedahan, doktor telah mengambil keputusan untuk meletakkan ayah di Wad 2 hari sebelum pembedahan bagi memastikan pihak hospital dapat mengawal dan mamantau perkembangan darah ayah. Alhamdulillah, pemeriksaan darah pada jam 10 pagi tadi didapati darah ayah stabil dan baik. Ayah memberitahu supaya semua ahli keluarga tidak perlu risau kerana kemasukan ayah ke Wad bukan sebab sakit tetapi hanya untuk pemantauan sahaja, kemasukan ayah selama 2 hari akan ditemani oleh anak bongsu kembar ayah. ikuti perkembangan dari masa ke semasa yang akan dibawa berkaitan rawatan ayah di blog ini dan gambar juga tidak dapat disiarkan kerana masalah format gambar dalam hp ayah tidak dapat dibaca oleh laptop ini.
disediakan oleh:
Ja & Joe
Pada 5 Jun 2009 (Jumaat), Majlis Perkahwinan anak bongsu abang harun berlangsung di kediamannya yang terletak di Dewan Beta, Kota Bharu. Oleh kerana sanak saudara dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut, maka Mek, Ayah, A.Syam & Fahmi, Ja, Jo, Midah & Anaknya, Kas, Hafsan dan Kak Nat telah pergi ke rumah abang harun pada waktu pagi.Oleh kerana masa yang suntuk, maka kami balik ke rumah selepas solat jumaat bagi menguruskan persiapan perkahwinan kak mah.
Disediakan oleh: Mohd Kasturi
13/06/2009, seperti yang dijadualkan, Ayah akan menjalani pembedahan mata pada hari ini di Hospital Perdana Kota Bharu. setelah beberapa perkara dibuat oleh pihak Hospital, Ayah diminta untuk menangguhkan pembedahan atas sebab masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Laporan adalah seperti berikut:
8.30 pagi : Ayah bertolak dari Kampung dengan dua buah kereta dan turut disertai bersama Mek, Dah, Mok Nah, Ja & Joe.
9.30 pagi : Tiba di Hospital pakar perdana dan membuat pendaftaran di tingkat bawah Hospital.
10.00 : Ayah dibawa ke wad yang disediakan untuk berehat sebelum pemeriksaan kesihatan dibuat.
.jpg)
.jpg)
10.15 pagi : Jururawat telah cek darah, berat badan dan memberi ubat pada pada setiap 5 minit ketika menanti dipanggil. Ayah juga diberikan baju uniform untuk dipakai. tetapi didapati tekanan darah ayah tinggi dan diberikan rehat untuk beberapa ketika.
.jpg)
11.30 pagi : pemeriksaan jantung telah dibuat bagi memastikan jantung ayah stabil sebelum pembedahan bermula. keputusan daripada pemeriksaan itu didapati jantung ayah dalam keadaan stabil.11.40 pagi : sekali lagi darah ayah di periksa. keputusannya darah ayah semakin tinggi yang mungkin memberi masalah kepada pembedahan yang akan dilakukan. perkara ini telah dirujuk kepada bahagian perubatan dan Doktor yang akan melaksanakan pembedahan berbincang dengan bahagian perubatan.
12.30 tgh hri : keputusan telah dibuat, Doktor mengesahkan supaya pembedahan itu ditunda kerana masalah tekanan darah ayah tidak stabil. perbincangan dengan pihak doktor telah memberikan beberapa keputusan penting. ikuti perkembangan dari masa ke semasa.
Perkembangan terakhir, pada esok hari (Ahad) ayah akan membuat pemeriksaan sekali lagi dan dijangka akan melaksakan pembedahan pada 21 Jun (Ahad)
TERKINI:
Ahad : 2.45 Petang : sekali lagi ayah dihantar Ke Hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Di peringkat awal pertemuan dengan Doktor Pakar tersebut, sekiranya tidak ada apa-apa masalah ayah boleh menjalani pembedahan pada hari selasa. Selepas pemeriksaan darah dibuat, didapati darah ayah naik semakin tinggi daripada semalam dan doktor memaklumkan darah ayah tidak mampu pulih sehingga hari selasa untuk pembedahan.
