Salam Perantauan dari Aceh

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, August 29, 2009 2 Pendapat

Assalamualaikum dan salam perantauan kepada semua family dan tetamu blog ini. Dalam lembaran pertama ini ja hanya mahu menceritakan sedikit sebanyak berita ja yang bermula dari Malaysia hingga sampai ke bumi aceh yang mungkin ujian yang diuji supaya ja sentiasa ingat kat kampung....:-)

Malam sebelum bertolak ke aceh :

Pada Petang selepas asar Ja dan Jo mendapat satu berita yang mengejutkan tentang tuan rumah sewa yang ja & Jo sewa dulu meninggal dunia kerana jatuh dari bangunan tempat dia bekerja di ketereh. Selepas solat Magrib Ja & Jo bergegas ke Kota Bharu yang kebetulan pada waktu itu hendak menghantar beg ke pejabat kias. Secara ringkasnya selepas melawat dalam jam 11.30 terus balik dan dalam perjalanan dalam lingkungan jam 12 malam malam tak berbau kereta yang Ja&Jo bawa rosak di Jambatan Kelantan dekat dengan Tanah Merah. Kerana terlalu terdesak Ja & Jo terpaksa bergerak secara perlahan dan akhirnya jam 1 pagi sampai ke rumah.

Awal pagi :
Seperti yang dijadualkan, pada malam itu juga terpaksa angkut ayam dari reban ke kedai abe kamil untuk jualan pembukaan puasa. Tanpa berlengah bersiap-siap jam 1.30 pagi terus turun dengan land rover untuk memindahkan ayam. Tetiba pada malam tu lampu land rover terpadam ketika berada di tengah-tengah hutan, pe tak nya waktu tu macam pencuri ayam Ja & Jo bergerak dan berkerja ditengah-tengah malam. kalu terserempak dengan polis naye kena tangkap. tapi dengan semangat kerjasama dapat juga disiapkan dengan mudah walaupun waktu balik mengalami kesukanaran melihat jalan. kerana masalah-masalah tidak dapat dielakkan pemindahan ayam siap hampir 3 pagi dan sempat melelapkan mata sekejap...walaupun berat ja rasa tu antara kenangan yang paling bermaksa sebelum ja sampai ke bumi Aceh.....

Bertolak dari Kelantan :

Maka bermulalah cerita Ja...seawal 5 pagi bangun dan bertolak dari rumah untuk pergi ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa seawal jam 6.30 pagi lagi.. Ja yang ditemani oleh Mek, Ayah, Azi dan Jo. Pada awalnya ja tidak begitu sedih untuk tinggalkan malaysia kerana Ja kan balik sebulan selapas berada di sana. Selepas bersalam dangan Mek & Ayah, Ja mula rasa sedih tambahan pula ketika Kapal Terbang mula bergerak dan terbang dan terlihat Mek, Ayah, Jo, Azi yang menunggu di tepi jalan. Waktu tu Ja rasa sedih seperti ada yang tak kena. Bila sampai di aceh baru persoalan tu terjawab bila ja mendapat berita yang semua pelajar baru tidak dibenarkan balik selama 6 bulan pertama untuk urusan visa & pasport pelajar walaupun cuti hari raya 3 minggu.

Tiba di LCCT Kuala Lumpur.



Ja tiba di LCCT jam 9.40 pagi dan di sambut oleh a.shamsuri bersama kak sue dan anaknya, abg kasturi dan Ayah, Mama dan adik Aisyah yang datang jauh dari Johor. Di LCCT sempat makan dan bersembang di kedai makan. Tepat jam 1.30 petang Ja Bertolak dari LCCT ke Aceh yang memakan masa 1 jam 20 minit. Untuk pengetauan ini kali pertama Ja merasai naik kapal terbang, Perasaan takut, gementar, teruja dan macam-macam rasa ada, maklum la orang dangat...hehehe

Tiba di Aceh :

