Showing posts with label 06-Siti n Poksu. Show all posts
Showing posts with label 06-Siti n Poksu. Show all posts
Pada 13/3/2010 selepas majlis perkahwinan Hafsan di Perlis. Rombongan ahli keluarga dan saudara mara telah bercadang untuk berkhelah dan beristirehat di Kolam Air Panas Ulu Legong, Perak. Dari Perlis, ahli keluarga berhenti rehat di R&R Gurun, sebaik tiba di perhentian gurun, kereta Abg Kamir telah mengalami masalah yang akhirnya terpaksa di tarik oleh penarik kereta untuk dibaiki. Kemudian, ahli rombongan keluarga terus bergerak ke tempat yang dituju. Alhamdulillah semua selamat tiba di tempat rekreasi kolam air panas. Disitulah ahli rombongan mengambil pakej homestay 2hari 1malam.Pengarah Projek bagi program ini ialah Abg Saipu & Kak Ma.
Suasana Homestay yang didiami oleh ahli-ahli rombongan keluarga. Selepas solat berjemaah dan makan malam, maka bermulalah aktiviti mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Tiket masuk ialah RM4 untuk sehari.
Pendek kata ramai betul orang yang mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Kolam air panas terdiri daripada beberapa kategori iaitu kategori kanak-kanak, kategori suam-suam, kategori panas sederhana dan panas meletup.
Selepas penat mandi untuk kali pertama, maka ahli rombongan keluarga balik berehat untuk tidur. Kemudian pada pukul 5 pagi, aktiviti mandi di kolam air panas kembali berlangsung. Ramai ahli rombongan bangun awal untuk mandi manda di kolam panas di waktu pagi dan ada juga ahli rombongan yang tidur dengan nyenyaknya.
Pada pagi 14/3/2010, aktiviti memasak nasi goreng yang diketuai oleh MokLong telah berlangsung. Ahli keluarga dan saudara-mara menikmati juadah makanan pagi. Kemudian dalam masa yang sama, aktiviti memotong kek kahwin Hafsan telah dilakukan. Kek tersebut dipotong dan dirasmikan oleh Abdullah Harith (Anak Shamsuri).
Selepas selesai makan dan minum pagi, ahli keluarga dibawa oleh tuan rumah untuk mandi manda di sungai sejuk yang berhampiran dengan rumah mereka.
Tak sangka, rupa-rupanya di Ulu Legong ni terdapat kolam air panas dan sungai air sejuk. Maka pada pagi tersebut, ahli keluarga pakat mandi manda di sungai air sejuk tersebut. Kemeriahan dan kecerian terpancar di wajah setiap ahli keluarga apabila dapat mandai beramai-ramai. Suasana romantik juga telah menghiasi pasangan-pasangan suami isteri.
Selepas penat mandi manda dan beristirehat di Ulu Legong. Maka aktiviti pulang ke kampung bermula, namun ditengah jalan, pihak rombongan telah singgah di rumah Wan (Suami Hamidah) yang terletak berhampiran dengan ulu legong.
Selepas minum dan makan kuih muih di rumah wan (Hamidah), maka ahli keluarga mula bertolak untuk balik ke Kelantan. Kemudian, ahli keluarga singgah di perhentian Perah - Jalan Gerik untuk menikmati makan tengahari dan menunaikan solat. Alhamduillah best-best makanan yang disediakan di gerai-gerai yang ada di situ.
Selepas selesai makan dan solat, maka ahli keluarga bertolak balik ke Kelantan. Pemandangan indah dapat di lihat sepanjang l
Alhamduillah, semua ahli rombongan telah selamat sampai di kampung.
Disediakan oleh:
Kas & Iza (19/3/2010)
Syukur kehadarat ilahi, Kerana Siti Fatimah telah selamat melahirkan anak yang ke-5 di Hospital besar Tanah Merah. Kak Tie telah selamat bersalin pada30 Disember 2009 Jam 10.30 malam iaitu pada hari rabu.. ini merupakan kelahiran yang ke-3 dalam keluarga Hussin dan Halimah selepas Hamidah pada bulan dua lepas dan Kak Su awal bulan ini. setakat ini masih tidak diberikan nama tetapi dimaklumkan nama yang akan diberikan adalah Wan Nur Zahirah binti Wan Suhaidi. Majlis bercukur juga dijangkan akan diadakan pada hari jumaat ini.. Wassalam...

