Showing posts with label 09-Midah n Wan. Show all posts
Showing posts with label 09-Midah n Wan. Show all posts
Pada 13/3/2010 selepas majlis perkahwinan Hafsan di Perlis. Rombongan ahli keluarga dan saudara mara telah bercadang untuk berkhelah dan beristirehat di Kolam Air Panas Ulu Legong, Perak. Dari Perlis, ahli keluarga berhenti rehat di R&R Gurun, sebaik tiba di perhentian gurun, kereta Abg Kamir telah mengalami masalah yang akhirnya terpaksa di tarik oleh penarik kereta untuk dibaiki. Kemudian, ahli rombongan keluarga terus bergerak ke tempat yang dituju. Alhamdulillah semua selamat tiba di tempat rekreasi kolam air panas. Disitulah ahli rombongan mengambil pakej homestay 2hari 1malam.Pengarah Projek bagi program ini ialah Abg Saipu & Kak Ma.
Suasana Homestay yang didiami oleh ahli-ahli rombongan keluarga. Selepas solat berjemaah dan makan malam, maka bermulalah aktiviti mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Tiket masuk ialah RM4 untuk sehari.
Pendek kata ramai betul orang yang mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Kolam air panas terdiri daripada beberapa kategori iaitu kategori kanak-kanak, kategori suam-suam, kategori panas sederhana dan panas meletup.
Selepas penat mandi untuk kali pertama, maka ahli rombongan keluarga balik berehat untuk tidur. Kemudian pada pukul 5 pagi, aktiviti mandi di kolam air panas kembali berlangsung. Ramai ahli rombongan bangun awal untuk mandi manda di kolam panas di waktu pagi dan ada juga ahli rombongan yang tidur dengan nyenyaknya.
Pada pagi 14/3/2010, aktiviti memasak nasi goreng yang diketuai oleh MokLong telah berlangsung. Ahli keluarga dan saudara-mara menikmati juadah makanan pagi. Kemudian dalam masa yang sama, aktiviti memotong kek kahwin Hafsan telah dilakukan. Kek tersebut dipotong dan dirasmikan oleh Abdullah Harith (Anak Shamsuri).
Selepas selesai makan dan minum pagi, ahli keluarga dibawa oleh tuan rumah untuk mandi manda di sungai sejuk yang berhampiran dengan rumah mereka.
Tak sangka, rupa-rupanya di Ulu Legong ni terdapat kolam air panas dan sungai air sejuk. Maka pada pagi tersebut, ahli keluarga pakat mandi manda di sungai air sejuk tersebut. Kemeriahan dan kecerian terpancar di wajah setiap ahli keluarga apabila dapat mandai beramai-ramai. Suasana romantik juga telah menghiasi pasangan-pasangan suami isteri.
Selepas penat mandi manda dan beristirehat di Ulu Legong. Maka aktiviti pulang ke kampung bermula, namun ditengah jalan, pihak rombongan telah singgah di rumah Wan (Suami Hamidah) yang terletak berhampiran dengan ulu legong.
Selepas minum dan makan kuih muih di rumah wan (Hamidah), maka ahli keluarga mula bertolak untuk balik ke Kelantan. Kemudian, ahli keluarga singgah di perhentian Perah - Jalan Gerik untuk menikmati makan tengahari dan menunaikan solat. Alhamduillah best-best makanan yang disediakan di gerai-gerai yang ada di situ.
Selepas selesai makan dan solat, maka ahli keluarga bertolak balik ke Kelantan. Pemandangan indah dapat di lihat sepanjang l
Alhamduillah, semua ahli rombongan telah selamat sampai di kampung.
Disediakan oleh:
Kas & Iza (19/3/2010)
Selepas selesainya majlis perkahwinan hafsan kat Perlis, keluarga kat kampung pun rehat la seminggu kat rumah. Seminggu lepas pada tu Hafsan pun pulang ke kampung tapi keseorangan lagi dan Asiah akan menyusul balik dengan bas dari kuantan. Nak dijadikan cerita, kebetulan masa tu Jo, Ja n Se yang berkumpul dengan keluarga termasuk kak mah sekali pun duk borak-borak depan tv terdetik untuk berkelah ke pantai beramai-ramai. Tambah2 Hafsan dan Isterinya (menantu baru la) pun pulang dan Ja pun dah lama teringin nak jalan2 kat pantai. Pada awalnya semua setuju untuk ke Pantai Tok Bali sambil-sambil nk cari ikan untuk bakar.. Jadi, dibawah ni ada sedikit sebanyak cerita yang berlaku kat pantai..:-)
.jpg)
.jpg)
Ni la persiapan di rumah sblm bertolak.. nasi satu periuk besar menjadi bekalan ke pantai yang di bawa oleh orang aceh tu. kat kiri pulak, kanak-kanak yang siap sedia menjalankan misi mandi pantai dengan pelampung keselamatan siap dipakai dari rumah lagi...