Jam 2.20 tiba di aceh, sebelum turun dari atas ja melihat kawasan aceh yang terbentang luas di tepi persisiran pantai. Kebetulan yang duduk di tepi Ja hari tu penduduk aceh yang juga pernah belajar di IAIN tempat Ja nak pergi belajar dan sekarang dia ambil master di UM. Dari atas dia menceritakan kisah dan kesan thunami di aceh, dia menunjukkan kawasan yang mengorbangkan lebih 250 000 orang penduduk di kawasan itu, dari atas masih jelas kesan-kesan thunami. Memang menakutkan dan mengerikan tambahan pula kali pertama lihat. (ja akan ceritakan beberapa tempat lagi kesan thunami dan cerita-cerita yang menarik di sini pada lembaran seterusnya....tunggu ye...;-)..) tiba di aceh ja disambut meriah oleh pelajar pelajar Malaysia disana yang diketuai oleh Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di sana...

sekian dahulu setakat ini daripada aceh.. tunggu berita seterusnya seperti pengalaman naik labi-labi dan pendayung yang tidak ada di malaysia serta cerita tentang thunami di bumi aceh serta budaya dan makanan yang ja sendiri masih dalam penyesuaian lagi..Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan kata semangat untuk Ja terus belajar di sini.. walaupun hanya seberang tetapi Ja merasa begitu jauh apabila tidak dapat balik pada tiga majlis besar di rumah seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Majlis Perkahwinan Jo dan Abang Kasturi... Ja disini akan berlajar bersungguh-sungguh sebagai hadiah untuk semua....;-)

wassalam.

Lembaran Aceh :
Ja

Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 9) Ramadhan

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, August 27, 2009 2 Pendapat

Sebelum slot ini bermula, Keluarga Hussin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua palayar blog ini dan kepada semua keluarga walaupun di mana berada. begitu juga kepada Faizal tengah belajar di Acheh, moga-moga puasa kita pada kali ini akan lebih baik dan diterima oleh Allah. Marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita serta dapat sama-sama menemui malam lailatul Qadr, yang penting terawih tu jangan tinggal ye..:-).


Slot pada siri ini lebih berkisar kepada aktiviti yang dilakukan pada bulan Ramdadan. untuk keluaran pertama bulan Ramadan ini cerita lebih pendek dan ringkas kerana pada keluaran akan datanga ada beberapa cerita lagi yang nak dikongsi. Oleh itu, mari kita pergi lihat aktiviti yang jarang dibuat pada bulan lain oleh keluarga kita terutamanya Kakmah. kali ini dia bersama suaminya telah merangka untuk menjual air tebu segar di tepi jalan. Air tebu memang menjadi pilihan utama orang berpuasa kerana rasanya yang manis dan segar. Jadi, aktiviti pun bermula...

nak sisik kulit tebu ni la yang penat sikit, lama pulak tu tapi kena soba la. bukan mudah nak minum air dia ni. tak kira kecik besar, suma pakat buat.


lepas je kisik tebu, acara memesin pun bermula la..



nampak memang mudah la. tapi bila faizul try gak.. rupa-rupanya payah jugak kalu tak kena cara..senget mulut-mulut...ish3x




begitulah ceritanya hal air tebu ni. air tebu ni akan dijual dkt dengan kedai abg kamil dan kat rumah memang tiap-tiap hari air tebu dijadikan minuman utama masa berbuka. di samping itu gak ada la sikit-sikit kuih muih dan lauk dijual untuk berbuka puasa samaada ada yang mari hantar atau buat sendiri.





Bila magrib dah nak tiba, maka pakat-pakat bersiap untuk berbuka..



itulah juadah yang lebih kurangnya untuk berbuka puasa. walau orang tak ramai air tebu tu satu bekas nah.. biasa la, kerja kuat kena panas. kalu abang kamil dan anak2x turun gak, kena buat dua hidangan la. nanti balik semua tak tahu la panjang mana nak susun..cam biasa la..hehe
SANA SINI




si kecil ni sedang bercuti sekolah tetapi sebab suka berjalan-jalan, semuanya lengkap dengan pakaian seragam untuk turut sama pergi ke kebun getah. ikut orang pergi menoreh la ni...hehehe



tengok amin yang pakai seluar merah tu, mula-mula ingat nak tolong, rupa2nya ada sebab.. ish3x aksi yaang tak boleh tiru ni petang-petang puasa minum air..hehe. biasa la kecik lagi, nampak air ni terliur la..;-). orang letih mesin dia jugak yang dapat rasa dulu..huhuhu