Pada 3 Jun 2009 (Rabu) semasa kas bercuti di kampung, aktiviti menangkap ikan di kolam telah dilaksanakan dengan jayanya. Idea, menangkap ikan ni datang dari Mek. Mek lah yang bagi idea kepada anak-anaknya dan menantunya agar pergi tarik pukat di kolam. Akhirnya petang hari tersebut, aktiviti itu dilakukan dengan disertai oleh hampir semua adik beradik.
Gambar di atas ni menunjukkan ikan-ikan yang kas perolehi daripada memancing. Pandai tak? Sebenarnya ikan-ikan tu bukan dari memancing, tapi dari aktiviti menarik pukat di kolam ikan. So, nak bagi nampak gaya memancing, maka kas ambil la gambar sorang-s0rang dengan pancing bersama hasil tangkapan.
Kolam ikan ni terletak di 500meter dari belakang rumah di tanah Kak Ma. Kolam ini terdiri dari kolam besar dan kolam kecil. Di tengah-tengah kolam ni ada dua biji wakaf dan satu pulau. Satu wakaf terletak di atas pulau, dah satu lagi terletak di atas air sebagaimana yang di gambarkan di dalam gambar di atas. Kolam ini dikelilingi dengan pagar bagi tujuan keselamatan agar orang-orang luar tidak mencuri ikan-ikan yang dipelihara di dalam kolam tersebut.
Gambar di atas menunjukkan, hasil-hasil tangkapan yang diperolehi hasil aktiviti menarik pukat di dalam kolam. Banyak ekor jugak dapat.....dan ikan tu besar-besar. Memang meriah dan seronok dengan aktiviti menangkap ikan ni...hampir setahun sekali akan dibuat aktiviti ini apabila semua ahli keluarga berkumpul di kampung.
Gambar di atas pula menunjukkan kolam kedua yang terletak 200meter dari kolam yang pertama. Kolam ini pula lebih besar dan ditengahnya terdapat satu pulau dah satu wakaf yang hampir runtuh di mamah usia.
Apabila hasil tangkapan telah diperolehi, maka malamnya makam malam bersama2 dengan ahli keluarga. Lauk pauk adalah terdiri dari ikan yang diperolehi masa aktiviti menarik pukat di kolam. Best tau..makan ramai-ramai.
Kesimpulannya... aktiviti menangkap/memancing/tarik pukat adalah antara aktiviti tahunan yang akan dilaksanakan/dijalankan oleh Keluarga Hussin & Halimah. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli keluarga, tapi boleh meningkatkan kefahaman dan kemesraan serta keakraban di kalangan ahli keluarga dalam usaha mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.
Disediakan oleh: Mohd KasturiGambar di atas ni menunjukkan ikan-ikan yang kas perolehi daripada memancing. Pandai tak? Sebenarnya ikan-ikan tu bukan dari memancing, tapi dari aktiviti menarik pukat di kolam ikan. So, nak bagi nampak gaya memancing, maka kas ambil la gambar sorang-s0rang dengan pancing bersama hasil tangkapan.
Kolam ikan ni terletak di 500meter dari belakang rumah di tanah Kak Ma. Kolam ini terdiri dari kolam besar dan kolam kecil. Di tengah-tengah kolam ni ada dua biji wakaf dan satu pulau. Satu wakaf terletak di atas pulau, dah satu lagi terletak di atas air sebagaimana yang di gambarkan di dalam gambar di atas. Kolam ini dikelilingi dengan pagar bagi tujuan keselamatan agar orang-orang luar tidak mencuri ikan-ikan yang dipelihara di dalam kolam tersebut.
Gambar di atas menunjukkan, hasil-hasil tangkapan yang diperolehi hasil aktiviti menarik pukat di dalam kolam. Banyak ekor jugak dapat.....dan ikan tu besar-besar. Memang meriah dan seronok dengan aktiviti menangkap ikan ni...hampir setahun sekali akan dibuat aktiviti ini apabila semua ahli keluarga berkumpul di kampung.
Gambar di atas pula menunjukkan kolam kedua yang terletak 200meter dari kolam yang pertama. Kolam ini pula lebih besar dan ditengahnya terdapat satu pulau dah satu wakaf yang hampir runtuh di mamah usia.Apabila hasil tangkapan telah diperolehi, maka malamnya makam malam bersama2 dengan ahli keluarga. Lauk pauk adalah terdiri dari ikan yang diperolehi masa aktiviti menarik pukat di kolam. Best tau..makan ramai-ramai.
Kesimpulannya... aktiviti menangkap/memancing/tarik pukat adalah antara aktiviti tahunan yang akan dilaksanakan/dijalankan oleh Keluarga Hussin & Halimah. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli keluarga, tapi boleh meningkatkan kefahaman dan kemesraan serta keakraban di kalangan ahli keluarga dalam usaha mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.

Lakaran sejarah dicipta apabila buat pertama kalinya Hari Keluarga Hussin & Halimah berjaya dianjurkan pada 25 - 26 Januari 2009.
Hari Keluarga ini telah lama dirancang oleh ahli keluarga. Akhirnya beberapa ahli keluarga telah mengambil inisetif dengan merancang dan mengatur segala aktiviti agar program Hari Keluarga dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Akhirnya tarikh 25 - 26 Januari 2009 dipilih kerana pada masa tersebut ramai ahli keluarga akan pulang ke kampung sempena Cuti Perayaan Hari Raya Cina dan bersempena UlangTahun Kelahiran Mek.
Dengan berkat kesabaran dan kesungguhan..maka Hari Keluarga dapat dijayakan dengan pelbagai aktivit yang dirancang dapat dilaksanakan. Dua hari satu malam di Chalet Pantai Sri Telung, Melawi, Bachok, Kelantan. Pada program hari keluarga sebanyak 7 chalet telah disewa bagi penginapan dan 3 khemah dipasang.
Hari Pertama : 25 Januari 2009
- Bersiap-siap/berkemas-kemas untuk bertolak ke tempat lokasi perkehlahan Hari Keluarga iaitu di Chalet Pantai Sri Telung, Melawi, Bachok, Kelantan.
- Sampai di tempat lokasi, gotong royong memasak makanan tengahari.
- Aktiviti sukaneka:
* mencari ketam paling banyak kategori kanak-kanak.
* membina Istana Pasir kategori wanita
* pertandingan bola kategori lelaki
- Aktivit malam:
*BBQ
*Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Lahir Ibu
*Majlis Penyerahan Bunga Mek & Ayah
*Majlis Memotong Kek
*Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang sukaneka

Hari Kedua: 26 Januari 2009
- Aktiviti sukaneka:
* Kail botol kategori wanita, lelaki dan kanak-kanak.
* Tiup belon kategori wanita dan kanak-kanak
* Bowling buah kelapa kategori wanita dan lelaki
* Tarik tali kategori wanita dan lelaki
* Mencari harta karun
* Majlis Penyampaian Hadiah
InsyaAllah Hari Keluarga Hussin & Halimah kali ke-2 akan dianjurkan pada tahun 2010. Tunggu....
Disediakan oleh:
Mohd Kasturi