Selepas beberapa perbincangan di buat, Doktor boleh menangguhkan tarikh pembedahan pada hari Ahad (21 Jun), disebabkan masalah darah ayah masih tidak stabil ayah telah diberikan ubat dan perlu memasuki Wad 2 hari sebelum pembedahn supaya ayah dapat dipantau lebih awal. pada 19 JUN, ayah akan dimasukkan ke Wad Hospital Raja Zainab Perempuan II. Semoga penempatan ayah ke wad nanti dapat memastikan pembedahan mata ayah tidak tertangguh lagi... wasalam
Disediakan oleh:
Ja&Jo
Pada 5 Jun 2009 - Aktiviti untuk memasang khemah kenduri kahwin Kak Mah dilakukan. Pada pagi tersebut, kas bersama-sama Hafsan, Ja dan OreSiam pergi mencari buluh di atas bukit penjuru tanah Siti Fatimah. Kami pergi dengan menaiki jip ayah yang dipandu oleh Hafsan. Dari atas bukit, kami turunkan buluh tu ke bawah, memenatkan dan mencabar.
Selepas buluh dibawa pulang ke rumah, makan proses membuat khemah dilakukan. Pelbagai idea diberi dan dinyatakan bagi memastikah khemah yang dipasang itu akan kukuh dan kuat. AKhirnya bagi menyiapkan pemasangan khemah tersebut, hanya 2 batang buluh sahaja digunakan daripada 13batang buluh yang diambil.
Selepas bertungkus lumus..maka khemah tersebut akhirnya siap dipasang.
Disediakan oleh: Mohd Kasturi
Semasa dalam perjalanan pulang dari rumah Abg Nik, kami menuju ke Pantai Teluk Bidara. Oleh kerana tempatnya yang kurang menarik dan tidak ada gerai yang menjual makanan dan minuman, maka kami menuju ke Pantai Batu Buruk.
Dalam perjalanan ke Pantai Batu Buruk, kami membeli pakaian mandi di kedai bundle kerana niat kami untuk mandi di Pantai Batu Buruk. Sampai disana, terdapat papan tanda yang mengatakan bahawa dilarang mandi. So, sedih jugak la coz baju telah dibeli.
Kemudian, kami menjamu selera di tepi Pantai dengan makanan yang dibeli oleh mek. Alhamdulillah dapat alas perut sebelum bertolak ke Masjid Kristal Kuala Terengganu.
Kami solat Maghrib kat masjid Kristal sambil menghirup udara segar.
Selepas selesai semuanya, kami singgah makan di Kg.Permaisuri untuk makan malam.
Alhamdulillah kul 12.45mlm kitaorang selamat sampai umah.
Abissss.....
SEMOGA BERBAHAGIA SELAMANYA...
Alhamdulillah, 6hb Jun 2009 (Sabtu), kak mah telah selamat dikahwinkan dengan abg nik. Majlis akad ikah berlangsung di Surau kampung Batang Bergedik yang di nikahkan oleh Tuan Imam Kuala Tiga.
Selepas majlis akad nikah iaitu pukul 12.30, rombongan pengantin bergerak ke rumah pengantin perempuan. Bacaan doa selamat dimulakan oleh Tuan Imam dan hadirin menjamah makanan yang disediakan. 

Majlis perkahwinan ini disambut dengan sederhana dan penuh kemeriahan. 10 orang anak2 Hussin dan Halimah telah memberi sokongan yang padu.

Doa dan harapan daripada keluarga agar kak mah dan abg nik berbahagia selamanya. Moga keluarga yang dibina adalah atas dasar Islam dan akan melahirkan generasi pejuang2 Islam yang sejati.
disediakan oleh: MOHD SHAMSUR
Dengan adanya kolam ikan keli ini, cucu2 ayah tidak boring dan lebih masa untuk bermain bersama...
Kalausape2 ada gambar terbaru dan telah diedit, bolehlah upload ke cini lagi...
Insyaallah ktaorang kat kampung
akan memberi maklumat terkini kepada semua...
kepada kas,
selamat berkursus selama 3 minggu...
semoga ia berjalan lancar...