Disediakan Oleh:
Faizul

KERETA SECPTRA - BREAKDOWN D PERHENTIAN SEREMBAN

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, August 25, 2009 4 Pendapat


Hari ahad (23 Ogos 2009), selepas berbuka puasa, kas bertolak balik ke Melaka untuk meneruskan kursus PPIP yang hanya tinggal tiga minggu lagi. Sehari sebelum bertolak ke melaka iaitu pada hari sabtu (22 Ogos 2009) kas telah menghantar kereta untuk di servis sebab dah sampai masanya 'km' untuk ditukar minyak hitam. Alang-alang servis, kas suruh la pomen tu repair apa2 yang patut di repair. Akhirnya kos servis kereta kas pada hari sabtu tu ialah RM1,650. Kata pomen tu banyak barang kena tukar...terutamanya barang-barang yang berkait dengan 'air cond'. Kedai yang kas repair ni dekat je dengan umah kas di kelana jaya.

Namun kas bernasib malang, walaupun baru sahaja hantar servis kereta, semasa perjalanan kas ke Akmal Melaka. Kereta kas telah 'breakdown' / rosak, mujurlah kereta kas nak rosak hampir2 dekat dengan perhentian Seremban. Dekat dengan simpang perhentian tu, lampu kereta kas padam dan enjin menjadi slow. So sempatlah kas masuk ke perhentian Seremban untuk melihat masalah-masalah yang dihadapi. Bila buka bonet depan kereta tu....air enjin terpancut keluar dari lubang air waper. Kejadian ini berlaku pada pukul 9.30mlm.

Bila buka bonet tu, ada dua rela yang bertugas kat perhentian seremban tu datang and tanya masalah yang kas hadapai. Then dia pun panggil la 'runner' - pomen jalanan yang dia kenal. Selepas pemeriksaan dilakukan oleh pomen jalanan ini, maka terbuktilah yang altenator kereta rosak lagi. So nak kena tukar altenator tu, baru kereta boleh bergerak.


Selepas membuat rundingan harga, maka kas pun setuju la tukar altenator tu. So melayang la duit kas beratus-ratus untuk tukar barang tu. Malang menimpa kas. Harap-harap nasib kas tak akan malang lagi selepas ini.

Sekian.

Daripada: Mohd Kasturi di Melaka

Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 8)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, August 23, 2009 2 Pendapat