.jpg)
.jpg)
jo & isteri bertolak dari KB ke tok bali. keluarga lak dari t. Merah. Sampai je di Tok bali, kami lihat tempatnya tidak berapa sesuai untuk bermain-main, tmbh2 ombaknya terlalu besar masa tu. Jadi, bincang punya bincang dengan semua, maka bersetuju la tukar tempat ke Pantai Irama, Bachok yang memang dah masyhur tempatnya dijaga... kami pun bertolak ke sana..
.jpg)
.jpg)
Sebelum bertolak ke Pantai Irama, kami sempat la singgah kejap di tempat ikan di naikkan.. tetapi masa tu kedai tutup lagi dan akan buka petang..
.jpg)
.jpg)
sampai je kat pantai Irama, perut berbunyi.. jadi aktiviti pertama gak.. mencari makan pagi la dulu bagi perut kenyang baru sedap main..
.jpg)
.jpg)
lepas peruk kenyang, mata pun dah fokus ke pantai, kanak2 pun duk melompat2 nak turun.. akhirnya, mandi pantai pun bermula.. tmpt mandi pun dipilih btl2 tepi post pengawal keselamatan...
.jpg)
.jpg)
sambil-sambil tu, budak2 dan orang besar ada jugak yang main wau yang dijual sekitar pantai..
.jpg)
.jpg)
ni pulak bahagian pompuan. sambil2 gi main pantai, acara masak memasak utk mkn petang tetap di laksanakan. gambar sblah kanan tu Ayah (tengah landing), Mek n Kak Mah tengah siap-siap apa yang patut. pah2 pulak gmbr kiri tu tukang masak yang tak asing lagi yg dibarisi oleh menantu, Asiah n Fatehah serta cucu mek, Azi.. tengah kerjakan ikan n sotong yg dibeli..
.jpg)
.jpg)
yang belah lelaki dan kanak2 pulak masih asyik dengan permainan bola dengan pelbagai cara. ada cara main rebut, ada cara bola tampar, bola sepak dan smpai cara yang tak tahu buh nama pun tetap dimainkan masa tu..
.jpg)
.jpg)
gelagat jong masak tetap menarik perhatian dengan gaya tersendiri.. sempat lagi la bergaya depan camera..
.jpg)
.jpg)
ni pulak gaya pengantin baru tengah memasak ikan n udang celup tepung
.jpg)
.jpg)
lepas badan pun letih, perut pun lapar, solat pun dah selesai. Maka, acara penutupnya ialah makan beramai2.. ikan bakar, ikar n sotong celup tepung, telur, ulam, budu, sup dan ntah pe lagi menjadi hidangan petang tu..
Lepas semua selesai, kami pun bersiap-siap untuk pulang.. semua kenangan telah dinukilkan dlm blog ni..:-) sekian Wassalam...
Jurugambar:
Abang Nik

Jurugambar:
Abang Nik

Olahan Cerita Oleh:
Pada 11hb April 2009, Wan (suami kepada Siti Hamidah) terlibat dengan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda di Port Dickson. Pada majlis tersebut, kas bersama-sama Mek, Ayah, Ja, Jo, Midah dan anaknya datang ke Port Dickson untuk meraikan kejayaan Wan yang berjaya tamat latihan dalam bidang askar selepas berbulan-bulan dalam latihan.
Family kas datang dari kampung pada 10hb April 2009 dan menetap dan menginap di rumah kas di Kelana Jaya. Keesokan paginya (11hb Apirl 2009), kas dan family bertolak dari KL pada pukul 4.30pagi kerana tak nak terlewat sampai. Lagipun kas dan family tak tau jalan nak ke tempat majlis diadakan. So bertolak awal untuk curi masa kalu tersesat nanti. Akhirnya, alhamduillah kas dan family selamat sampai walaupun terpaksa makan buah langsat jugak.Majlis tersebut berlangsung pada pukul 8pagi. So dapatlah kas tengok diaorg berkawad, berbaris dan sebagainya. Memang bergegar bila kontigen2 ni buat kawad kaki. So, kitaorg cubalah untuk mengenalpasti wan di dalam barisan kawad tu.....punyalah susah nak cari dan nak kenalpasti sebab baju sama, kulit pun sama, ketinggian pun sama..pendek kata semua sama.. sekali tengok, dua kali tengok memang tak leh nak kenalpasti.