Salam ukhuwah dari keluarga di kampung....
post drp: shamsuri, jajo, n kelurga
Kas selamat sampai di kg pada pukul 5pagi (3 Jun 2009). Hari pertama berada di kampung, pelbagai aktiviti telah dibuat. So mula-mula, kas nak cerita pasal Burung Puyuh. Sebagaimana yang diceritakan oleh Ja&Jo sebelum ini iaitu kisah pasal Ayah yang telah memelihara 100ekor burung puyuh. Kira banyak jugak tu...kalu semuanya bertelur...gerenti hari-hari makan telur puyuh. Kas memang suka makan telur puyuh ni..coz kecil plus sedap. Lagipun telur burung puyuh ni cute and comel.Pada petang hari pertama, aktiviti memindahkan burung puyuh dari reban lama ke reban baru. Reban lama dibuat berdekatan dengan reban ayam, so ia memberi effek yang tak elok kepada puyuh-puyuh iaitu burung puyuh tak nak bertelur. Manakala reban baru yang dibina oleh Ja&Jo dibina berasingan daripada reban ayam dan dibina di kawasan yang terang agar burung puyuh dapat bertelur dengan selesa. So aktiviti memindah burung puyuh dilakukan selepas Ja&Jo siap membina reban puyuh yang baru. Pandai jugak Ja&Jo buat reban. Kas dalam bab ni..ibarat tikus tengok batu. So kas just tolong pindahkan puyuh je...Gambar di atas mengambarkan situasi Projek Perpindahan Puyuh tersebut.
Disediakan oleh:
Mohd Kasturi
30 Mei, Pada seminggu yang lepas ayah telah mengadu tentang matanya yang tetiba menjadi gelap dan tidak nampak sehingga hampir sehari. Namun beberapa hari yang lepas keadaan mata ayah semakin pulih walaupun mata sebelah kiri ayah menjadi kabur.Sebelum ini, ayah dikatakan pernah pergi ke tempat pemotongan kayu untuk dijadikan papan. Mungkin disebabkan habuk-habuk di tempat pemotongan kayu itu masuk ke mata ayah, maka ia memberi kesan yang tidak baik ke atas mata ayah. Akhirnya kerja ayah sedikit terganggu terutamanya ketika menguruskan tender getah yang melibatkan nombor/angka serta pengiraan kerana mata ayah yang semakin kabur. Namun kesukaran tersebut dapat dibantu oleh Faizul apabila Faizul membantu ayah menguruskan hal-hal pengiraan tender tersebut dengan dibantu dan ditunjuk ajar oleh Ayah.
Bagi mengatasi segera masalah ini, pada 30 Mei 2009 (Sabtu) Ayah telah menjalani pemeriksan mata di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu selepas membuat temujanji dengan Doktor pakar mata. Menurut Doktor, terdapat selaput mata pada mata ayah yang perlu dibuang tetapi hal-hal lain didapati tidak bermasalah.
Oleh itu, satu pembedahan kecil akan dibuat pada mata Ayah bagi mengatasi masalah ini. Terdapat dua pilihan untuk pembedahan dan Ayah telah memilih untuk menjalani pembedahan yang ringkas dan selamat walaupun kos agak mahal.
Pembedahan ini hanya memakan masa selama setengah jam dan boleh kembali kerumah selepas sejam berehat di wad yang akan dibuat pada 13 Jun 2009 pada jam10.00 pagi . Kos pembedahan ini dianggarkan sebanyak >RM 4000. Oleh itu, sumbangan daripada anak-anak amat diperlukan bagi memastikan pembedahan mata Ayah dapat dilaksanakan sebagaimana yang diracang.
Segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada Mohd Faizul (untuk dihimpun sebelum diserahkan kepada Ayah) di talian 013-7726897 atau boleh terus ke akaun Mohd Faizul bin Hussin, BIMB 03-054-02-012006-5 @ BSN 03100-29-00089129-4 @ Bank Muamalat 0301-0072475-72-4.
Sumbangkan yang dihulurkan amatlah dihargai. Sebarang kemasukan duit mestilah dimaklumkan melalui SMS atau telefon ke No tel 013-7726897. Setiap SMS perlu hantar Nama, Masa dan Jumlah dengan lengkap. - Ja&Joe
Segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada Mohd Faizul (untuk dihimpun sebelum diserahkan kepada Ayah) di talian 013-7726897 atau boleh terus ke akaun Mohd Faizul bin Hussin, BIMB 03-054-02-012006-5 @ BSN 03100-29-00089129-4 @ Bank Muamalat 0301-0072475-72-4.
Sumbangkan yang dihulurkan amatlah dihargai. Sebarang kemasukan duit mestilah dimaklumkan melalui SMS atau telefon ke No tel 013-7726897. Setiap SMS perlu hantar Nama, Masa dan Jumlah dengan lengkap. - Ja&Joe
