Selamat bersua dalam menjenguk aktiviti kampung yang dah masuk siri ke 8. Walaupun salah seorang dah terbang ke Acheh, tetapi slot ini tetap diteruskan bagi menceritakan aktiviti-aktiviti yang dibuat dan berlaku kat kampung ni kepada adik beradik yang duk diluar negeri Kelantan. Tak kira lah duk di Pahang ke, Kuala Lumpur, P. Pinang, Kedah malah yang duk perlis pun boleh tengok dan sama-sama jenguk aktiviti kat rumah ni. Begitu juga selamat menetap di Johor kepada Hamidah yang baru je berhijarah ke sana mengikut suaminya Wan, kalu ada masa buka lah internet ye yang telah menjadi alat penghubung antara adik beradik yang jauh.
PERGI MANDI DI LATA HUJAN
Kali ni, ada dua topik utama nak diceritakan, yang pertamanya Kak Mah & Suami telah merancang untuk membawa anak-anak sedara ke lata Hujan. Lata hujan ini antara lata yang paling dekat dari kampung. Maka Kak Mah dan tentera-tenteranya pun pergi dengan kereta Kembara yang memakan masa 20 minit je. Sesampainya di sana, anak-anak sedara pun memang pantang jumpa air terus menukar pakaian seragam untuk terjun...
Tapi, Abang Nik (suami Kak Mah) yang menjadi kapten masa tu jugak yang berjaya merasmikannya.. ish3x. anak sedara apa lagi, terjun jela…
Tengah-tengah asyik duk kat mandi lata, abg Nik Nampak Aminudin telah diayun oleh seseorang. Patut lah hilang tadi, rupa-rupanya duk sini rupanya budak ni….hehehe
Siapa budak yang duk ayunkan amin tu, kena Tanya amin sendiri.. kecik-kecik dah pandai ye.. nurun dari pak sedara mana ni..;-) cakap pun telo lagi tu, gembiranya dia.ish3x.hehe
MAKAN PUYUH GORENG DAA..
Ni hal orang yang nak pergi Acheh. Bila tahu puyuh dan tiba masanya untuk dikorbangkan jadi puyuh goreng tak lama lagi, Faizal pun sebut la, teringin nak makan puyuh takut balik lama bila pergi ke Acheh nanti. Jadi Kak Mah, Mek dan Kak Yatie pun merangcang untuk memasak Nasi Lemak Puyuh Goreng untuk sarapan pagi tersebut. Kebetulan juga, keluarga Aisyah (tuning Ja) dari johor tiba malam tersebut boleh la makan ramai-ramai. Lepas kira jumlah orang, seekor puyuh untuk seorang Ja, Jo, Abg Nik dan Abg Kamil pun pergi tangkap Puyuh…
Selepas dibuang bulu, puyuh tersebut dilayur diatas api untuk hilangkan baki bulu kecil yang tertinggal.. lihatlah puyuh-puyuh yang dilayurkan..
20 ekor semuanya telah dijamu dengan Nasi Lemak pada pagi tersebut.. sedaap..hehe. jadi raya ni Ayah duk teringin jugak nak sembelih puyuh tapi jumlah yang lebih banyak. Boleh la kita sekeluarga makan ramai-ramai..hehe
Justify Full
SANA SINI
Ja sempat memberi makanan Ayam sebelum dia berangkat ke Acheh, manakala sebelah kanan plak, anak-anak sedara yang duk belajar mengaji pada setiap malam.
Menjadi kebiasaan, selepas berakhirnya musim durian bekalan tempoyak semestinya menjadi perkara penting untuk bekalan sehingga musim durian akan tiba tahun hadapan.

Disediakan Oleh:
Faizal & Faizul

KEMERIAHAN KONVOKESYEN FAIZAL DAN FAIZUL

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, August 20, 2009 1 Pendapat

17 ogos (isnin), Alhamdulillah, setelah mengharungi perjalanan dalam pengajian selama 3 tahun di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kini Faizal dan Faizul telah mencapai kejayaan setelah tamatnya pangajian ini. majlis yang turut dihadiri oleh Mek, Ayah, Kak Mah & suami serta Azi ini telah menceriakan lagi majlis ini malah ditambah pula tunang faizal dan faizul yang hadir bersama keluarga turut bergelar graduan pada hari itu. faizul yang telah menamatkan pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam Dakwah dan Kepimpinan manakala Faizal pula di peringkat Diploma Pengajian Islam Usuluddin. Siti Fatehah merupakan graduan yang sama bidang Faizul manakala Siti Nur Aisyah pula sama bidangnya dengan Faizal.

Aisyah & Fatehah

TAHNIAH SEKALI LAGI PENERIMA ANUGERAH

TAHNIAH!!! Siti Nor Aisyah telah dinobatkan sebagai Graduan Terbaik Keseluruhan (Akademik & Ko Kurikulum) di peringkat diploma Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bagi tahun 2009 yang membawa kepada ANUGERAH TIMBALAN MENTERI BESAR, seterusnya merangkul Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan di Jabatan Usuludin tahun 2009. Inilah hadiah yang diterima sebagai Penerima Anugerah serta kuntuman2 bunga yang diterima. Banyak sangat sampai tak larat nak pegang dan pegang separuh je untuk tangkap gambar.hehehe. melihat kepada beliau bukan sahaja cemerlang dalam akademik yang menjadi tempat rujukan kawan-kawan malah dia juga pernah diamanahkan memegang jawatan Pengerusi Helwi Persatuan Mahasiswa KIAS (PMKIAS) sesi 2007/2008 disamping aktif dalam program masyarakat terutamanya melalui Nisa'.