Setelah sekian lama adik kas (Siti Hamidah) tidak bersua dan bertemu dengan suaminya yang tercinta. So masa tersebut, diisi sepenuhnya untuk dia bersua, bertemu, berbicara dan melepaskan rindu yang terpendam bersama-sama suaminya.
Suaminya terpaksa berjauhan demi mencari rezeki untuk isterinya dan anaknya yang tercinta. Semoga hidup mereka akan diberkati oleh Ilahi dan dimurahkan rezeki yang berlipat ganda dan dihiasi kegembiraan dan keceriaan yang berpanjangan oleh-Nya.
Ditulis oleh:
Mohd Kasturi

Lakaran sejarah dicipta apabila buat pertama kalinya Hari Keluarga Hussin & Halimah berjaya dianjurkan pada 25 - 26 Januari 2009.
Hari Keluarga ini telah lama dirancang oleh ahli keluarga. Akhirnya beberapa ahli keluarga telah mengambil inisetif dengan merancang dan mengatur segala aktiviti agar program Hari Keluarga dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Akhirnya tarikh 25 - 26 Januari 2009 dipilih kerana pada masa tersebut ramai ahli keluarga akan pulang ke kampung sempena Cuti Perayaan Hari Raya Cina dan bersempena UlangTahun Kelahiran Mek.
Dengan berkat kesabaran dan kesungguhan..maka Hari Keluarga dapat dijayakan dengan pelbagai aktivit yang dirancang dapat dilaksanakan. Dua hari satu malam di Chalet Pantai Sri Telung, Melawi, Bachok, Kelantan. Pada program hari keluarga sebanyak 7 chalet telah disewa bagi penginapan dan 3 khemah dipasang.
Hari Pertama : 25 Januari 2009
- Bersiap-siap/berkemas-kemas untuk bertolak ke tempat lokasi perkehlahan Hari Keluarga iaitu di Chalet Pantai Sri Telung, Melawi, Bachok, Kelantan.
- Sampai di tempat lokasi, gotong royong memasak makanan tengahari.
- Aktiviti sukaneka:
* mencari ketam paling banyak kategori kanak-kanak.
* membina Istana Pasir kategori wanita
* pertandingan bola kategori lelaki
- Aktivit malam:
*BBQ
*Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Lahir Ibu
*Majlis Penyerahan Bunga Mek & Ayah
*Majlis Memotong Kek
*Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang sukaneka
- Bersiap-siap/berkemas-kemas untuk bertolak ke tempat lokasi perkehlahan Hari Keluarga iaitu di Chalet Pantai Sri Telung, Melawi, Bachok, Kelantan.
- Sampai di tempat lokasi, gotong royong memasak makanan tengahari.
- Aktiviti sukaneka:
* mencari ketam paling banyak kategori kanak-kanak.
* membina Istana Pasir kategori wanita
* pertandingan bola kategori lelaki
- Aktivit malam:
*BBQ
*Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Lahir Ibu
*Majlis Penyerahan Bunga Mek & Ayah
*Majlis Memotong Kek
*Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang sukaneka
Hari Kedua: 26 Januari 2009
- Aktiviti sukaneka:
* Kail botol kategori wanita, lelaki dan kanak-kanak.
* Tiup belon kategori wanita dan kanak-kanak
* Bowling buah kelapa kategori wanita dan lelaki
* Tarik tali kategori wanita dan lelaki
* Mencari harta karun
* Majlis Penyampaian Hadiah
InsyaAllah Hari Keluarga Hussin & Halimah kali ke-2 akan dianjurkan pada tahun 2010. Tunggu....
Disediakan oleh:
Mohd Kasturi
- Aktiviti sukaneka:
* Kail botol kategori wanita, lelaki dan kanak-kanak.
* Tiup belon kategori wanita dan kanak-kanak
* Bowling buah kelapa kategori wanita dan lelaki
* Tarik tali kategori wanita dan lelaki
* Mencari harta karun
* Majlis Penyampaian Hadiah
InsyaAllah Hari Keluarga Hussin & Halimah kali ke-2 akan dianjurkan pada tahun 2010. Tunggu....
Disediakan oleh:
Mohd Kasturi