TAHNIAH!!! Mohd Faizul telah di pilih sebagai Graduan Terbaik Keseluruhan (Akademik & Ko Kurikulum) di peringkat Diploma Jabatan Dakwah dan Kepimpinan bagi tahun 2009. Pernah Memegang Jawatan Presiden PMKIAS sesi 2007/2008 dan Pengerusi Kelab Mahasiswa Dakwah 2009 tidak menjadi penghalang untuk mencapai kejayaan ini. lihatlah gambar Faizul yang bergambar bersama Sijil dan hadiah-hadiah yang diterimanya.


Selepas selesainya majlis tersebut, sesi pengambaran pun bermula...

Sempat la jugak tangkap gambar di rumah dan boleh la try baju konvo ni..hehehe


Sebelum pulang, boleh jugak dapat tangkap gambar dengan orang utama KIAS seperti Ketua Eksekutif KIAS (Dr. Johari bin Mat), Ketua Jabatan Dakwah dan Kepimpinan (Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari), Pegawai Eksekutif Kegiatan Pelajar (Ustaz Ilyas bin Ahmad) dan Presiden PMKIAS 2008/2009 (Syed Mohd Reduan)selepas ini Faizal dan Faizul akan membawa haluan masing-masing. Faizal akan terbang ke Acheh dan Faizul pula akan meneruskan pengajian secara Jarak Jauh UKM keduanya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah. Wassalam.

Justify Full

Amanah Besar Diberikan...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, August 19, 2009 0 Pendapat

Assalamualaikum semua,
Untuk makluman semua, pada mesy Jabatan ICT Pas Pahang, Abang telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang 2009/11.

Walaupun tanpa pengalaman dan pengetahuan dalam bidang ICT, abang telah dilantik sebagai Timb. Pengarah. Sebelum ni abang hanya memegang jawatan Ketua Lajnah ICT Pas Kawasan Maran. Malah masih memegang jaw. Ketua Pas Cawangan Bukit Kening.

Dengan kepercayaan yang diberikan, abang akan cuba bagi komitment yang terbaik di samping akan cuba sedaya upaya membalas jasa dan pengorbanan mek ayah di kampung.

Mohon adik2 dan abang doakan kejayaan abang di dunia dan akhirat.

Wassalam.

MAKLUMAN PERUBAHAN TEMPAT PENERBANGAN FAIZAL

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, August 18, 2009 2 Pendapat

UNTUK MAKLUMAN, PENERBANGAN FAIZAL DARI KUALA LUMPUR KE ACHEH ADALAH DI LAPANGAN TERBANG LCCT. (BUKAN DI KLIA SEPERTI YANG DIMAKLUMKAN) PADA JAM 11.00 PG (DIJANGKA BERADA DISANA BERMULA JAM 10 PAGI) HARAP MAKLUM

MAKLUMAN

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, August 13, 2009 3 Pendapat


FAIZAL MENYAMBUNG PENGAJIAN KE KOLEJ UNIVERSITI AR-RANIRI, ACHEH, INDONESIA.

Untuk makluman semua, MOHD FAIZAL akan menyambung pelajaran Ke Universiti Ar-Raniri, Acheh di peringkat Ijazah Sarjanamuda Usuludin dalam Bidang Al-Quran dan Al-Sunnah. Oleh itu, Penerbangan Ke Acheh sebagaimana berikut:
1. Penerbangan Dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota Bharu Kelantan pada 21 Ogos 2009 (Jumaat) pada Jam 8.30 pagi dan akan tiba di Lapangan terbang Kuala Lumpur (KLIA).
2. Pada Jam 11.00 pagi (21 Ogos), Faizal akan bertolak dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Acheh Indonesia.
Faizal bertolak ke sana sehari sebelum puasa dan pengajiannya selama Satu Tahun Setengah. Semoga mendapat kejayaan disana.

MAJLIS KONVOKESYEN FAIZAL DAN FAIZUL.
Majlis Konvokesyen Fazal dan Faizul akan diadakan pada 17 Ogos 2009 (Isnin) di Kompleks balai Islam Lundang. Faizal yang akan menerima Diploma Usuluddin dan Faizul telah menamatkan pengajian Diploma Dakwah dan Kepimpinan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 7)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 1 Pendapat

Slot Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung pada kali ini nak berkongsi sedikit cerita yang jarang dibuat tapi seronok walaupun penat. Itulah gambaran yang boleh dibuat dengan peristiwa-peristiwa yang hendak diceritakan. Diteruskan cerita, sebenarnya Mek, Ayah, Ja, Jo dan lain-lain kat rumah ni samaada kesemua terlibat atau sebahagiannya terlibat telah berjalan di beberapa buah negeri seperti Kedah, Johor, Pahang, dan dua kali ke kuala Lumpur hanya dalam masa 10 hari. Hal ini terjadi apabila kerja-kerja yang perlu diselesaikan tersusun rapat, bak kata, balik kelate kejap terus g kuala lupu, balik pulak, pergi pulak johor.. itulah situasi berlaku sampai kat rumah jadi sunyi dalam 10 hari ni.. jadi, dimulakan ceritanya..

Mulanya, Pergi Ke Baling, Kedah (30 Julai 2009)

Selepas Hamidah mendapat makluamt dari suaminya telah mendapatkan rumah untuk menetap di Johor, dan pun merancang dan mengajak Pok Su Tie dengan Hilux untuk mengangkut barang kat rumah mertuanya di Baling Kedah dan dikumpulkan di kampung Kelantan. Jam 9.00 malam, penuh satu Hilux Poksu sekeluarga, Hamidah, Ja dan Azi pun bertolak ke Kedah. Jo kena tinggal sebab kena jaga ayam..huhuhu. Azi pergi sebab Abg Saipu yang kat p. pinang akan ambilnya di Kedah kerana Azi cuti seminggu. Ja pulak sebagai Driver ke dua kerana akan balik terus selepas simpan barang. Maka selepas 4 jam perjalanan, samapailah di Baling kul 1 pagi dan sarapan pagi dengan a.saipu pada pagi tersebut.

Lepas simpan semua barang, jam 8 pagi terus bertolak balik tetapi sempat singgah di air terjun di hutan antara gerik dan banjaran titiwangsa. Sempat juga menikmati kesejukan air disitu sampai anak Kak Tie kesejukan. Selepas itu, terus sambung perjalanan dan tiba kat kampung jam 2 petang pada 31 Julai.

Pergi Ke Kuala Lumpur dan Pahang(31 Julai – 1,2 Ogos)

Baru je boleh duduk kat rumah, itu jugak Mek suruh beli tiket kereta api untuk pergi ke Kuala Lumpur. Tetapi bukan terus turun di Kuala Lumpur, tapi terus ke Pahang untuk pergi dengan A.Suri. Kat K.Lumpur ni semata-mata untuk memberi sokongan tentang pemansuhan ISA sebagaimana diceritakan lepas. Maka, pada malam tu, keluar lagi dari kelate menuju ke pahang. Sampai kat Pahang abg Sham dan menanti untuk pergi sekali ke KL. Cerita di KL seperti sebelum2 ni la.. malam 1Ogos tu jugak bertolak balik dan sampai kul9pg pada 2 Ogos.

Pergi Pulak Ke Johor (Johor Baru, kluang dll) (3 Ogos)

Baru je Mek balik dari KL, malam tu juga Mek dan keluarga membuat persiapan untuk pergi ke Johor. Kerana nak hantar Dah dan keretanya disamping ambil kesempatan untuk pergi ke tempat Hafsan. Tempoyak, durian, lepok, rambutan dan lain2 jadi bekal buah tangan ke sana. Maka esok tu (3 Ogos) tepat jam 8.00pg Mek, Ayah, Ja dan Dah pun bertolah dengan dua buah kereta. Sebuah kereta Ja drive dan Ayah teman, satu lagi Hamidah Drive dan Mek teman. Dengan tenaga tak cukup, jalan pun tidak tahu perjalanan tetap diteruskan dan apabila berita ini diketahui oleh a.Syam terus bertolak pergi ke Johor walaupun dimaklumkan kawan hafsan yang akan datang tunjuk jalan.

Jadi, sampai di Yong Peng berhenti di kedai makan di samping keluarga bakal menantu Mek Ayah dari Batu Pahat juga datang untuk bertemu dan berbual. Selepas itu perjalanan diteruskan dan jam 10.30 malam sampai la dikem askar tetapi diuji lagi apabila terpaksa mengangkut barang ke tingkat 5 dengan menggunakan tangga. Malah malam tu hanya makan jenis makanan askar seakan Nestum askar kerana tidak dapat membeli makanan luar yang sukar untuk keluar dari kawasan kem pada mlam tersebut. Esok selepas itu (4 Ogos) terus bertolak ke UTM sekudai kawasan Johor Bharu. Rumah Hafsan di kawasan Taman Universiti yang disewa dan pada masa itu juga makan durian ramai-ramai yang dibawa dari kelate dan sempat la Ja dan Abe Syam tidur sejam. Lepas bangun tu terus bertolak balik kelate dan jam 3 petang singgah di Batu Pahat untuk tengok Hilux yang dijual kalau2 boleh dibeli untuk kegunaan syarikat Ayah. terus lagi bertolak balik sehingga berpecah dengan abg Syam pada jam 6.00 petang kerana haluan balik berlainan. Jam 3.00 pagi (5 Ogos) tibalah di kelate dan tidur.

Pergi Ke Selangor lagi (5 Ogos)

Celik je mata pagi yang letih semalam, kena bersiap-siap lagi untuk pergi ke KL buat kali kedua. Tetapi Mek dan Ayah dan tak larat. Lekat Ja dan Jo yang larat lagi kerana kena melaksanakan kerja yang penting. Pada jam 9.00 mlm plak, Ja dan Jo pergi ke Selangor dan tiba di sana pada jam 1 pagi (6Ogos). Pada 7 Ogos pergi Kuala Lumpur untuk cari barang dan 8 Ogos menyelesaikan semua kerja dan terus bertolak balik pada Jam 3 petang. Maka Ja dan Jo tiba kat kampung jam 11 malam. Untuk cerita di Kuala Lumpur ini akan dimaklumkan dibawah secara ringkas.

Inilah benda yang nak diceritakan. Cerita pun penat, lagi la nak melaluinya…ish3x. nak cerita sedikit pun jadi panjang jugak Cuma gambar tak berapa ada kerana jurugambarlah yang kena jadi driver..:-).

PENDAFTARAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pada 8 Ogos, Faizul telah selesai mendaftar untuk melanjutkan Pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda setelah menamatkan pengajian di peringkat diploma. Pengajian ini berbentuk Pengajian Berterusan Jarak Jauh setelah faizul menerima surat tawaran sebelum ini. Jurusan yang dipilih ialah dalam Fakulti Pengajian Islam Ijazah Sarjanamuda Dengan Kepujian Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah. Kelas yang bermula pada akhir bulan ini diharap dapat mencapai kejayaan yang lebih baik dari sebelum ini.

SANA SINI…

Abg nik yang sedang menikmati durian kunyit yang besar.

Kenapa seekor anak kucing besar.. sebenarnya anak ni dari dua ekor ibu. Satu ibu hanya melahirkan seekor anak, satu ibu lagi 4 ekor anak yang baru lahir tetapi sebab duduk di tempat yang sama, jadilah serasi macam satu keluarga..:-) jadila abang jaga adik..hehehe

Macam-macam la berlaku kat kolam ikan keli ayah ni. Kecik besar tak kira..:-) inilah gambar yang sempat dirakam..hehehe
Disediakan Oleh: Faizal & Faizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN